Sabtu, 24 November 2012

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Malaysia Eye tarikan utama <b>Pulau Melaka</b> | ! ‿ CERITA PAKJOE ‿ !

Posted: 09 Oct 2012 11:55 AM PDT

PULAU MELAKA - Malaysia Eye yang akan dibina di Pulau Melaka akan mengantikan Eye On Malaysia yang beroperasi sebelum ini di Kota Laksamana. 

Dengan ketinggian 88 meter, beberapa meter lebih tinggi daripada yang asal, Malaysia Eye mempunyai 54 gondola berhawa dingin dan boleh menampung enam orang bagi setiap gondola dengan mengambil masa kira-kira 16 minit sekali pusingan. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Malaysia Eye boleh menampung seramai 324 penumpang dalam satu-satu masa. 

Menurutnya, setiap gondola dilengkapi sistem telekomunikasi dan muzik bagi memberi keselesaan kepada pengguna. 

"Kos pembelian dan pembinaannya bernilai RM30 juta dan dijangka siap akhir tahun ini. 

"Dengan pembinaan Malaysia Eye ini, diharap dapat menyumbang kepada kemasukan pelancong hampir 1 juta setahun," katanya. 

Mohd Ali berkata, kerajaan negeri juga berharap pelancarannya dapat dilakukan pada 1 Januari 2012. 

"Dengan siapnya projek ini, ia menjadi mercu tanda baru pelancongan di negeri ini, selain jeti dan Taman Singa laut yang turut terletak di sini," katanya. 

Menurutnya, memajukan sektor pelancongan amat penting dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi kerana ia mempunyai kesan berganda dalam ekonomi perkhidmatan. 

"Ia merangkumi sektor perhotelan, restoran, pengangkutan, peruncitan, kraf tangan dan lain-lain lagi yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi, selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. 

"Sejak 1999 hingga 2009, seramai 47.25 juta pelancong melawat Melaka dengan purata peningkatan hampir 20 peratus," katanya. 

Mohd Ali berkata, sepanjang tempoh 11 tahun, 72 peratus yang datang ke Melaka adalah pelancong domestik dan bakinya 28 peratus terdiri daripada pelancong asing," katanya. 

"Bagi 2009 sahaja, Melaka telah menerima kedatangan pelancong seramai 8.9 juta berbanding 7.2 pada 2008 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 23.6 peratus," katanya.
SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads