ads

Ahad, 2 Disember 2012

03 di pasir puteh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Perhilitan Pindah Gajah Liar Ditangkap <b>Di</b> Hutan <b>Pasir Puteh</b>

Posted: 12 Nov 2012 12:52 PM PST

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memindahkan seekor gajah liar yang ditangkap di kawasan hutan Felcra Teratak Batu di Pasir Puteh ke taman negara yang terletak di sempadan negeri ini dan Terengganu, semalam.

Gajah jantan seberat lima tan metrik dan setinggi tiga meter itu ditangkap anggota renjer jabatan tersebut setelah didapati berkeliaran di kawasan hutan berkenaan dua hari lepas.

Pengarah Perhilitan Kelantan Rahmat Topani berkata penangkapan haiwan itu dapat menyelesaikan masalah yang boleh mengancam keselamatan penduduk di sekitar kawasan hutan tersebut.

"Pemindahan gajah itu ke taman negara hanya sementara sebelum ia dipindahkan ke kawasan kekal di Pusat Konservarsi Gajah di Kuala Gandah, Pahang," katanya di Kota Bharu, semalam.

Rahmat berkata pihaknya akan terus membuat pemantauan di kawasan hutan di Pasir Puteh itu bagi memastikan tidak ada gajah liar lain di situ.

Beliau meminta penduduk membuat laporan segera kepada pihaknya jika terserempak dengan gajah di kawasan berkenaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved