03 di manek urai - Google Blog Search |
Jambatan gantung <b>Manek Urai</b> hampir siap | Come2Kelantan Posted: 01 Jul 2012 05:11 PM PDT KUALA KRAI – Kesukaran penduduk beberapa kampung selepas jambatan menghubungkan mereka dengan Manek Urai Baru, di sini, runtuh sejak akhir tahun lalu bakal berakhir apabila jambatan baru kini hampir siap. Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, projek menggantikan jambatan gantung itu dilaksanakan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) melalui peruntukan disalurkan Kerajaan Negeri. "Kerja tukar wayar rod dan pelantaian baru dilaksanakan sejak tiga bulan lalu dan kini 75 peratus siap. Kita jangka jambatan ini dapat digunakan pada Ramadan tidak lama lagi," katanya. Pada kejadian dipercayai berlaku antara lewat tengah malam dan awal pagi 16 November tahun lalu, jambatan sepanjang kira-kira 200 meter itu runtuh selepas wayar rod utamanya terputus. Selain laluan harian penduduk kampung seperti Kuala Sok, Kampung Gajah, Temiang dan Ragu, jambatan itu penting sebagai laluan utama dan selamat untuk pelajar dari kampung terbabit, berulang-alik ke sekolah di Manek Urai Baru. Kemudahan infrastruktur itu dibina Skuadron Ke-7 Rejimen Askar Jurutera Diraja di bawah projek Tentera Bersama Rakyat menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Julai 2009. Mohd Fauzi berkata, apabila projek itu siap, penduduk terbabit tidak perlu lagi berdepan bahaya menggunakan jalan utama Gua Musang-Kota Bharu yang sentiasa sibuk untuk "Usaha baiki jambatan ini ambil masa lama kerana libatkan kos yang agak tinggi dan saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana luluskan peruntukan demi |
You are subscribed to email updates from di manek urai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan