Selasa, 12 Februari 2013

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Konvokesyen Siswazah Perlimen <b>Jeli</b> Bersama Dato&#39; Pa

Posted: 09 Feb 2013 11:48 PM PST

As salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Seharian semalam(9 feb 2013,sabtu)
ecah and Achik a.k.a Azila Shaimi mengikuti program konvensyen Himpunan Siswazah Kelantan(HIMSAK) perlimen Jeli...Sambil dapat beramah mesra dengan Tok Pa(Dato' Mustapa Mohamed), dapat jugalah ecah jumpa kawan-kawan lama & junior yang masih dikenali..Walaupon kitew yang paling tua semalam namun "kekecikan" kitew telah mengaburkan usia kitew...huihui..sangatttt
Paling tak sangka,junior Ecah iaitu Nik Fuad a.k.a dik ad(panggilan yang digunapakai oleh ecah & kenalan terdekat) telah memegang jawatan penting dalam HIMSAK Parlimen Jeli. Sejujurnya ecah memang tak sangka penglibatannya dalam "perjuangan" yang dibawanya sudah sampai ke tahap ini.. Tahniah Dik Ad..teruskan "perjuangan" anda..

hampir 400 orang mahasiswa/i yang hadir

Setiap Universiti ada wakil..like me,UPSI..(^^,)


Cabutan bertuah smart phone

Sumbangan kepada mahasiswa/i

HIMSAK(Himpunan Siswazah Kelantan)

OBJEKTIF PENUBUHAN HIMSAK 
Membantu mengatasi masalah pengangguran dan kemiskinan di kalangan siswazah.
Menjadikan persatuan sebagai satu platform atau saluran untuk siswazah Kelantan menyuarakan pendapat atau sebarang masalah kepada pihak tertentu. (Kerajaan, Sektor Swasta dan NGO)
Membuka ruang kepada siswazah supaya sentiasa terdedah kepada keadaan semasa.
Membina imej generasi muda/belia yang dinamis dan rasional dalam menghadapi cabaran alaf baru.
Membentuk jatidiri dan berdaya saing serta berdikari di kalangan siswazah.
Mempertingkatkan disiplin diri di kalangan siswazah.
Mendedahkan kepada siswazah tentang kerja amal atau sosial kepada masyarakat.
Membantu kerajaan dalam membenteras penyalahgunaan najis dadah dan masalah sosial dikalangan pelajar.
Menjadikan siswazah Kelantan yang berketrampilan dan bermotivasi tinggi.
Mewujudkan rasa kesedaran, berkeyakinan dan berkemampuan untuk mencapai kejayaan dari segi pengurusan dan perlaksanaan projek, fizikal dan mental serta berkemahiran seiring dengan kecermerlangan akademik.
Memberi pendedahan dan latihan yang sistematik selaras dengan keperluan tenaga manusia dalam pelbagai sektor ekonomi.

MATLAMAT

Memperlihatkan usaha dan peranan kerajaan dengan kerjasama NGO dalam usaha memajukan Agama , Bangsa dan Negara.
Membentuk pemikiran kritis dan matang dalam menentukan matlamat dalam diri siswazah .
Menjadi sebuah NGO yang dapat membantu dalam perubahan kelantan di Masa Hadapan

VISI

"Kearah merealisasikan siswazah yang berkualiti dan berdaya saing merangkumi aspek ekonomi, politik dan sosial.

MOTTO

"PENERAJU PERUBAHAN KELANTAN DI MASA HADAPAN"

MOTIF SANGATT LETAK PIC ECAH & KENGKAWAN..HEHE!

pic ni ecah mintak my adik,Azila shaimi a.k.a achik untuk captured..tak sangka dapat jumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa..

kependekan yang memang tak boleh disembunyikan lagi bila berada di sisi Ayaa

walaupun dah pakai high heels 4 inci bagai..hehe

~kami HIMSAK Parlimen Jeli~

Sekian Wassalam..

p/s:11 feb 2013 ni ecah dapat jemputan lagi untuk menyertai program "Himpunan Mahasiswa/i & pemuda/i Jeli di Dewan Majlis  Daerah Jeli..Anjuran Ikatan Mahasiswa Jeli 

tapi yang ni ecah tak dapat nak join dah..kitew de majlis kawin2..so,ecah utamakan yang kawin2 la..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads