Khamis, 18 Oktober 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Tuntutan Royalti: Lebih Baik Jadi Kaki Bangku dari Kaki Torak <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2012 11:23 PM PDT

Di hadapan 3,000 penonton di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Husam memberi tahu yang hadir " Mahkamah Dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tetapi status kedaulatan negeri telah wujud".

Mahkamah Dunia mana yang menetapkan status itu? Mana buktinya? Torak kepada yang yang tak tahu memang senang. Tapi itu adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun ketamadunan Kelantan telah dikesan daripada zaman pra-sejarah, tetapi di dalam sejarah moden, Kelantan telah berada di bawah naungan Raja Siam. Ia boleh dikesan sejak 1826 bila termeterai Perjanjian Burnley antara Raja Siam dan United Kingdom. Objektif utamanya ialah menetapkan kedudukan Negeri-Negeri Melayu.  Perjanjian ini mengiktiraf hak Raja Siam ke atas Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.  Manakala Raja Siam mengiktiraf hak Kerajaan British ke atas Penang dan hak British untuk berdagang dengan Kelantan dan Terengganu tanpa sekatan oleh Raja Siam.

Anglo-Siamese Treaty 1909 yang dimeterai oleh Raja Siam  dan Wakil United Kingdom di Bangkok pada 10 Mac 1909 pula menyaksikan negeri-negeri Melayu di bahagi dua. Patani, Narathiwat, Songkhla, Satun dan Yala kekal dibawah Raja Siam. Raja Siam melupuskan hak tuntutannya ke atas Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu kepada United Kingdom untuk menjadi sebahagian daripada Great Britain.

Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu kemudiannya di satukan dengan Johor dan dikenali sebagai The Unfederated Malay States (Negeri Melayu Tidak Bersekutu) dan dibawah pengawasan Penasihat British.

Ini adalah bukti pertama bahawa Kelantan bukan wilayah berdaulat seperti didakwa Husam. Hubungan diplomatik dan antarabangsa Kelantan ditentukan oleh kuasa lain. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ini sekadar memiliki autonomi yang lebih luas berbanding Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pada 8 Disember 1941, Kelantan telah diserang oleh Tentera Maharaja Jepun yang mengakibatkan Tentera British terpaksa berundur dari Kelantan. Sejak itu Kelantan telah diperintah oleh Tentera Jepun sehingga pentadbiran Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Raja Siam oleh Jepun. Sepanjang Perang Dunia Ke 2, Kelantan berada di bawah pentadbiran Raja Siam.

Pentadbiran Raja Siam ke atas Kelantan berakhir bila Jepun menyerah kalah. Kelantan kemudiannya diletakkan di bawah British Military Administration dan ditadbir oleh Tentera British sehinggalah perjanjian penyertaan ke dalam Malayan Union dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu. Pada 1 April 1946, Kelantan bersama Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersetuku, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat telah berada di bawah Malayan Union dan Pemerintah Tertingginya ialah Sir Edward Gent, Governor British pertama.

Ini adalah bukti kedua, Kelantan bukanlah Negeri Berdaulat seperti yang didakwa Husam.

Malayan Union berakhir pada Januari 1948. Pada 21 Januari 1948, Raja-Raja Melayu dan Sir Edward Gent telah menandatangani The Federation of Malaya Agreement di King House, Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1948, Negeri-Negeri Melayu termasuk Penang dan Melaka telah membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Ia diketua oleh Pesuruhjaya British dan Penasihat British di negeri-negeri diganti dengan Ketua Menteri.

Persekutuan Tanah Melayu wujud dari 31 Januari 1948 sehingga 15 September 1963, sehari kemudian Malaysia ditubuhkan. Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka dari jajahan British dan ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agung sebagai Ketua Negara.

Ini adalah bukti ke 3 Kelantan bukanlah negeri berdaulat seperti di dakwa Husam. Ini kerana sekiranya Kelantan tidak membuat keputusan menyertai Persekutuan Tanah Melayu maka Kelantan akan kekal sebagai tanah jajahan British.

Negeri berdaulat adalah ditafsirkan seperti berikut,

"A sovereign state is a political organization with a centralized government that has supreme independent authority over georgraphic area".

Ternyata Negeri Kelantan tidak mempunyai autoriti ke atas wilayahnya dan sejak didokumentasikan dari 1826, nasib wilayah yang bernama Kelantan telah ditentukan oleh kuasa asing.

Husam layak dipanggil penipu. Bukankah begitu?

Oleh yang demikian, argumen Husam bahawa status kedaulatan negeri Kelantan telah wujud sebelum ia menyertai Persetukuan Tanah Melayu atau sebelum ia menyertai Malaysia adalah satu helah untuk mengaburi mata pendengarnya. Oleh yang demikian tidak timbul dakwaan Akta 144, Akta Kemajuan Petroleum 1974 telah mencabar kedaulatan Negeri Kelantan seperti dakwaan Husam di sini.

Berita yang disiarkan oleh Malaysiakini itu bertajuk 'Kelantan Berhak Batal Perjanjian Dengan PETRONAS'. Seperti posting saya semalam, saya minta Kerajaan PAS Kelantan membuat permohonan untuk batalkan perjanjian suratcara 9 Mei 1975. Mengapa setakat bercakap sahaja. Kenapa tidak difailkan permohonan rasmi di Mahkamah?

Sebaliknya hari ini, Kerajaan PAS Kelantan hanya membuat permohonan supaya Mahkamah Persekutuan membenarkannya mengemukakan rayuan terhadap 3 tuntutan yang ditolak sebelum ini termasuk menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah, menolak permohonan PETRONAS untuk membatalkan saman dan memohon dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap PETRONAS sebelum ini, seperti dilaporkan oleh HarakahDaily hari ini. Panel 5 orang Hakim yang bersidang membenarkan permohonan tersebut setelah permohonan Kerajaan PAS Kelantan itu tidak dibantah oleh peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia dan PETRONAS.

Sekiranya peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak membantah, ini bererti Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak mempunyai apa-apa masalah dengan tuntutan permohonan rayuan tersebut.

Dakwaan Husam bahawa ini petanda awal 'pintu gol lawan sudah ditembusi' adalah satu lawak jenaka.

Pemimpin PAS Sendiri Mahu Nik Aziz Segera Berundur

Posted: 16 Oct 2012 04:30 PM PDT

tuan-guru-nik-abdul-aziz

Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut' telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan.

Menurut Dr Nik Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, "Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ?

"Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat."

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nik Aziz sememangnya agak kerap berulang alik keluar masuk hospital, disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Nampak gayanya kemuncak kerjaya politik Mursyidul Am PAS itu sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Masakan tidak, apabila wakil rakyat PAS sendiri sudah bersuara mengungkit usianya yang makin tua lanjut usia, bermakna itu satu signal penting yang sepatutnya mudah untuk ditafsirkan sendiri oleh Nik Aziz.

Lagipun semenjak Kelantan diterajuinya, tidak banyak perubahan besar yang tampak kelihatan hasil jasa bakti pemimpin PAS itu, ada memang ada sekelumit dua misalnya pecah tanah sana sini sambil menanam batu asas itu begini tapi setakat jadi tanda sajalah.

Mujurlah dek kerana kemurahan hati para pemimpin Kerajaan Pusat meneruskan usaha-usaha pembangunan dan menggandakan langkah membasmi kemiskinan di Kelantan, setidak-tidaknya adalah juga sedikit sebanyak perubahan.

Harapnya teguran terbuka dan saranan penuh sinis oleh pemimpin PAS dari Gaal, Pasir Puteh ini tidaklah disalah anggap oleh para penyokong PAS sebagai mainan propaganda UMNO pula.

Bukan kita tak tahu dikalangan sesetengah penyokong dan ahli PAS, cukup pantang bila ada saranan supaya Nik Aziz mengundur diri, tak semena-mena terus mereka melatah menyalahkan UMNO. Sayang betul mereka dengan orang tua yang gemar menongkat langit tu.



GELOMBANG WANGSA MAJU: Arwah Yusof Rawa, Fadzil Noor <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2012 08:54 PM PDT

Reputasi sebenar Nik Aziz sejak sekian lama ... pemimpin bermulut berus!

Rakyat perlu tahu sikap dan gelagat majoriti penyokong dan ahli PAS, cukup pantang bila ada saranan supaya Nik Aziz mengundur diri, tak semena-mena terus mereka melatah menyalahkan UMNO.

Sayang betul mereka dengan orang tua yang gemar menongkat langit ini ... Mengalahkan tongkat dunia yang dimiliki Tun Dr Mahathir.

Pun begitu umat Islam dan orang Melayu perlu membuka mata dan merenung sedalam-dalamnya terhadap kenyataan wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet / belanjawan negeri.
Cukup lembut sebenarnya teguran ADUN Gaal ini kepada Nik Aziz ...

Namun begitu sinis dan makan dalam, malah mampu membuatkan Mursidul Am PAS ini kembali terlantar di hospital akibat sakit jantung.

Maaf ... ini bukan propaganda UMNO, ini adalah kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin PAS di Kelantan ... Full stop.

Pada GWM cukup mudah, lebih baik dibiarkan Nik Aziz terus menerus menongkat langit di Kelantan, lebih memudahkan kerja UMNO Kelantan sebenarnya.

Nik Aziz sebenarnya tidak pernah belajar dari kesilapan. Tidak mahu belajar sifat dan sikap yang dimiliki oleh kepimpinan PAS terdahulu.

Jauh benar sikap, sifat dan ketrampilan yang dimiliki oleh Allahyarham Yusof Rawa jika dilakukan perbandingan.

Dua jawatan utama dipegang beliau sewaktu menerajui PAS, Presiden parti (1983) dan Mursidul Am PAS (1987).

Meletakkan jawatan sebagai Presiden parti dan hanya memegang jawatan sebagai Mursidul Am pada tahun 1989. Tidak pernah pula membuat keputusan dan tindakan sehingga membayangi Allahyarham Fadzil Noor sebagai Presiden parti.

Nik Aziz pun pernah berkhidmat dibawah Allahyarham Fadzil Noor sebagai Presdien PAS. Tidak pernah pula Nik Aziz berani mengambil tindakan yang boleh memalukan arwah.

Cukup berbeza sewaktu Hadi Awang menjadi Presiden PAS ... suara Nik Aziz lebih besar dari suara Presiden parti.

Walhal tugas Mursidul Am PAS bertindak sebagai penasihat dan bukannya penggerak dasar parti.

Seharusnya Presiden lebih berkuasa dari Mursidul Am dalam PAS.

Dah terbalik ... semua dilibas Nik Aziz.


Pun begitu GWM seronok dan mahu ahli serta penyokong PAS mengekalkan momentum mengangkat darjat Nik Aziz setinggi langit.

Lebih tinggi darjat Nik Aziz diangkat oleh PAS, lebih mudah bagi umat Islam dan orang Melayu melihat segala kebobrokan yang dilakukannya.

Setakat UMNO jatuh kafir, no problemo ... Rasulullah s.a.w. pun disamakan seperti mamat-mamat kampung di Kelantan ...

Tun Dr Mahathir pun tahu untuk berundur dari kerusi keramat UMNO dan Perdana Menteri. Namun tidak bagi Nik Aziz ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads