Selasa, 22 Januari 2013

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


<b>di</b> mana nasharuddin mat isa masa <b>bachok</b> banjir? - yong suka kuning

Posted: 22 Jan 2013 05:13 PM PST


Adakah Yong melampau kalau bertanya, di mana YB Nasharuddin Mat Isa pada hujung tahun 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012 ketika Bachok dilanda banjir?
Boleh dikatakan setiap tahun Bachok banjir. Lalu, ia sudah menjadi bencana alam yang berulang (repetitive natural disasters). Nasharuddin Mat Isa sebagai MP Bachok harus tahu tentang fenomina ini. Banjir berlaku di sekitar bulan November setiap tahun. Ketika itu musim tengkujuh melanda Pantai Timur. MP Bachok patut sudah ada dalam diarinya untuk ini.
YB Tidak tahu bagaimana menyelesaikan masalah banjir? Tidak mengapa tidak tahu. Melawat mangsa boleh dianggap sebagai menunjukkan simpati.
Yong terbitkan semula sebuah petikan N3 yang ditulis dalam Blog Greenboc:
Betulkah apa yang didakwa? Komer boleh baca N3 itu sepenuhnya di sini.
Nasharuddin ada masa untuk berjalan dengan PM keluar negara kerana dia menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds?
Harus diingat Pengerusi Lembaga Pengarah Amanah Yayasan itu ialah Mukhriz Mahathir. Majlis perasmiannya diadakan gilang-gemilang di hotel 5 bintang, Marriot Putrajaya. 
Nasharuddin Mat Isa dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds pada tahun 2012. Tetapi "rare presence" tubuhnya di Bachok telah berlaku beberapa tahun sebelum itu.
Dalam bulan Oktober 2012, Nasharuddin Mat Isa "berdakwah" di pentas UMNO di PWTC. Dalam bulan November 2012 Bachok dilanda banjir yang teruk.
Dalam bulan itu juga muktamar Pas diadakan di Kota Bharu.
Di mana Nasharuddin Mat Isa ketika itu?
Apa yang dia "dakwahkan" di PWTC? Tengok sendiri Video Nasharuddin Mat Isa di PWTC yang di upload di Youtube pada 9 Oktober 2012.

Tiada hotel 5 bintang di Bachok? Tiada tempat hebat seperti PWTC untuk berdakwah di Bachok? Pengundi Bachok "are not worthy of your concern?" 
Tolonglah! Jangan berpura-pura lagi.
TOLAK UG DENGAN SYAITAN YANG DIKENALI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads