Sabtu, 2 Februari 2013

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: UMNO Lwn UMNO : Asal Bukan Dali muncul <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 07:26 PM PST

PENGKALAN CHEPA: Kalau sebelum ini kita sering melihat perkataan ABU (Asal Bukan Umno), namun sekarang muncul pula ABD (Asal Bukan Dali).

Perkataan ABD ada yang dicetak pada baju t-shirt. Selain itu ada juga sepanduk yang ditulis perkataan tersebut.

Segalanya bermula 5 Januari lalu apabila lebih 50 ahli Umno daripada 23 cawangan di bahagian Pengkalan Chepa berhimpun di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra menuntut Ketua Bahagian, Datuk Dali Hussin meletak jawatan.

Turut berhimpun anggota jawatankuasa Umno bahagian berkenaan dan ketua-ketua cawangan.

Ekoran tersebar pergolakan dalaman yang semakin parah itu, Umno Pengkalan Chepa cuba pula "menyerang" PAS dengan mendakwa ada bekas muslimat PAS menyertai Umno kerana kecewa tidak mendapat apa-apa bantuan.

Beberapa nama disiarkan media baru-baru ini kononnya menyertai Umno termasuk Che Semah Che Yah, 57 dan Aminah Mahmood, 57. Mereka dikatakan menyertai Kursus Kepemimpinan dan Pembangunan Insan Wanita Pengkalan Chepa.

Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa, Mohd Azmi Nor (gambar) berkata, tidak ada penyokong PAS yang hadir pada program berkenaan.

Malah katanya, orang yang mengaku sebagai penyokong PAS seperti disiarkan media baru-baru ini didapati bukan ahli atau penyokong PAS.

"PAS cawangan di sini tidak kenal makcik terbabit yang kononnya mendakwa sebagai bekas penyokong PAS.

"Apa yang kami dapati mereka ialah penyokong Umno yang diarah untuk mengakui pernah menyokong PAS bagi mengalih tumpuan pergolakan dalaman Umno Pengkalan Chepa sekarang," katanya di sini.

Sementara itu Setiausaha PAS Pengkalan Chepa, Hassan Mamat berkata, seorang wanita, Zainun Jaafar dari Kampung Pulau Gajah yang mendakwa tidak pernah dibantu kerajaan negeri dan PAS adalah tidak berasas sama sekali.


Katanya, bantuan kepada anak-anaknya diberi setiap tahun bagi meringankan bebanan keluarganya ekoran kematian suami yang juga bekas aktivis PAS di kampung terbabit.

Beliau berkata, keluarga terbabit juga diberi bantuan membaiki rumahnya yang agak besar masih dalam pembinaan sekarang. Malah Maik juga datang meninjau rumah tersebut baru-baru ini.

"Segala dakwaannya tidak berasas sama sekali. Ini seolah-olah dia tidak berterima kasih terhadap segala bantuan diberi kerajaan negeri selama ini," katanya.

Bagaimanapun beliau percaya ibu tunggal terbabit dipengaruhi pihak tertentu dengan membawa Ketua Wanita bahagian, Zarina Md Eusope datang ke rumahnya kelmarin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads