Rabu, 5 Disember 2012

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Malaysia Eye <b>Di Pulau Melaka</b> | Blog Melaka Daily

Posted: 27 Nov 2012 10:07 PM PST

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda

siap dah Malaysia Eye Bakal Jadi Daya Penarik Baru Untuk Ke Pulau Besar Melaka ???

Jika dahulu Malaysia eye yang berada di persisiran pantai berdekatan bandar hilir telah ditarik balik kini Melaka telah menempah baru dan bakal beroperasi pada bulan April tahun hadapan…Ianya juga dilabel sebagai roda gergasi setinggi 101 meter sekaligus menjadi  ke-13 tertinggi di dunia…

Jika dahulu pernah kami mengutarakan mengapa kerajaan Melaka tidak membangunkan Pulau Besar Melaka, kita semuanya sudah terjawab dengan pembinaan ini…Semakin majulah melaka dan pastinya jumlah pelancong yang datang ke Melaka akan lebih ramai…

Misteri Pulau Besar Melaka juga bakal dapat di kikis secara beransur-ansur sekaligus dapat mencegah daripada pihak tidak bertanggungjawab menjadikan pulau itu sebagai tempat menyebarkan ajaran sesat…Benarkah Pulau Besar punyai misteri ???

MELAKA: Projek pembangunan 'Malaysia Eye' di Pulau Melaka di sini yang bakal menjadi roda gergasi ke-13 tertinggi di dunia dijangka beroperasi pada April tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini projek bernilai RM40 juta itu berjalan mengikut jadual dan mencapai kemajuan 15 peratus membabitkan kerja pemasangan cerucuk.

"Kerja pemasangan struktur roda ini pula akan dimulakan pada Februari tahun depan," katanya ketika melakukan lawatan di tapak projek berkenaan di sini.

Katanya, roda gergasi buatan China yang mempunyai 54 gondola dengan ketinggian 101 meter mampu membangunkan kawasan Pulau Melaka yang turut menempatkan Wildlife Theatre sebagai destinasi pelancongan terkenal di seluruh dunia.

Selain roda gergasi, kawasan seluas 0.05 hektar dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat swasta tempatan, The Eye Sdn Bhd itu akan turut menempatkan taman tema berkonsepkan 'air dan cahaya' serta sebuah hotel setinggi 28 tingkat, katanya.

Sementara itu, Mohd Ali mengalu-alukan lebih banyak peserta industri pelancongan melabur di negeri itu khususnya dalam pembangunan taman tema berskala besar.

::Sumber : Berita Harian

Bagi kami, setiap pembangunan yang terancang sudah pasti akan dapat menarik minat para pengunjung untuk terus datang ke Melaka..Tetapi harus diambil berat beberapa aspek bagi memudahkan pelancong dan keselesaan pengunjung…

Harapnya tidaklah menggunakan jeti di bandar hilir untuk ke Pulau Besar Melaka bagi mengelakkan berlakunya kesesakan yang teruk…Gunakanlah jeti yang berada di Umbai contohnya bukan sahaja dapat mempromosikan medan ikan bakar malah dapat meningkatkan lagi ekonomi di kawasan itu di mana dalam perjalanan untuk ke Umbai dari arah bandar Melaka terdapat banyak gerai menjual kraftangan Melaka dan makanan Melaka…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads