Rabu, 10 Oktober 2012

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


&#39;ladang rakyat&#39; antara isu <b>di Galas</b> - Perak Today

Posted: 11 Oct 2010 07:30 PM PDT

GUA MUSANG: Pembukaan 'Ladang Rakyat' di Hulu Kelantan dijangka menjadi isu besar untuk ditangani oleh kerajaan PAS negeri Kelantan menjelang pilihan raya kecil Galas 4 November ini kerana tanah yang terbabit didakwa diambil daripada penerokanya oleh kerajaan negeri untuk diusahakan oleh swasta.

Malahan isu berkenaan sudah pun menjadi topik utama perbualan di kedai-kedai kopi di sini walaupun penamaan bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan itu adalah pada 26 Oktober ini.

Seorang peneroka, Harun Che Anal, 61, berkata tindakan kerajaan negeri mengambil tanah itu dan diberi kepada syarikat swasta luar Kelantan bagi membangunkannya sebagai "Ladang Rakyat" telah menjejaskan masa depan penduduk setempat yang telah mengusahakan pelbagai tanaman di situ lebih dari dua dekad.

Beliau berkata tanah yang telah ditanam dengan getah dan kelapa sawit itu sudah lama mengeluarkan hasil, tetapi tanah itu diambil oleh kerajaan negeri, walaupun ada peneroka yang telah membayar deposit bagi mendapatkan hak milik tanah itu.

"Ada pihak cuba melengah-lengahkan pemberian hak milik itu, mungkin sebagai muslihat untuk merampas tanah ini. Kami akan cuba halang daripada tanah kami dirampas," katanya kepada Bernama.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Mat Yusof Abdul Ghani berkata beliau yakin PAS akan dihukum oleh pengundi pada pilihan raya kecil itu kerana tidak berlaku adil kepada rakyat.

Mat Yusof, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Nenggiri, berkata kerajaan negeri telah mengabaikan nasib penduduk yang kehilangan tempat untuk mencari rezeki.

"Terdapat ketidakadilan dalam pembahagian semula keuntungan tanah ini, sebahagian diberi (tanah) dan sebahagian tidak, walaupun rakyat telah duduk dan bercucuk tanam di situ untuk mencari rezeki sejak bertahun-tahun.

"Sudahlah hilang pendapatan, hilang pula tanah. Orang Gua Musang suka membuka tanah dan menanam getah, kelapa sawit dan buah-buahan, sepatutnya mereka diberikan geran," katanya.

Mat Yusuf berkata kerajaan negeri telah mengambil tanah tersebut dengan alasan untuk membangunkan Ladang Rakyat dan memulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk dividen serta pembangunan untuk menghapuskan kemiskinan sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pernah berkata bahawa tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah untuk projek perladangan swasta boleh menjejaskan penduduk Orang Asli di Gua Musang. – BERNAMA

Semalam Perak Today ada mendedahkan isu ini, klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads