ads

Sabtu, 27 Oktober 2012

03 di demit kelantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di demit kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan</b> mungkin pinda Enakmen Mineral 2003 « Persada

Posted: 16 Oct 2012 05:26 PM PDT

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan sedia meminda Enakmen Mineral 2003 bagi membolehkan tindakan sita dikenakan ke atas pelantar minyak Petronas yang didakwa beroperasi secara haram di perairan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tindakan tersebut boleh dilakukan apabila keperluan mendapatkan lesen dan permit bagi aktiviti perlombongan dan cari gali dimasukkan ke dalam pindaan enakmen tersebut.

Beliau berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan, hak memberikan lesen atau permit bagi aktiviti cari gali dan perlombongan mineral tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Mungkin peguam kita boleh mengkaji untuk membuat pindaan terhadap Enakmen Mineral 2003 dan memasukkan syarat permit dan lesen usaha cari gali dan pengeluaran petroleum di daratan dan lautan negeri Kelantan mestilah mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri," katanya menjawab soalan Muhamad Mustafa (Pas-Demit) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.


© Utusan Melayu (M) Bhd

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved