Selasa, 22 Januari 2013

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Orang Asal luar <b>Kelantan</b> mengundi <b>di Galas</b> | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 09 Nov 2010 04:00 PM PST

04 Zulhijjah 1431 H
Oleh : Wartawan Kita

KOTA BHARU, 10 Nov: Agak luar biasa apabila peratusan keluar mengundi di Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November lalu meningkat kepada 83 peratus, sedangkan banyak pusat pengundi berada di pedalaman Kelantan.

Malah lebih meragukan lagi apabila enam pusat pengundian membabitkan penduduk Orang Asal meningkat lebih 90 peratus, sedangkan kedudukan mereka jauh di pedalaman.

Lebih menghairankan lagi banyak bas dilihat di pusat-pusat pengundian di pos Orang Asal pada hari mengundi.

Menurut sumber, bas terbabit digunakan bagi mengangkut pengundi Orang Asal yang dipercayai tinggal di luar Kelantan untuk datang mengundi di Galas.

Ini kerana katanya, penduduk Orang Asal yang tinggal di pendalaman Kelantan tidak boleh diangkut menggunakan bas memandangkan ia hanya boleh dihubungi kenderaan pacuan empat roda.

Kehadiran begitu banyak bas di pusat pengundian menimbulkan banyak tanda tanya. Lagi pun kesemua penempatan Orang Asal dikawal Jabatan Hal Ehwal Orang Asal sejak bekas Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sakit tenat.

Mengulas perkembangan tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, peratusan keluar mengundi sehingga 83 peratus merupakan suatu pencapaian yang luar biasa memandangkan kedudukan Galas di kawasan pedalaman.

"Ini jarang berlaku di kawasan orang kurang celik mengenai politik. Kawasan hulu Kelantan di mana kesedaran politik masih lagi rendah.

"Mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan apabila pengundi di kalangan Orang Asal hampir kesemua keluar mengundi.

"Sedangkan di tempat orang yang celik politik pun tidak sampai sehingga 83 peratus keluar mengundi. Ini tentunya meragukan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada pilihan raya kecil tersebut jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus, sedangkan di Batu Sapi yang juga terletak di pedalaman Sandakan hanya 61 peratus.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, lebih menghairankan lagi apabila ada menteri awal-awal lagi sudah memberitahu akan menang banyak.

"Kalau sekadar kata menang sahaja tak apa. Ini seolah-olah menggambarkan mereka sudah tahu apa yang akan berlaku berdasar gerak kerja awal yang dilakukan," katanya.

Harakahdaily/-


UMNO Online - <b>Kelantan</b> Perlu Kawal Penerokaan Hutan Elak <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2011 11:28 PM PST

Kategori Berita Pilihan

Kelantan Perlu Kawal Penerokaan Hutan Elak Sumber Air Terjejas

JELI, 3 Jan – Kerajaan Kelantan perlu mengawal aktiviti penerokaan hutan kerana bimbang sumber air bukit yang kini dinikmati sebahagian
besar penduduk di pedalaman terjejas dan menyukarkan kehidupan mereka, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

hutan kelantan-haramBeliau berkata penduduk di pedalaman itu banyak membuat aduan bekalan air bukit atau air tandak itu kini sudah terjejas seperti semakin kekurangan air dan kualiti airnya yang rendah.

"Kerajaan Kelantan perlu berhati-hati dalam setiap aktiviti penerokaan seperti penebangan hutan kerana kesannya akan merosakkan sistem pengaliran air bukit ke kampung-kampung.

"Kini keadaan sudah mula dirasai terutama penduduk di Jeli dan kita bimbang ia bukan sahaja menyukarkan kehidupan penduduk tetapi juga penyakit yang datangnya daripada air tercemar itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anak Benih (Tanaman Tutup Bumi) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan di Kampung Bendang Keladi di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah JAS Kelantan, Khairuddin Mohd Idris.

Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli, berkata kadar penyakit bawaan air seperti cirit-birit dan taun di Kelantan kini antara yang tertinggi di negara ini dan menuntut agar kerajaan negeri menangani segera keadaan itu.

"Sedihnya Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) turut gagal memberikan perkhidmatan air bersih kepada penduduk di situ yang mahu tidak mahu terpaksa bergantung hidup kepada air bukit itu," katanya.

Beliau berkata kegagalan AKSB itu membuktikan kegagalan ketara kerajaan Kelantan pimpinan PAS untuk memberikan perkhidmatan asas yang sempurna kepada rakyat meskipun sudah memerintah lebih 20 tahun.

Dalam perkembangan lain, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yakin kemenangan BN di Galas itu bakal menyuntik semangat bagi memastikan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN ) Tenang nanti kekal milik BN.

"Mungkin modul di Galas tidak sesuai untuk di Tenang tetapi Umno Kelantan yakin kemenangan Galas sebenarnya penyuntik semangat kepada anggota Umno dan BN untuk terus bekerja kuat," katanya.

Pilihan raya kecil Tenang, Johor yang kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis, ditetapkan pada 30 Jan.

Berita Bertarikh Pada 3 January 2011 3:28 PM

Pilihan Anda: 7 janji PM <b>di Kelantan</b> adalah janji kosong kata Din <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2013 06:30 PM PST

SHAH ALAM - Pas menyifatkan janji-janji kepada negeri Kelantan yang diungkapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai tidak ikhlas dan hanya ingin meraih undi rakyat di negeri itu.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, segala janji sedemikian bukanlah perkara baru malah ia hanya janji kosong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Menurutnya, sepatutnya, kehadiran perdana menteri itu bukan lagi menambah janji sebaliknya melunaskan banyak perkara tertunggak untuk negeri berkenaan.

"Rakyat Kelantan tidak sedaif itu untuk menelan semua janji yang ditaburkan. Janji sedemikian tidak ikhlas kerana beliau sudah terdesak untuk membubarkan Parlimen dalam sedikit masa lagi.

"Jika beliau benar-benar ikhlas, lunaskan dahulu pembayaran royalti kepada rakyat Kelantan bukan dengan pembinaan stadium dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, tidak perlu ditubuhkan jawatankuasa khas bagi isu berkenaan memandangkan ia adalah perjanjian terus di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Saya hairan mengapa perlu ada jawatan kuasa khas? Ia secara jelas, kerajaan persekutuan mahu melewat-lewatkan pemberian hak yang sepatutnya diterima rakyat Kelantan.

"Jika benar-benar beliau prihatin, sudah lama dibina lebuh raya Gua Musang yang mana sering kali menghadapi kesulitan menjelang musim perayaan, bukan pada waktu sekarang," katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan penderitaan yang dialami rakyat Kelantan sudah lama.

"Kerajaan persekutuan sering kali menafikan hak negeri. Apabila sudah hampir PRU13, beliau hadir dan menambah janji tanpa melunaskan dahulu 'hutang-hutang' lama kepada negeri.

"Kerana itu, saya katakan, rakyat Kelantan tidak mudah menelan janji-janji kosong seperti itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, rakyat negeri itu optimis bahawa janji perdana menteri itu hanyalah tidak lebih daripada 'gula-gula' untuk menyedapkan telinga dan hati Barisan Nasional (BN).

"Inilah usaha terdesak yang dilakukan BN dan Umno setelah pelbagai usaha selama ini gagal menambat hati rakyat Kelantan.

"Selayaknya beliau menjelaskan dahulu hutang tertunggak seperti yang pernah ditabur sebelum ini ketika Pilihan Raya Kecil di Manik Urai dan Galas iaitu pembinaan jambatan dan kemudahan jalur lebar," katanya.

Katanya, dengan tujuh janji baru itu, Najib dilihat telah berjaya menambah koleksi janji terhadap rakyat Kelantan tanpa ada satu yang dilunaskan.

"Begitulah kesungguhan BN dan Umno yang berterusan cuba menawan hati rakyat.

"Mungkin sebelum ini, janji yang ditabur di negeri-negeri lain berjaya memikat, tetapi tidak kepada rakyat Kelantan yang sudah masak dengan helah begini, katanya.

Kelmarin, Najib mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan sekiranya mendapat mandat rakyat negeri itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads