03 di jelawat kelantan - Google Blog Search |
Posted: 01 Feb 2013 10:49 PM PST Banyak lagi tanah diserah kepada orang luar jika Pas terus perintah BACHOK, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Rakyat Kelantan yang bercadang mengundi calon Pas atau parti pembangkang lain pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, secara tidak langsung menyokong lebih banyak lagi tanah milik kerajaan negeri terutama di Ulu Kelantan diserahkan kepada orang luar. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, perkara ini sepatutnya sudah menjadi pengajaran kepada rakyat Kelantan. "Jika mahu menghentikannya, mereka tidak perlu lagi mengundi calon pembangkang terutama Pas yang bertanggung jawab ke atas pemberian tanah itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Jelawat di sini hari ini. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, kerajaan negeri tidak seharusnya berdolak-dalih mengenai pemberian tanah kepada orang luar Kelantan dan mereka mesti bertanggungjawab. "Bagi saya tanah di Kelantan hak milik rakyat Kelantan sekali pun diberi kepada orang luar dengan alasan pembangunan Ladang Rakyat," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok. Katanya, sepatutnya rakyat miskin di negeri ini diberi keutamaan untuk memiliki tanah tersebut untuk masa depan mereka yang lebih baik. Awang Adek berkata, jika Pas ikhlas ingin membantu rakyat miskin tanpa mengira bangsa, lebih baik tanah itu dimajukan oleh agensi kerajaan negeri sendiri yang berfungsi seperti Felda dan Felcra yang terbukti berkesan dan diterima baik semua pihak. Beliau berkata, jika perbuatan itu tidak dihentikan, kesannya terlalu besar terhadap masa depan rakyat Kelantan selain kekayaan bumi Kelantan dimonopoli orang luar manakala orang miskin akan terus terpinggir di bumi sendiri. Menurutnya, sekiranya tidak mahu perbuatan itu berulang, rakyat Kelantan perlu mengundi calon Barisan Nasional yang terbukti berkemampuan menjaga kepentingan rakyat. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di jelawat kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan