03 di pengkalan chepa - Google Blog Search |
Skuad Sayang <b>Pengkalan Chepa</b> Hulur Bantuan Kepada Keluarga <b>...</b> Posted: 29 Jan 2013 07:16 AM PST Di Pengkalan Chepa, Kelantan, seorang ibu cacat penglihatan tabah mengharungi hidup bersama empat anaknya, di sebuah rumah yang hampir menyembah bumi. Kesempitan hidup keluarga itu turut bertambah, apabila suami beliau terpaksa tinggal berasingan akibat penyakit kronik. Norleda Mat, 37 tahun tinggal di rumah pusaka arwah ibunya di Kampung Pengkalan Nangka ini, sejak kecil. Beliau hilang penglihatan sejak empat tahun lalu kerana sakit kencing manis. Empat anaknya berusia antara tujuh hingga 17 tahun. Suaminya, Abdullah Hamzah, 37 juga sering sakit akibat penyakit kronik, terpaksa tinggal berasingan bersama ibunya di kampung berdekatan. Akibat kesempitan hidup, keluarga terbabit tidak mampu memperbaiki rumah usang mereka. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM, 150 ringgit sebulan hanya menampung wang persekolahan anak-anaknya. Keluarga itu tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri, DUN Chempaka yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. NORLEDA MAT / IBU. Prihatin masalah keluarga itu, Skuad Sayang Puteri Umno Pengkalan Chepa bersama kakitangan JKM mengunjungi mereka, siang tadi. ZARINA MD YUSOF / KETUA WANTA UMNO PENGKALAN CHEPA. NO: AKAUN B-S-N NORLEDA MAT, NOMBOR AKAUN 14185-29-00001755-1 Permohonan turut dilakukan bagi bantuan membaiki rumah menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan, JPP Kelantan. Sumbangan boleh disalurkan kepada keluarga ini menerusi nombor akaun tertera. – TV3 ONLINE |
You are subscribed to email updates from di pengkalan chepa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan