03 di bunut payong - Google Blog Search |
syafaah dan barokah: haji abdullah tahir <b>bunut payong</b> (1897 – 1961) Posted: 15 Nov 2012 05:17 PM PST SALAH SEORANG ULAMA BESAR NEGERI KELANTAN YANG MASYHUR ALIM DALAM ILMU FIQH. PENDIRI PONDOK BUNUT PAYONG YANG TERKENAL KE SELURUH SEMENANJUNG ITU. SEANGKATAN DENGAN HAJI ALI PULAU PISANG, HAJI YAAKUB LORONG GAJAH MATI, HAJI SAAD KANGKONG, HAJI AHMAD BATU TIGA REPEK, HAJI SALEH PEDADA DLL. DILAHIRKAN DI KG. SIREH, KOTA BHARU PADA 20 MUHARRAM 1315 BER SAMAAN 20 JUN 1897, BAPANYA, HAJI AHMAD BIN MOHD. ZAIN YANG BERASAL DARI KG. CHEPA, KEDAI LALAT PERNAH BERKHIDMAT SEBAGAI IMAM TUA DI MASJID LANGGAR, KOTA BHARU (BERKHIDMAT SEHINGGA 1920). SESUDAH BERGURU SELAMA 15 TAHUN DENGAN TOK KENALI, BELIAU BELAYAR KE TANAH SUCI MAKKAH MENDALAMI PENGAJIANNYA. ANTARA LAIN MENGIKUTI KULIAH TUAN MUKHTAR BOGOR, SYEIKH SAID AL-YAMANI, SYEIKH MOHD. ALI AL-MALIKI DAN BEBERAPA TOKOH YANG LAIN LAGI. SEKEMBALI KE KELANTAN, BELIAU DIMINTA MENYERTAI KUMPULAN TENAGA PENGAJAR HALAQAT KITAB DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU. BAGAIMANAPUN, KHIDMATNYA TIDAK LAMA KERANA PADA 1931, BELIAU MEMULAKAN KEGIATAN KEGURUANNYA SENDIRI DI BUNUT PAYONG YANG DIBERI NAMA MADRASAH AHMADIAH. MADRASAH INI KEMUDIAN TERKENAL KE SELURUH PELOSOK SEMENANJUNG MELAYU SEBAGAI PUSAT PENGAJIAN PONDOK YANG BERPRESTASI TINGGI DI KELANTAN. DI PONDOK BUNUT PAYONG INILAH TUAN GURU HAJI ABDULLAH TAHIR MENGAJAR KITAB HINGGA KE AKHIR HAYATNYA. BELIAU TERKENAL SEBAGAI SEORANG TOK GURU YANG TEKUN MENGAJAR SERTA MENGAMALKAN DISIPLIN DIRI YANG KERAS LAGI TEGAS. KERANA KEGIGIHANNYA YANG SEDEMIKIAN MAKA TIDAK PELIKLAH JIKA PONDOK BUNUT PAYONG BERJAYA MELAHIRKAN RAMAI MURID BERILMU TINGGI SEPERTI HJ. HUSAIN RAHIMI, HJ. NIK MAN SUNGAI BUDOR, HJ. ABDUL AZIZ PASIR TUMBOH, HJ. ISMAIL PADANG LEPAI, HJ. ABDULLAH KOK LANAS, HJ. OMAR KUBANG BEMBAN, HJ. ABDUL RAHMAN SLOW MACHANG, HJ. WOOK LUBOK CHEKOK, HJ. NOOR TELIAR, HJ. SAULAIMAN SIRAM, HJ. DAUD BUKIT BUNGA, HJ. YAAKUB KELONG, HJ. GHAZALI PULAI CHONDONG, HJ. ZAKARIA SELISING, HJ. OSMAN PERLIS, HJ. AHMAD KODIANG, HJ. YAHYA JONED GURUN, HJ. IBRAHIM BONGEK, HJ. ABDUL WAHID SUNGAI UDANG, HJ. HUSAIN UMBAI, HJ. AHMAD RELAI, HJ. HASANUDDIN BERHALA GANTANG, HJ. ISMAIL PHUKET, HJ. GHAZALI MUNDOK. KERANA KETOKOHANNYA JUGA BELIAU DILANTIK MENGANGGOTAI JEMAAH ULAMA MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN BEBERAPA PENGGAL (SEAWAL 1932). KEMATIAN FUQAHA' INI PADA PUKUL 7.20 PAGI SELASA 4 RABIULAWAL 1381 BERSAMAAN 15 OGOS 1961 MENYEBABKAN NEGERI KELANTAN KEHILANGAN SEORANG TOKOH ILMUAN YANG MENERANGI BUDAYA ILMU DAN DAKWAH ISLAMIAHNYA. HTTP:// |
You are subscribed to email updates from di bunut payong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan