Khamis, 15 November 2012

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Sultan mahu <b>Pengkalan Chepa</b> jadi hab penerbangan « Persada

Posted: 11 Nov 2012 04:30 PM PST

KOTA BHARU: Sultan Muhammad V melahir rasa sukacita di atas kejayaan kerajaan negeri mengimbangi pembangunan fizikal dan rohani secara berterusan dalam membangunkan negeri ini.

Baginda bertitah, kerajaan negeri mewujudkan urus tadbir berteraskan konsep 'Ubudiyyah, Masu'uliyyah dan Itqan.

"Pelbagai program dilaksanakan kerajaan termasuk program 'Qiam With Me' pada Ramadan lalu.

"Pada hemat beta program itu mendapat sambutan seluruh rakyat jelata dan merupakan program julung kali diadakan di negeri ini," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Program tersebut diadakan sempena perayaan ulangtahun Hari Keputeraan baginda ke-43.

Sultan Kelantan juga bertitah, usaha dalam bidang pertanian bukan semata-mata mengaut keuntungan, tetapi sebahagian ibadat bagi mendapat keredhaan Allah swt.

Oleh itu baginda berharap sumber asli seperti tanah, sungai dan laut serta kawasan tadahan hujan terus terpelihara bagi mempastikan bumi Kelantan terus subur.

Mengenai pembangunan Tok Bali titah baginda, kawasan seluas 2,600 ekar dilulus untuk pembangunan kawasan industri dan bandar baru yang membabitkan pelaburan hampir RM600 juta.

"Beta berharap pihak terbabit menaik taraf infrastruktur asas terutama jalan raya sedia ada Kota Bharu-Pasir Puteh-Tok Bali untuk menjadikan Tok Bali pelabuhan komersial.

"Beta merasa sukacita dengan perkembangan projek "Central Spine Road" sedang giat dilaksanakan di sempadan Pahang–Kelantan dan akan dibina persimpangan bertingkat di Bandar Baru Gua Musang," titah baginda.

Baginda berharap agar projek itu dipanjangkan sehingga ke Kota Bharu bagi melengkapkan rangkaian jalan raya bertaraf lebuh raya sebagaimana terdapat di negeri-negeri lain.

"Ini bagi merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini. Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia," titah baginda.

Mengenai Tahun Melawat Kelantan 2012 baginda bertitah, sehingga Ogos lalu difahamkan seramai 3.4 juta pelancong berkunjung ke Kelantan.

Menurut baginda, perkhidmatan penerbangan empat kali seminggu Kota Bharu– Singapura bermula Ogos lalu dapat memacu perkembangan sektor pelancongan di Kelantan.

Sultan Kelantan mengulangi lagi supaya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dinaik taraf dan dijadikan hab penerbangan serantau ke Malaysia Timur dan negara Asean serta negara Arab.

//harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads