Isnin, 8 Oktober 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Nur As-Syifa&#39;: BERTUGAS <b>DI</b> SEKOLAH BARU, SMK <b>GAAL</b>, PASIR <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 07:01 AM PDT


الحمد لله على كل حال
Syukur ke hadratiLLAH SWT kerana dengan kudrah, iradah & izinNya, permohonan & hajat ana untuk bertukar balik ke Kelantan telah diqabulkan walaupun dengan diiringi ujian yang besar bagi ana & keluarga. Bermula dari 10 Jun 2012 baru ni ana telah bertugas di SMK Gaal, Pasir Puteh setelah hampir 9 tahun 'bertapa' di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Erm...dari sempadan Pahang-Kelantan sekarang ni ana ke sempadan Kelantan-Terengganu pula. Hehehe...jaga sempadan. Jangan sempadan Thai & sempadan Perak udah...
Maaf kepada yang menunggu khabar berita terkini dari ana, terutamanya sahabat-sahabat & tak lupa murid-murid kat Merapoh yang ana kasihi. Lama tak online sebab kabel kat sini kena curi. Jadi perkhidmatan internet kat sekolah pun tergendala. Tak tau la bila akan ok. Nak isi markah pelajar dalam sistem SAPS pun susah.
Bagaimana sekolah baru? Ana rasa masih terlalu awal untuk ana buat rumusan. Ramai dah yang tanya, cuma pandangan awal ana, generally macam kebanyakkan sekolah-sekolah luar bandar yang lain. Cuma buat masa sekarang, agak membosankan. Mungkin kerana hubungan guru-murid masih belum terjalin dengan baik. Masih baru lagi & masih dalam proses menyesuaikan diri dengan segala-galanya yang baru di sini. Ada sesetengah aspek tu yang agak jauh berbeza antara sini dengan Merapoh. Erm…rindukan suasana kat sana.
Ana sangat-sangat berharap agar hadirnya ana di sini mendatangkan kebaikan & memberikan manfaat yang besar kepada warga sin,i bukan sebaliknya. Semoga ALLAH SWT dengan kasih sayangNya membantu & memudahkan segala urusan ana di sini. Mohon doakan ana…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads