Selasa, 29 Januari 2013

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Lembaran Sebuah Kehidupan: 2012 - 2013

Posted: 09 Jan 2013 01:54 AM PST


cerita singapore masih belum sempat dihabiskan. kita kira hutang la k.

cerita resolusi 2013 dan pencapaian 2012 masih berdraft dalam minda.
azam nak pergi kerja tak nak lambat dah, tak mampu ditunaikan wlaupun baru 6 hari bekerja dalam tahun 2013. tak baguz, tak baguz..

too much things happen menjelang akhir tahun 2012.

plan hujung tahun - kakak nak bersalin, dia balik ke Kedah, then saya nak siapkan tempahan kawan-kawan. tapi kita hanya merancang, Tuhan Maha Kaya. Dia yang menentukan. nasib baik dapat kawan-kawan yang sangat memahami.

24 Disember 2012
my sis admitted kat hospital. bersedia untuk bersalin anak kedua.

25 Disember 2012
Alhamdulillah. my sis give a birth to a very cute baby girl.
petang itu, my mom and my brother  yg kebetulan berada di Kedah, turun KL untuk menyambut kehadiran baby baru. ayah dan adik berada di Kedah kerana adik saya menjalani pemeriksaan kerana sakit kepala di hospital sungai petani.

26 Disember 2012.
Omma standby untuk pulang bersama kakak supaya kakak dapat berpantang di Kedah.
Kakak masih tak dibenarkan keluar dari Hospital Pusrawi.

27 Disember 2012
Ditakdirkan adik saya has to go under a surgery. bilamana omma berada di KL untuk menyambut cucu barunya. Tiba-tiba dikhabarkan adik akan ditransfer ke Hospital Alor Setar untuk menjalani pembedahan membuang cecair di dalam kepala. Maka bergenanglah air mata seorang ibu. Baru tiba di KL, sudah bergegas mahu ke Alor Setar pula.

Maka hanya tinggal appa n omma di kedah sana.

28 Disember 2012
Thorn apart antara kakak yang bersalin kat sini dengan adik yang sakit dengan ibu bapa yang dah tak berapa nak kuat itu di sana, me n my bro decide untuk tolong pergi tengok keadaan di sebelah sana dahulu.

29 Disember 2012
Maka sabtu malam selepas saya pulang dari kerja (ganti cuti), kami pulang secara bergu. all the way sampai Bertam, abang saya yang drive. Saya tido. ngantuk sangatlah. Then tukar driver kat Tapah ke manatah. i drove all the way to Alor Setar. sampai 3.30 pagi terus roger daddy yang tidur kat Balai Pelawat Hospital Alor Setar.

oh My Mak! Balai Pelawat Hospital Alor Setar ni, orang merokok kat dalam tu! Padahal dah tampal No Smoking! No Brain betullah! Tapi daddy rileks saje baring dalam tu, maybe dah penat sangat kot. My bro dah tak boleh blah dah coz dia memang tengah batuk-batuk. Kami tido dalam kereta. Kamon la Kementerian KEsihatan please saman orang-orang kat dalam tu.

The day yang kami sampai, daddy dan omma sudah kepenatan kerana telah berhari-hari di hospital. Alhamdulillah, i think i did make the right decision untuk tag along my bro yang nak balik tengok keadaan omma dan daddy.

7.00 am, menanti omma turun dari menemani adik di wad. she was trying to be tough. but she cried when she said adik nak makan, dia nak keluar hospital.tapi lepas makan dia muntah balik. i hug her and i was trying my best not to let my tears drop too.

My sis sms me - dont tell mom. But baby suspected ada problem. dia muntah aje lepas susu.

We spent the day at Hospital Alor Setar.
4.30pm - adik saya dibenarkan keluar. off we go to Sungai Petani.

31 Disember 2012.
Me and my bro masih berada di Kedah. membantu mana yang terdaya sebab adik pun baru lepas surgery. mak ayah pun masih kepenatan. lewat petang itu, kami terima panggilan dari KL. baby akan dibedah keesokan harinya kerana muntah.susu yang diminum tidak masuk ke dalam badan. disyaki ada masalah
saluran makanan. Baby dipindah ke hospital Pantai Bangsar kerana doktor di Pusrawi tak availabe ketika itu.

1 January 2013.
Keadaan di Kedah kelihatan sudah stabil. Kakak sudah pulang ke rumah di KL.
Keesokannya me and my bro akan bekerja. What a new year! maka pagi itu selepas breakfast, kami bertolak untuk melihat keadaan di KL pula.
lewat petang - Alhamdulillah. baby selamat dibedah.
malam itu, saya sempat membawa Amin berjalan-jalan di k4, beli selipar baru, makan KFC.

2 January 2013. (3.30 am)
saya sedang tidur di dalam bilik. terbangun kerana terdengar tangisan Amin di luar. Saya biarkan sahaja dahulu kerana abang ipar dan kakak ada di luar. Kedengaran bunyi muntah. Amin memang selalu muntah. Biasanya lepas dia muntah, dia akan lega. Namun dia masih menangis, menjerit kesakitan. Saya buka pintu bilik menjenguk keadaan. Abang ipar sedang mendukung Amin yang sedang menjerit sambil mengurut-urut belakang Amin. 'Ya Allah, dugaan apa lagi ni ya Allah',said him. Abang ipar sudah tak keruan. Kakak yang dalam pantang tak dapat nak banyak bergerak. Saya lihat lantai, tiada sebarang kesan muntah.

Abang ipar decide nak bawa Amin ke klinik. Kakak minta saya ikut abang ipar sekali. Sampai depan klinik, Amin sudah berhenti menangis, dalam ribaan saya, mata sudah terpejam. Saya tanya, Amin sakit perut lagi? dia angguk. Amin nak jumpa doktor? dia anggguk. Mengantuk tapi masih sakit.

Abang ipar ambil Amin dah letak atas ribaan dia sambil berkira-kira untuk masuk klinik atau tidak. Actually Amin memang dari baby lagi kerap muntah sebegitu. Muntahnya bersembur macam pili bomba. Dah banyak hospital dan klinik pakar kanak-kanak mereka tanyakan, minta periksa keadaan Amin. semuanya kata Amin ok sahaja. cuma kena kawal makanan dia.

"Kalau aku check dengan klinik ni, mesti dia cakap takde apa-apa jugak ni. Kita pergi hospital la." Dia serahkan Amin atas ribaan saya. and off we go to HKL.

Kami masuk bahagian Kecemasan dan Trauma. Doktor terus check dia. Keadaan perut Amin masih keras. I was away, uruskan parking kereta yang park tempat ambulans. Abang ipar was with Amin all the time. Dia muntah masa tengah check. Amin terus warded. Alhamdulillah, doktor HKL dapat kenalpasti masalah Amin.

laluan saluran makanan Amin kecil. sebab itu dia selalu muntah. Kali ini, saluran tu dah bengkak, jadi dah tersumbat.

5.45am, abang ipar suruh saya pulang dulu dengan kereta dia. 6.30am saya kembali ke hospital dengan my bro yang naik motor untuk pulangkan kereta abang ipar. Abang ipar maklumkan, Amin mungkin dibedah juga, but please dont inform your sister first.

baby berseorangan di Hospital Pantai. Abang ipar menemankan Amin seharian di hospital. My sis masih belum tahu keadaan Amin yang bakal dibedah esoknya. She thought the doctor only nak check dan analisa Amin. Amin kena puasa 1 hari. Poor boy.

petang pulang dari kerja, saya diminta jagakan Amin sebentar. Abang ipar berkejar ke rumah melihat keadaan kakak.my sis kata dia mengigil sejuk. Dia masih di rumah, tak tahu keadaan. Kami biarkan dia dapat rehat dulu.

Amin bercucuk wayar sana sini. Rabak hati ni tengok dia. "Amin tak atit. Amin tak atit". kata dia. "Amin nak alik umah Amin."  i just need to find ways to distract his attention.

Malamnya my sis call. Dia baru tahu Amin akan operate esok. She insist to come. Dia pergi Hospital Pantai dahulu menjenguk baby. Dalam pukul 12 tgh malam, dia sampai untuk temankan Amin. Mata saya dah rabak sangat dah, tak larat nak drive balik rumah. Maka me n my sis tido sekatil tepi katil budak sakit. Ayahnya tidur dalam kereta.

Saya tanya my sis, nangis tak masa tau Amin kena bedah? Dia kata, of course la dia nangis. Tapi dia kata, abang ipar pujuk dia, katanya, selama ni Amin asyik muntah je. Elok juga bagi dia. Selama ni tak tau punca. Kita patut bersyukur sekarang dah dapat tau punca dia. Untuk kebaikan dia jugak.

T___T

Malam itu Amin tantrum. Dia mahu balik rumah. Dengan wayar yang bercucuk sana sini dia cuba bangun. "Amin tak atit. Amin nak alik umah Amin." Me and my sis was in tears.

3 January 2013
Alhamdulillah. Amin selamat dibedah. dia perlu puasa lagi 4 hari tanpa air. tanpa makanan.

4 January 2013 - 8 January 2013
bermulalah episod berulang-alik ke hospital by my bro in law and my sis. hanya ibu bapa sahaja yang boleh melawat baby di Hospital Pantai. Maka kami ini hanya boleh pergi melawat Amin di HKL.

petang itu, mom and dad buat surprise. mereka turun ke KL tanpa pengetahuan kami. mesti diorang tau, kalau tanya, mesti kitorang tak bagi turun. They need their rest after few days taking care of adik kat hospital. Adik? dia pun kena heret sekali. Kasihan lepas operation kena travel jauh.

5 January 2013
saya kerja. T__T

6 January 2013
Amin dibenarkan minum. Sebab dia tak boleh minum banyak lagi, we have to alter the air kotak ribena tu, tinggal separuh je untuk dia minum. dia korek-korek and tuang kotak tu sehingga ke titisan terakhir.
everytime dia nampak makanan, dia cakap "Amin nak acik ntit je" (Amin nak nasik sikit je). berulang-ulang kali.

Petang tu Amin berak. dia berak while hugging my sis and i was sitting next to my sis. We were so happy that dia berak!!!
Its a huge success. Usus dia dah berfungsi seperti biasa.

7 January 2013
Amin dah boleh start makan. He had his first roti.
Baby pun dah boleh start minum susu ibu sikit.

mom, dad and adik pulang ke SP.

8 January 2013.
Amin discharge from HKL.
Malam itu baby pula discharge from Hospital Pantai.
Kakak kata, Amin and adik macam kembar pula...

Alhamdulillah... semoga mereka semua cepat recover.

Amin had duodenal stenosis. and adik had duodenal atresia. both kena operate di perut.

We make this not really joke but to just cheer things up.
Maknya bersalin normal, anak-anak yang kena operate perut.

I am so geram the baby is so cute! Amin is all tantrum tak sure coz dia sakit or coz of kehadiran adik baru yang mencuri perhatian mamanya. Now, they are all at my house.

kes Amin and baby is considered a minor case. Kalau lihat kanak-kanak lain, serius meruntun jiwa! semoga ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana bertabah dan disembuhkan anak-anak anda dari segala jenis penyakit.

Semoga yang sakit cepat sembuh. Semoga yang sihat terus sihat.
Ya Allah, kau jauhkanlah penyakit-penyakit dari kanak-kanak lain. Sembuhkan mereka juga ya Allah.
Amin...

10 January 2013
adik saya pula akan check follow up kat Hospital Alor Setar.

Semoga nothing serious with him. Semoga dia sihat dan baik-baik aja. semoga sembuh. semoga dilindungi kami sekeluarga.
Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads