03 di kota bharu - Google Blog Search |
pru 13: bn intai peluang <b>di kota bharu</b> dan rantau <b>...</b> - kembali mencari Posted: 17 Dec 2012 07:05 AM PST Beberapa hari yang lalu kawe dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari seorang sahabat yang bertanyakan perihal kebenaran mengenai kemungkinan Ahli Parlimen Kota Bharu tidak mahu bertanding untuk pertahankan kerusi tersebut kerana mahu memberi laluan kemenangan kepada calon BN dari UMNO disitu.Mungkin sahabat kawe terkejut dan tidak percaya dengan berita yang beliau dengar tersebut dan kawe berfirasat beliau ingin mendengar komen kawe mengenai perkara tersebut. Untuk tidak menghampakan harapan beliau kawe hanya berkata mungkin ada kebenaran jika satu luahan DWR mahu diambil kira tidak lama dahulu . DWR pernah berkata secara terbuka bahawa beliau sudah tidak mahu lagi bertanding di Parlimen Kota Bharu dan beliau juga ada beritahu secara terbuka bahawa beliau telah menerima tawaran dari MB Selangor untuk membantu PKR di Selangor mengekalkan kerajaan dalam Pru 13 nanti. Sebelum kawe melanjurkan diri untuk membongkar rahsia sebenar apa yang berlaku di kerusi Parlimen Kota Bharu ,kawe ingin bawa sedikit cerita dari Parlimen Rantau Panjang .Walaupun sebenarnya kawe tidak bernafsu dengan bingkisan cerita dari daerah sempadan Siam itu sebenarnya . Kawe menjadi teruja setelah mendapat tahu bahawa pihak UMNO di Kelantan mahu kerusi Parlimen tersebut dimiliki oleh BN dalam PRU 13 untuk mencukupkan sasaran mereka memenangi 9 Parlimen di kelantan dalam pru 13 nanti. Amat bagus untuk UMNO mensasarkan Parlimen Rantau Panjang untuk dimiliki oleh BN kerana dalam PRU 12 yang lalu pihak PAS menghina UMNO disitu dengan hanya meletakkan calon wanita sahaja untuk memberitahu pimpinan umno pusat bahawa perbalahan dalaman UMNO Rantau Panjang tidak akan selesai sehingga kiamat.Mungkin bila UMNO mensasarkan Parlimen Rantau Panjang sebagai mesti dimenangi oleh BN adalah satu langkah untuk mempercepatkan proses kiamat itu berlaku.Sasaran UMNO untuk memenangi kerusi tersebut adalah semata mata untuk membina sekuman harapan supaya UMNO RP meredakan diri dari perbalahan dalaman bagi menghadapi PRU 13 nanti pada pandangan kawe. Di Parlimen Kota Bharu satu ketika dahulu diwar warkan akan berlaku pertandingan tiga penjuru yang melibatkan PAS.BN dan KITA. Zaid Ibrahim mempunyai satu dendam yang panjang dengan Fatmi di Kota Bharu dan perkara ini merupakan rahsia umum.Zaid akan memastikan Fatmi kecundang dengan apa cara sekalipun di Kota Bharu.Pernah gempar di seluruh negara bahawa PAS akan beri laluan kepada KITA untuk Zaid balas dendamnya terhadap Fatmi tetapi kegemparan tersebut segera di nafikan oleh pihak PAS. Dalam pertaruhan ini musuh sebenar BN di Kota Bharu bukanlah PAS tetapi Zaid yang memusuhi Fatmi.KITA akan sokong PAS untuk jatuhkan Fatmi dan BN menjadi mangsa dendam Zaid kepada Fatmi.Betul dan benar KITA bukan sebuah parti yang sekuat UMNO di kelantan tetapi kekuatan peribadi Zaid sudah cukup untuk membantu BN kalah kepada PAS di Kota Bharu.Amat logik disini jika DWR mengambil sikap tidak memusuhi Fatmi tetapi membiarkan permusuhan Zaid dan Fatmi berlarutan. Kenapa YDP Kota Bharu menyerahkan calon Parlimen Kota Bharu kepada TYDP untuk membantu Fatmi menolong BN memenangi kerusi tersebut? PAS Rantau Panjang boleh tidur lena dan sesekali boleh menyeberangi ke seberangan sana untuk menikmati Som Tam di Golok sementara menunggu loceng PRU 13 di bunyikan. PAS akan selesa lagi di Rantau Panjang dan DWR tidak perlu dijadikan percaturan seperti PRU 12 untuk bertanding di Parlimen tersebut kerana kekuatan Kak Lah sebagai ahli Parlimen di puji serata oleh rakyat Rantau Panjang.Parlimen Kota Bharu dalam PRU 12 bukanlah milik DWR sebenarnya ,itu mereka yang mengetahui ceritanya .Tapi hari ini Kota Bharu dalam cengkaman beliau. Memang benar secara terbuka DWR menyuarakan hasrat beliau untuk tidak lagi bertanding dalam PRU 13 nanti ,beliau nyatakan pendirian ini secara terbuka dilaman laman sosial dan pernah menyatakan semasa beliau berada di tanah suci. Tidak cukup dengan itu DWR juga dengan tegas mengatakan di depan TGNA bahawa YB Dato Takiyuddin adalah calon yang paling sesuai untuk mengantikan dirinya di Kota Bharu . Mengapa pihak UMNO memerlukan Fatmi dibantu atau diberi laluan oleh DWR untuk BN memenangi Parlimen Kota Bharu dan mengapa pula DWR patut bantu Fatmi? Kawe tidak mahu jawab persoalan itu sebaliknya kawe serahkan kepada pihak UMNO merungkaikan perkara tersebut jika terdetik dihati mereka bahawa kemungkinan itu akan berlaku. Pada kawe UMNO dan Fatmi tidak memerlukan EHSAN DWR untuk mereka beri kerusi tersebut kepada BN.Minta ehsan dari DWR bermakna UMNO akui Fatmi itu lemah.Apakah UMNO lemah di Kota Bharu? Apakah dengan ketiadaan Zahid masih lagi menjadi ketakutan kepada Fatmi? Apakah ketiadaan DWR sebagai lawan masih lagi menghantui Fatmi? Apapun bagi kawe langkah UMNO mensasarkan kerusi Parlimen Kota Bharu sebagai milik BN dalam PRU 13 adalah satu langkah yang tepat.Dan penarikan diri DWR untuk bertanding semula di Parlimen Kota Bharu juga satu langkah yang patut untuk dirinya tetapi amat tidak patut untuk PAS membiarkan perkara itu berlaku.Kawe yakin dengan keupayaan Dato Taki untuk berkhidmat di dewan rakyat nanti dengan kebolehan serta kelayakan yang beliau miliki. Tapi rata rata orang Kota Bharu terasa curiga dengan kebolehan beliau untuk berkhidmat kepada rakyat Kota Bharu. Jaddik rahsia sebenarnya yang cuba diambil kesempatan oleh UMNO dengan mengatakan DWR beri laluan kepada Fatmi untuk BN menang kerusi Kota Bharu adalah DWR beri ruang kepada Fatmi untuk beri khidmat kepada orang Kota Bharu yang tidak berjaya dilakukan oleh Fatmi jika DWR masih berlegar legar di kawasan Kota Bharu.UMNO tahu Dato Taki tidak mampu untuk menawan hati pengundi Cina di Kota Bharu ,UMNO tahu Dato Taki tidak mampu melayani kerenah kerenah pengundi yang selalu minum kopi di kedai kedai kopi sekitar Kota Bharu.Kemampuan ini juga tiada pada Fatmi sebenarnya. Apakah Cina di Kota Bharu lebih selesa dengan Dato Taki atau lebih mesra dengan Dato Fatmi setelah Bapak Perhubungan kaum di Kota Bharu turun dari singgahsana?? |
You are subscribed to email updates from di kota bharu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan