03 di mengkebang - Google Blog Search |
Isteri Rayu Bantuan JKM | Detik Perubahan Posted: 09 Feb 2013 01:00 AM PST KUALA KRAI – Isteri seorang pesara tentera tidak berpencen dari Kampung Bukit Sireh, dekat sini, merayu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menampung kos sara hidup suaminya yang terlantar sejak enam bulan lalu. Che Yam Loman berkata, selepas pertama kali diserang angin ahmar pada 2005, keadaan suaminya, Mat Atan, 77, semakin teruk sebelum lumpuh dan terlantar sakit sejak Ogos tahun lalu. "Saya hanya bekerja menoreh getah dengan pendapatan tidak menentu. Kalau JKM dapat beri dapat bantuan untuk sara hidup suami pun sudah memadai," katanya. Dia ditemui ketika menerima kunjungan Setiausaha JKKKP Tanpa Mukim Dun Mengkebang, Zamzuri Ismail di rumahnya di Kampung Bukit Sireh, dekat sini, semalam. Che Yam berkata, selain kewangan, bantuan paling diperlukannya sekarang ialah tandas duduk atau kerusi khas untuk kemudahan suaminya membuang air besar. "Dia ada penyakit sembelit dan susah nak buang air besar jika berbaring. Kalau ada kerusi atau tandas duduk, ringan sikit beban saya," katanya. Ditanya tentang Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) sebanyak RM1,000 daripada kerajaan untuk bekas tentera tidak berpencen seperti suaminya, Che Yam berkata, permohonan sudah dibuat. Dia bagaimanapun terkejut apabila dimaklumkan borang permohonan diserahkan kepada JKKKP Tanpa Mukim Dun itu belum dihantar kepada pihak berkenaan. Zamzuri pula berkata, masalah Mat sudah dipanjangkan kepada JKM namun, agensi kerajaan itu meminta supaya ahli keluarga bekas pesara itu datang membuat permohonan di pejabat. "Saya cuma harap kakitangan JKM dapat datang rumah Che Yam kerana dia susah nak pergi ke pejabat sebab Pak Mat perlukan penjagaan sepanjang masa. "Melihat keadaan Pak Mat, saya berpendapat dia layak dapat bantuan pesakit terlantar. Bagaimanapun, tertakluk pada kelulusan JKM," katanya. Mengulas permohonan SVTB1M, Zamzuri berkata, dia akan minta bantuan Ketua Gerak Gempur Pendaftaran Ahli Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Parlimen ini, Mohd Noor Sulaiman. – Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from di mengkebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan