Rabu, 12 Disember 2012

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Peniaga <b>Di</b> Lorong Masjid <b>Pulau Melaka</b> Didakwa Miliki 165 Pil <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2012 10:00 PM PST

KOTA BHARU – Seorang peniaga didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah memiliki 165 pil kuda, Jun lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly terhadap Nik Mohd Lizam Nik Ismail, 41, dari Lorong Masjid Pulau Melaka Hilir, di sini.

Tertuduh berdepan dakwaan memiliki 165 pil kuda yang mengandungi dadah metamphetamine seberat 16.5 gram di sebuah kedai runcit Jalan Kedai Lalat Sering, di sini pada jam 6.30 petang, 6 Jun lalu.

Pada prosiding semalam, Mohd Fazaly Ali menasihatkan tertuduh menginsafi perbuatannya dan bersyukur kerana tidak berdepan hukuman gantung.

"Tidak dinafikan kesempitan hidup boleh menyebabkan manusia tersilap langkah. Pun begitu, niat tidak menghalalkan cara. Walaupun susah, rezeki yang dicari mestilah halal," katanya.

Peguam belanya, Ahmad Nuri Abd Rahman sebelum itu memohon hukuman ringan dikenakan ke atas Nik Mohd Lizam kerana dia perlu menyara isteri dan lapan anak mereka selain seorang bapa yang sudah tua.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

- Punca utama dadah adalah bersabit dengan kemunduran sesebuah negeri, sekiranya negeri itu maju dan mempunyai peluang pekerjaan yang banyak, maka rakyat akan berkerja tanpa sempat untuk mencuba dadah atau bersosial, penagih dadah tetap wujud, tetapi peratusan akan berkurangan dengan begitu ketara sekaligus menstabilkan ekonomi seluruh rakyat.
Yang pasti Pemimpin Pas dan Nik Aziz tidak mampu untuk menarik pelabur kerana kepakaran mereka hanya berceramah dan bercakap '0' sepanjang masa, oleh itu rakyat Kelantan harus tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut menjelangnya PRU ke 13 nanti. Anda Mampu Mengubahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads