Jumaat, 28 Disember 2012

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


500 penduduk kampung <b>di Kuala Krai</b> terputus hubungan | Minda <b>...</b>

Posted: 25 Dec 2012 02:50 AM PST


KUALA KRAI – Kira-kira 500 penduduk di Kampung Karangan dan Kampung Budi di sini terputus hubungan apabila jambatan yang merentas Sungai Kelantan ke kampung mereka ditenggelami air.


Ini berikutan hujan lebat di Hulu Kelantan sejak kebelakangan ini membuatkan jambatan sepanjang 300 meter penghubung kawasan berkenaan dengan Kampung Manjor ditenggelami air lebih lima meter.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Manjor Selatan, Che Mat Taib berkata kemungkinan paras air di kawasan jambatan     mengambil masa panjang untuk surut.


"Berikutan itu, penduduk terpaksa menggunakan khidmat bot tambang untuk menyeberang sungai bagi melakukan segala urusan sama ada di Kuala Krai atau Gua Musang," katanya kepada pemberita.


Seorang penduduk, Ahmad Razi Draman, 39, berkata jambatan itu sememangnya berada pada kedudukan rendah dan ia mudah ditenggelami air sungai jika hujan lebat turun.


Beliau berkata permintaan sudah dibuat oleh penduduk kepada pihak berkenaan supaya jambatan konkrit lebih tinggi dibina namun ia belum berhasil.


Ahmad Razi berkata walaupun belum ada kejadian tidak diingini berlaku, perhatian sewajarnya diberi supaya kampung-kampung terlibat mendapat kemudahan perhubungan yang sempurna dan selamat. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads