mengemukakan satu barisan calon yang berkualiti dan mantap ke arah mewujudkan sebuah kerajaan berwibawa selepas pilihan raya umum akan datang (insyaAllah) PAS Kelantan perlu menggugurkan 20 hingga 23 orang wakil rakyatnya dari terus menjadi calon.
Adalah dibimbangi kalau PAS tidak bersedia menggugurkan wakil-wakil rakyat ini ia bakal mempengaruhi pengundi untuk tidak memilih PAS dalam pilihan raya akan datang. Mereka ini perlu digugurkan kerana beberapa sebab dan faktor.
Antaranya, kerana menghadapi masalah kesihatan kronik, mengalami kes-kes peribadi, (mini skandal) kurang berprestasi sebagai wakil rakyat parti memerintah dan sudah lebih dari dua penggal menjadi Adun atau tidak kurang tiga kali bertanding dalam pilihan raya.
Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu PAS mendapat 38 kerusi DUN dan tujuh kerusi Parlimen. Kerusi-kerusi parlimen ialah; Kota Bharu, Kuala Krai, Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Puteh, Pengkalan Chepa dan Bahcok. Pasir Mas PAS serahkan kepada Inchek Ibrahim Ali. Tiga lagi kerusi parlimen milik PKR, Ketereh, Machang dan Tanah Merah manakala dua dimenangi UBN, Gua Musang dan Jeli.Dari 20 orang wakil rakyat tadi ia meliputi dari semua kawasan Parlimen, dengan kedudukannya tiga Pasir Puteh dan Kota Bharu, masing-masing dua Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Bachok dan satu masing-masing di Ketereh, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Pengkalan Chepa.
Sekiranya PAS akan melakukan pengguguran, sekurang-kurang 15 wakil rakyat, ini bermakna PAS akan mendapat 17 ADUN baru dalam pilihan raya akan datang. Dua kerusi lagi yang tidak melibatkan pengguguran wakil rakyat dijangka di Bunut Payung dan Tendong. Tendong wakilnya meninggal. Manakala sekiranya benar PAS akan mengambil alih kerusi Pengkalan Kubur ia menjadikan 18 muka baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan