ads

Khamis, 27 Disember 2012

03 di manek urai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di manek urai - Google Blog Search


Mana Janji PAS <b>di</b> Kampung <b>Manek Urai</b>? ~ Sibuti Selamanya™

Posted: 19 Dec 2012 07:56 PM PST

Isu pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kampung Rancah-Rancah  sepanjang 8 km dan menelan belanja lebih kurang RM 21.5 juta ringgit itu sudah dijelaskan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan negeri, Datuk Seri Michael Manyin Jawong dalam Utusan Malaysia pada pautan ini.
Kontraktor tersebut telah menjelaskan kepada Menteri Datuk Seri Michael Manyin bahawa keadaan bentuk muka bumi di kawasan tersebut melambatkan pembikinan segera jalan raya di kawasan tersebut.  Nampaknya kontraktor yang begitu teliti ini akan memastikan jalan raya tersebut boleh digunakan dalam tempoh yang lama dan tidak untuk dua tiga tahun sahaja seperti yang kebanyakannya yang berlaku di negeri pembangkang di mana jalan raya mereka cuma elok dipakai dalam tempoh kurang dari 3 tahun sahaja.  
Semoga penduduk di Kampung Rancah Rancah akan terus bersabar.  Apabila siapnya jalan raya di kawasan tersebut maka padang bola yang telah dijanjikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dapat disempurnakan. Beliau juga telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM100,000.00 untuk membina padang bola sepak di kampung tersebut disamping meluluskan 10 buah rumah untuk setiap kampung di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di Kampung Rancah-Rancah dan Tiris.  
Janganlah tertipu oleh PAS yang datang hanya membawa mee maggi.  Lainlah kalau mereka dapat menyumbang sebuah lori hilux untuk setiap rumah sementara menunggu jalan raya siap.  Lihatlah Kelantan yang masih belum mendapat kemajuan.  Kalau dibandingkan memang jelas Kampung Rancah-Rancah lebih maju daripada Kelantan!
Bandingkanlah jalan raya di Kelantan dan Sarawak.  Marilah bersyukur dengan pembangunan yang bakal menyentuh kehidupan kita melalui BN!  PAS hanya menjanjikan Syurga tetapi amalan untuk ke syurga masih tidak dapat ditunaikan!!!
Parti pembangkang semakin terdesak

by Mohd Norhadie Sahari. Utusan Borneo, 17 Disember 2012, Isnin
 
PAS manipulasi pemikiran rakyat, kaitkan Kampung Rancah-Rancah masih daif

MIRI: Bimbang tidak mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), pembangkang ketandusan idea sehingga terdesak mengeluarkan isu-isu tidak relevan untuk meracuni pemikiran rakyat.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata isu terbaru, pihak pembangkang khasnya PAS cuba memanipulasi pemikiran rakyat dengan mengaitkan Kampung Rancah-Rancah masih daif.

"Semua kenyataan mereka yang mengaitkan Kampung Rancah-Rancah Sibuti serba kekurangan adalah satu pembohongan yang nyata dan kemungkinan mereka tidak pernah datang ke situ," katanya semalam.

Ahmad Lai memberitahu, Kampung Rancah-Rancah telah mengalami perubahan ketara dari segi infrastruktur dan adalah agak mustahil jika mengaitkan kampung itu masih serba kekurangan.

"Jangan mudah tertipu dengan pelbagai kenyataan PAS kerana mereka hanya pandai mengkritik sebaliknya mereka sendiri tiada usaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat," jelasnya.

Beliau memberitahu, kampung tersebut bakal menerima beberapa lagi unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi menambah keperluan penduduk di situ.

Selain itu, kampung itu juga menerima pelbagai lagi kemudahan lain yang lebih selesa seperti kemudahan jalan raya yang baharu sahaja siap diturap.

"Kemungkinan mereka tidak pernah turun padang dan melihat sendiri perkembangan yang berlaku di kampung itu atau usaha yang dilakukan kerajaan memajukan kampung,"katanya.

Kemungkinan juga mereka hanya mendengar cerita daripada pihak ketiga yang belum sahih kebenarannya, seterusnya membuat penilaian bahawa kampung itu mundur," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyangkal sekeras-kerasnya bahawa kampung itu masih di tahap kemunduran sebaliknya ia hanya satu dakwaan tidak berasas daripada parti politik antikerajaan.

Sebelum ini, PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kampung Rancah-Rancah masih kekurangan kemudahan termasuk jalan raya, jambatan, sistem perparitan dan sebagainya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved