Isnin, 17 Disember 2012

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Sampah Burukkan Imej <b>Dabong</b> | Detik Perubahan

Posted: 15 Sep 2012 09:14 PM PDT

KUALA KRAI – Usaha Kerajaan Negeri menjadikan daerah ini sebagai destinasi tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) dikhuatiri terjejas berikutan sikap tidak peka pihak tertentu terhadap kebersihan.

Pemandangan tepi jalan di Kilometer 7, Jalan Sungai Sam-Dabong, dekat sini, dipenuhi longgokan sampah sarap antara bukti ada pihak tidak sepakat menjayakan usaha proaktif Kerajaan Negeri.

Seorang pengguna tetap jalan itu, Ahmad Sanusi Abdul Majid, 46, berkata, dia kecewa dengan masalah sampah itu sedangkan Dabongada pelbagai daya tarikan dan produk pelancongan termasuk bertaraf dunia.

Katanya, antara tarikan utama pelancong di Dabong ialah Taman Negeri Gunung Stong merangkumi air terjun yang pernah diiktiraf tertinggi di Asia Tenggara iaitu Air Terjun Jelawang dan Gunung Stong.

"Jika longgokan sampah sarap ini menyakitkan mata memandang bagi masyarakat setempat, apa pula pandangan orang luar dan pelancong asing bila tengok keadaan ini.

"Memang ramai pelancong datang ke sini (Dabong) dengan kereta api tetapi ada juga datang ikut jalan raya dan longgokan sampah ini akan beri gambaran buruk kepada mereka tentang Dabong," katanya.

Awal bulan ini, Kuala Krai dipilih Kerajaan Negeri sebagai lokasi Festival Makanan dan Buah-buahan Kelantan sempena TMK@12, antara tujuannya, agar pelancong datang ke Kelantan tidak tertumpu di ibu negeri, Kota Bharu sahaja.

Melihat jumlah dan keadaan longgokan sampah sarap itu, Ahmad Sanusi berkata, dia percaya ianya diangkut menggunakan lori sampah walaupun mungkin ada segelintir penduduk turut buang sampah di kawasan berkenaan.

Katanya, biar pun jauh dari kawasan penempatan dan rumah penduduk, kawasan itu tidak sesuai dijadikan tempat pembuangan sampah kerana terletak di tepi jalan perhubungan utama.

"Seluas-luas Dabong, takkan tidak ada satu pun kawasan sesuai dijadikan tempat pembuangan sampah dan bukannya di tepi jalan seperti berlaku sekarang," katanya.

Menurutnya, selain bau busuk dan dipenuhi lalat, sisa makanan dalam longgokan sampah juga mengundang kehadiran babi liar dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan ini terutama bila malam.

Justeru, Ahmad Sanusi merayu pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit agar mencari kawasan lebih sesuai bagi menggantikan tempat pembuangan sampah sekarang.

"Jika dibiarkan, masalah sampah ini boleh jatuhkan imej Dabong di mata orang luar kerana selain masyarakat setempat, jalan ini juga jadi laluan alternatif orang ramai bila berlaku kesesakan di jalan besar terutama musim perayaan," katanya. – Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads