03 di demit kelantan - Google Blog Search |
.: Setiausaha Pakatan Tanding <b>Di Demit</b>? Posted: 23 Sep 2012 08:22 PM PDT BAKAL CALON Setiausaha Pakatan Darulnaim, pertubuhan yang menghimpunkan anak-anak Kelantan di perantauan pro Umno, Roslan Mohamad disebut-sebut bakal diturunkan Umno untuk bertanding di salah satu Dun di Kelantan. Roslan kelahiran Kubang Kerian katanya akan diperuntukan Dun Demit yang terletak dalam Parlimen Kubang Kerian. Sebelum ini Dun Demit ditanding oleh Mohamad Abdul Ghani yang tewas kepada Muhammad Mustafa dengan kekurangan undi sebanyak, 4,799.Roslan yang juga merupakan pegawai eksekutif di Proton. Beliau seorang aktif dan mempunyai personaliti yang menarik serta seorang aktivis Ngo yang rajin. Semasa bertemu dengan beliau dua hari kepas, Roslan tidak menolak desas desus itu dan berkata; "kalau parti berkehendakkan saya sedia untuk mengambil risiko." Bagaimana pun katanya perbincangan lanjut dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed difahamkan masih belum diadakan lagi. Sebelum ini Najib Razak mengatakan Umno akan meletak calon yang boleh menang tidak kira ianya merupakan pimpinan bahagian atau pun tidak. Kemungkinan Umno meletakkan Roslan juga dikira tepat dengan profesyen dan juga personaliti Roslan yang sedarhana dan seorang berhemat. Sementara itu seorang lagi winneable candidate Dr Junaidi Abdu Bakar yang disebut-sebut kononnya akan diletak bertanding di Kuala Krai dikatakan sahamnya kini mulai merudum ekoran pemasangan posternya di sepanjang jalan sempena hari raya lalu. Pemasangan poster yang mengalu-alukan kepulangan anak perantau sekali gus untuk mempromosinya itu tidak disenang oleh orang ramai dan ada setengah menganggapnya yang tidak wajar dan satu perbuatan yang ganjil. Orang ramai menganggap pemasangan papan tanda itu sebagai melampau dan tidak kena pada tempatnya sekaligus menyerlahkan akan keghairahan timbalan naib cencelor (hal ehawal pelajar dan alumni) UPSI. Dalam papan tanda itu beliau turut menyebut jawatan dan kedudukannya serta jawatan dalam pasukan awam. Lantaran itu ada yang mempersenda-sendakan bila pula UPSI membuka cawangan di Kuala Krai. Sehubungan itu kerusi parlimen Kuala Krai besar kemungkinan Umno akan serahkan kepada Ketua Bahagian Ramzi Abdul Rahman untuk berhadapan dengan dengan calon Pas Dr Mohd Hatta Ramli. Selain Junaidi, Razmi juga berhajat untuk menjadi calon di parlimen Kuala Krai. Sikap Ramzi yang dikatakan merendah dan tidak menonjolkan diri seperti mana Dr Junaidi mendapat perhatian pucuk pimpinan. Begitu juga dengan jasa dan bakti Ramzi lebih dirasai oleh rakyat Kuala Krai berbanding dengan Junaidi. Selain itu pengalaman yang dilalui Umno dengan meletakkan Prof Che Musa Che Omar dalam pilihan raya menjadi Umno takut dan phobia untuk meletakkan seorang lagi tokoh akademik di Kuala Krai.[wm.kl.11:02 am 24/09/12] |
You are subscribed to email updates from di demit kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan