Rabu, 12 Disember 2012

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Alisya Bersama Upin dan Ipin <b>di Kota Bharu</b> | Eyriqazz.com

Posted: 02 Feb 2011 06:03 PM PST

Pulang ke Kelantan, bukan main gembira lagi dapat berjumpa dua orang abangnya , Upin dan Ipin (Arfan dan Arman) anak buahku. Alisya memang dah panggil Umi dan Baba untuk abang dan kakak iparku. Upin dan Ipin pun bukan main seronok ada Alisya :

Alisya bersama Upin dan Ipin008
Kata Pepatah, Air dicincang takkan putus…Hik3….

Petang ini kami akan pulang ke Kelantan, dapatlah Alisya jumpa kedua-dua abangnya, Upin dan Ipin. Walau sejauh mana kita berada, hubungan kekeluargaan jangan dilupa. Tanpa keluarga, siapalah kita. Jangan jadikan kerja sebagai alasan untuk tidak pulang ke Kampung berjumpa keluarga tersayang.

P/s : Upin dan Ipin, yang mana satu lagi hensem?

Muslimeen United: Muktamar PAS bermula <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 14 Nov 2012 03:05 PM PST

(Presiden PAS di pentas bersama kepimpinan utama Dewan Muslimat PAS)

KOTA BHARU: Muktamar PAS tahun ini bermula dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS manakala timbalannya, Haji Mohamad Sabu merasmikan Muktamar Dewan Pemuda.

Muktamar Dewan Muslimat berlangsung di Kota Bharu Trade Centre manakala Muktamar Dewan Pemuda di Dewan Jubli Perak. Kedua-duanya di tengah-tengah bandar Kota Bharu bandaraya Islam.

Muktamar Dewan Ulamak akan berlangsung pagi esok manakala muktamar penuh akan bermula Jumaat ini di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik).


Muktamar Dewan Muslimat

Seramai 624 perwakilan muslimat dari seluruh negara memenuhi dewan utama Kelantan Trade Centre bagi mendengar amanat khas yang akan disampaikan oleh Presiden PAS.

Manakala seramai 262 pemerhati berdaftar mula memenuhi dewan seawal jam 7.15 malam.

Turut bersama dalam perasmian malam ini, Ketua Wanita DHPP Pusat Kumutha Raman dan Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) Maria Chin Abdullah serta para artis yang telah menyertai PAS termasuk Abby Abadi.

Majlis yang dimulakan dengan Asma al Husna kemudian diikuti dengan lagu Negaraku dan lagu PAS.

Pembukaan muktamar dimulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran surah At Tahrim oleh adik Najib Nasarudin.

Kemudian diikuti ucapan Pengarah Muktamar Mumtaz Md Nawi, persembahan multimedia serta persembahan montaj khas yang bertajuk Wanita Prihatin kebajikan Terlaksana.

Pada malam ini, Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Mohd Yusuf turut akan menyampaikan ucaptama.

Muktamar Pemuda


(Perwakilan dan pemerhati muktamar Dewan Pemuda di Dewan Jubli Perak)

624 perwakilan Dewan Pemuda PAS dari seluruh negara menyertai muktamar kali ini di dewan Jubli Perak yang terletak di sebelah Stadium Sultan Mohamad ke 1v Kota Bharu.

Selain itu, dewan itu penuh dengan pemerhati dan tetamu muktamar itu.

Selain perasmian oleh Mohamad Sabu, ketua Pemuda, Nasrudin Hassan akan memberikan ucaptama menggariskan halatuju Pemuda PAS untuk sessi akan datang di samping mengimbau aktiviti mereka sepanjang tahun ini dan tahun lepas.

Pagi esok, mereka akan menyambung balik muktamar selepas selesai majlis perasmian malam ini. -Hrkh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads