INISIATIF Umno Bahagian Tanah Merah mengedarkan 5,000 tiket percuma kepada anak-anak Parlimen Tanah Merah di perantauan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan mendapat sambutan hangat apabila sebanyak 2,500 keping tiket habis diberikan dalam tempoh tiga jam sejak kaunter dibuka pada jam 10 pagi.
Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, kaunter tiket akan dibuka sehingga jam 9 malam esok, selagi stok masih ada.
"Bagaimanapun sekiranya tidak mencukupi, kita akan berusaha mendapatkan tiket tambahan untuk diberikan secara percuma kepada anak-anak perantauan Tanah Merah," katanya ketika ditemui di Perodua Noble Twin (M) Sdn Bhd, Jalan Enggang, Keramat, sempena pengagihan tiket percuma, semalam.
Pemberian ini merupakan kali ke empat dilaksanakan oleh Umno Bahagian Tanah Merah Kelantan sempena kemaraan pasukan Red Warriors ke final.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan