Isnin, 18 Februari 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Rakyat <b>Kelantan</b> Ingin Lihat <b>Negeri</b> Sendiri Maju | Detik Perubahan

Posted: 17 Feb 2013 03:44 AM PST

imageKUALA LUMPUR – Kemakmuran ekonomi yang dibawa Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuka peluang kepada rakyat Kelantan menikmati kehidupan lebih baik walaupun berada di perantauan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ini tidak mampu diberi kerajaan Pas Kelantan, menyebabkan ramai rakyat Kelantan berhijrah untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

"Rakyat Kelantan yang berhijrah kini berjaya menjadi pegawai tertinggi kerajaan, tokoh korporat ternama, peniaga yang berjaya dan rakyat biasa mempunyai kehidupan lebih baik hasil peluang yang diberi kerajaan BN dan Umno," katanya.

Mustapa berkata demikian ketika berucap pada 'Perhimpunan Perdana Anok-Anok Kelantan di Perantauan 2013′ di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Mustapa, kira-kira 500,000 rakyat Kelantan yang berada di luar negeri itu kini mahu kemakmuran ekonomi yang dikecapi mereka dikekalkan selain mahu nikmat itu dirasai di negeri itu sendiri.

"Warga Kelantan amat berterima kasih dengan peluang yang diberikan kerajaan (pusat) dan telah bersedia melakukan perubahan untuk menukar kerajaan Pas di Kelantan kepada kerajaan BN yang mampu menjadikan Kelantan turut maju, sebaris dengan negeri-negeri naungan BN dan Umno yang lain," kata Mustapa.

Beliau menarik perhatian bahawa rakyat Kelantan tidak mahu lagi dibelenggu dengan janji-janji kerajaan negeri yang tidak ditepati serta tidak membawa sebarang manfaat untuk mereka.

Rakyat Kelantan mahu tanah di negeri Kelantan diurus dengan cekap dan diberi kepada yang berhak, bukan digadai sewenang-wenang, kata Mustapa, sambil menambah hanya BN dan Umno mampu membawa perubahan ini.

"Kehadiran warga Kelantan pada program ini menunjukkan kebangkitan dan komitmen mahu terus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan usaha meningkatkan kemakmuran di negara ini dan negeri Kelantan," tambahnya.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin. – Bernama

Jawatan kosong 2013 <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Kelantan</b> Darul Naim

Posted: 02 Feb 2013 12:00 AM PST

Jawatan kosong 2013 di Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim

Temuduga Terbuka 2013Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand . Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka tapisan pertama bagi jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 ( sambilan berelaun )

 TARIKH/HARI WAKTU TEMUDUGA TEMPAT TEMUDUGA
02 Rabiul Akhir 1434H/13 Februari 2013M

09 Rabiul Akhir 1434H/

20 Februari 2013M

13 Rabiul Akhir 1434H/

24 Februari 2013M

Sesi I : Pagi 9:00 Pagi hingga 12:00 Tengahari

Sesi II : Petang

2:00 Petang hingga 5:00 Petang

Makmal ICT, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Aras 2, Blok 6, Kompleks Kota Darul Naim.

PERKARA YANG PERLU DIBAWA SEMASA SESI TEMUDUGA

i) Pemohon hendaklah membawa bersama resume yang lengkap dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
ii) Dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan resume mengikut susunan berikut:-
a. Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b. Salinan Surat Beranak pemohon;
c. Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d. Salinan Diploma berserta transkrip;
e. Pengiktirafan kelayakan Diploma/Sijil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS); dan
f. Lain-lain dokumen sokongan

PERINGATAN
Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh kerajaan.

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

You can leave a response, or trackback from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads