Selasa, 12 Februari 2013

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Stor simpan ubat perangsang seks <b>di Wakaf Che Yeh</b> diserbu ABN <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 01:59 AM PST

KOTA BAHARU – Cawangan Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Kelantan menahan seorang lelaki berumur 62 tahun ketika sedang memunggah keluar ubat-ubatan perangsang seks dipercayai tiruan dan tidak berdaftar, dari sebuah stor di Wakaf Che Yeh di sini semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata stor itu dipercayai menjadi tempat penyimpanan utama dan terbesar ubat-ubatan perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta peralatan seks, bagi pasaran negeri ini.

Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan berjaya merampas 63 item pelbagai jenama ubat perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta beberapa peralatan seks bernilai kira-kira RM15,706, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Ahmad Razin berkata lelaki terbabit dipercayai sedang memunggah ubat-ubatan itu untuk dipasarkan di sekitar kawasan Wakaf Che Yeh yang menjadi pusat tumpuan orang ramai membeli-belah khususnya di waktu malam.

Beliau berkata serbuan yang dilakukan pukul 7.28 malam itu melibatkan 12 pegawai penguatkuasa farmasi dengan kerjasama anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Katanya peniaga yang menjual ubat-ubatan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum menurut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mereka juga boleh didakwa atas kesalahan memiliki untuk tujuan jualan racun berjadual mengandungi 'Sildenafil dan analognya' tanpa memiliki lesen yang sah mengikut Akta Racun 1952 (Disemak 1986).

Perbuatan itu menyalahi Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Dr Ahmad Razin berkata ubat-ubatan dan peralatan seks bernilai RM41,858 dirampas hasil lima serbuan yang dilakukan di beberapa lokasi di negeri ini sepanjang tahun lepas.

"Pada tahun lepas juga, empat kes didakwa di mahkamah dengan jumlah denda sebanyak RM4,500. Dalam satu daripada kes itu, pesalah turut dipenjara dua hari oleh Mahkamah Majistret Kota Baharu," katanya.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kegiatan penjualan ubat-ubatan perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta peralatan seksual, yang memberi imej buruk kepada bandar Kota Baharu dan masyarakat.

Katanya penggunaan ubat-ubatan peransang seks yang mengandungi "sildenafil" tanpa kawalan doktor atau ahli farmasi boleh mengakibatkan kesan sampingan amat berbahaya seperti tekanan darah rendah, sakit otot, gangguan pada perut, gangguan penglihatan, radang pundi kencing dan sesak nafas yang boleh membawa kematian. – BERNAMA

<b>Wakaf Che Yeh</b> « The Royal Orchard

Posted: 03 Feb 2013 03:12 AM PST

26012013919

Salam.

Minggu lepas sempat pulang ke kota bharu untuk ziarah ibu. Pada malam tu siap offer sesape nak ke sana. Drop then jalan-jalan lah, tak kuasa nak ikut geng pompuan membeli-belah..

Mula-mula nak tidur je dalam kereta, then terasa nak jalan-jalan untuk survey..alang-alang tu snap picture untuk buat entri…just to share..

Masa saya kecik-kecik dulu seingat saya bila sebut je wakaf che yeh, ada stesen RTM. Bila ada program artis ke atau mini program ala-ala jom heboh TV3, baru berderet orang datang. Arwah ayah saya selalu dijemput untuk rancangan 2.30 petang bersama jabatan pertanian ke udara di RMKB.

Sejak dua menjak, seingat saya bila pusat penjaja di jalan hamzah berpindah ke sini, kebanyakan orang bila balik KB je mesti nak pergi ke wakaf che yeh. Malah orang luar pun, even geng-geng opis bila ke kelantan mesti nak ke sini.

Ada satu kisah, perkahwinan adik kawan saya di pekan pahang. Rombongan siap booking homestay di wakaf che yeh. Lepas majlis, rombongan bergegas ke KB kira-kira jarak perjalanan 300KM. Masa tu pulak time raya haji. Depa stay 2 hari untuk shopping. Masa nak balik ke KL, jem teruk sampai kuala krai, ada yang suggest untuk call owner kalau homestay masih kosong, bila owner kata rumah tak de penginap, depa decide untuk patah balik untuk sambung shopping…

Itulah betapa kuatnya pengaruh wakaf che yeh bagi pembeli belah tegar…

26012013918

Ramai yang datang untuk jalan-jalan je sebab yang membeli belah tak lah ramai sangat.  Kereta dan bas banyak jugak sebab parking sepanjang jalan penuh dan private parking berdekatan pun penuh. Sebelah kanan jalan ada kedai-kedai makan. Anda boleh try tapi saya pun tak pernah cuba…

26012013907

Ini kat kawasan depan, tak ramai orang. Barang-barang standard je macam kat mana-mana uptown kat KL. Den tak rasa terliur pun nak membeli sebab dah tua-tua ni apalah lagi nak dibeli..

26012013917

Kalau kat kawasan jual pakaian, berderet-deret orang jual baju, jersey, seluar, baju longgok.

26012013916

Ini pula kawasan jual beg kulit, jam, spek mata, selipar serta barangan getah..

26012013909

Bab nak kena dukung anak yang den tak berapa gemar nak datang sini. Sebab tu den offer kat geng perempuan je, budak-budak dok rumah. Bila masuk kawasan tengah, dah start pack dengan orang. Malam tu ada orang pitam sebab sesak dan panas. Ada satu area tu ada warung jual makanan. Bila depa masak makanan, asap terkumpul bawah kanvas, Bila asap tak dapat keluar, ramai yang terasa sesak nafas. Bila kat area ni saya cepat-cepat blah, bau asap orang mengoreng dan pedih mata pun ada.

26012013908

Di kiri kanan tapak jualan di wakaf che yeh adalah deretan rumah kedai. Gambar kat atas tu adalah rumah tumpangan. So senang, malam nak turun shopping.

26012013911

Pelbagai jenis pengunjung yang datang sini. Kat depan saya ni, senyap-senyap saya snap pengunjung berkerusi roda sedang ditolak oleh seorang perempuan. Tak sempat tanya datang dari mana ? Silap-silap dia jawap, "dok sini jah, sajo male-male jale tengok ore"

26012013912

Ini permulaan kesesakan pejalan kaki. Saya cepat-cepat cari jalan short cut untuk keluar. Sesak nafas pulak. Kawasan ni depa jual buah-buahan…

26012013914

Kaki pun dah rasa penat berjalan. Masa masuk tadi ada berderet kedai makan. Saya pun survey..

26012013913

Sebelum keluar ke main road, saya lalu dekat lot jual tudung. Tadi depa kata nak cari tudung…

26012013915

Macam-macam design tudung yang digantung. Warna pun ranggi dan menarik. Tudung ni ada nama ikut design, tapi yang saya ingat tudung bawal…bawal ada manik, tudung mawi, tudung siti nurhaliza…kalau kat Kl orang dok sebuk bila ariani buat sale…kawan sekolah saya  mat cheng (nick name kat sekolah) adalah pemilik bersama familynya,  syarikat al-munawarrah di taman tun dr ismail. Sape tak kenal tudung al-munawarrah kan ?

26012013923

Di seberang jalan besar wakaf che yeh berdiri teguh sebuah hotel baru holiday villa di wakaf che yeh. Tujuan hotel ini dibina di sini tidak lain dan tidak bukan untuk golongan elit datang shopping. Selain kedai kain salim aziz dan kedai buku muda osman, ada jugak office airasia, butik-butik dan juga restoren mc donalds paling laris di kb dan seluruh kelantan. Student praktikal beritahu saya ia dimiliki oleh seorang wanita yang juga pensyarah uitm kelantan.

26012013925

Kereta yang banyak selalu jadi jem kat sini terutama dari arah KB coz depa nak U-turn kat trafik light dekat shell dan orang suka buat double parking atau sebab nak masuk private parking.

Gambar kat bawah ni adalah kawasan utama wakaf che yeh. Kotak merah tu kawasan lot peniaga pasar malam wakaf che yeh. Datang siang hari tak de mende lah. Nampak cam dekat je tapi bila menapak agak-agak berapa km ? kalau tawaf 2-3 kali boleh lah tahan jauhnya..

WCY

Itu saja entri saya, pasal harga barang, no commentlah sebab hari cuti dan bahasa urusniaga ketika membeli-belah ada perbezaannya dan kesan terhadap harga barang….selamat datang ke wakaf che yeh…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads