di negeri kelantan - Google Blog Search |
Sidang Media :- MEMORANDUM TUNTUTAN ROYALTI <b>NEGERI</b> Posted: 11 Jan 2013 01:58 AM PST Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh; Yang Amat Berusaha Tan Sri; MEMORANDUM TUNTUTAN ROYALTI NEGERI KELANTAN, ISU PEMBERIAN WANG EHSAN KEPADA TERENGGANU-KELANTAN-PAHANG, ISU PERSEMPADANAN LAUT DAN PERTINDIHAN MEDAN BERTAM ANTARA NEGERI PAHANG DAN TERENGGANU, ISU TUNTUTAN KENAIKAN ROYALTI BAGI SABAH DAN SARAWAK. Pihak Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai "R", kini merupakan gabungan 100 buah NGO dari negeri-negeri pengeluar minyak dan gas iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kini dikenali sebagai R MALAYSIA.
TUNTUTAN RAKYAT KELANTAN 1. petronas perlu jelaskan bayaran tunggakan royalti bernilai rm10.4 billion Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Negeri Kelantan telah mengumumkan pada 3 Oktober 2012, di Istana Kehakiman Putrajaya bahawa tunggakan jumlah Bayaran Tunai ataupun Royalti yang PETRONAS dan Kerajaan Malaysia perlu bayar adalah sejumlah RM10.4 Billion, yang meliputi pengeluaran sejak 1990 an lagi.
I. PETRONAS PERLU PATUHI Perjanjian Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975 iaitu menyebut ( Petikan dari Perjanjian Petrolium 1975 ): 1. (1) PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroliam yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam fasal 2. (2) Nilai yang akan dipakai bagi maksud fasal kecil (1) Fasal ini ialah harga jualan f.o.b purata tiap-tiap enam bulan yang diperolehi oleh PETRONAS atau ejen-ejennya. (3) Apa-apa petroliam yang digunakan oleh PETRONAS, ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya bagi maksud meneruskan penggorekan dan pengeluaran hendaklah disifatkan sebagai dijual bagi maksud mengira pembayaran wang tunai di bawah fasal ini. II. PETRONAS PERLU PATUHI AMANAT TUN RAZAK
Bahawa hasrat Almarhum bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak di Parlimen semasa perbahasan Akta yang sama pada waktu itu sebagaimana jawapannya di parlimen dahulu perlu difahami. "Tuan Yang Di Pertua, semua negeri di Malaysia melainkan Sabah dan Sarawak telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor telah pun bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi–ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya."
IV. MENGGUNAKAN ORDINAN DARURAT DAN 3 BATU NAUTIKA SUDAH DIMANSUHKAN. Kerajaan Malaysia perlu mengikuti Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen yang mengantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan pemberian Royalti Minyak 5% dan jarak perairan laut Negeri-Negeri. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan dan sudah dimansuhkan di Parlimen tahun lepas, 2011.
2. DARATKAN GAS KE KELANTAN
I. PETRONAS PERLU PATUH DAN SETIA kepada Titah Sultan Muhammad V agar Gas didaratkan ke Kelantan
"Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi,"
n Kenyataan Baginda pada Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Undangan Negeri ke 12, Disember 2011
II. PETRONAS PERLU SERAHKAN HASIL GAS DAN MINYAK KELANTAN
Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000). Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan, (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut;
III. MINYAK DAN GAS KELANTAN INGIN DIDARATKAN KE KERTEH, TERENGGANU PADA TAHUN 2013.
PETRONAS berkenaan laporan Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian pada 22 Jun 2012 melaporkan bahawa Petroleum Nasional Bhd (PETRONAS) akan melabur AS5.2 Billion (RM15.6Billion – Utusan Malaysia, RM16.64Billion-Berita Harian) bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin) dlm tempoh 5 tahun akan datang yang membabitkan pengeluaran Rizab Gas dalam perairan Negeri Kelantan sekitar 1.7 Trillion kaki padu di kawasan perairan Negeri Kelantan, iaitu di Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B yang membangunkan saluran paip seluas 300km dari blok gas dlm perairan Kelantan ke Kerteh dan Kemamang, Terengganu menjelang tahun 2013. Mencadangkan dan mengesa PETRONAS agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300km diwujudkan di Kelantan, kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh, iaitu ke Pantai Senok, Bachok hanya 140km sahaja berbanding 300km ke Kerteh. IV. PETRONAS CUBA NAFIKAN HAK KELANTAN
Pendaratan Minyak dan GAS Kelantan ke Songkhla, Thailand sejak tahun 2004, penafian hak hasil bumi Negeri Kelantan sejak 2004 dan sebelumnya, usaha untuk mengeluarkan minyak dan gas Kelantan dari Blok PM 302, PM325 dan PPM 326B ke Kerteh dan Kemamang, Terengganu adalah PENCABULAN Konsep Federalisme yang dimeterai dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Sekiranya minyak dan gas didaratkan ia secara tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan sekiranya gas didaratkan di Negeri ini sepertimana Titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima yg telah bertitah agar Gas didaratkan ke Pantai Bachok, memandangkan 4000ekar tanah sudah disediakan sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi. Kami percaya dgn pendaratan projek PETRONAS tersebut akan membuka peluang Kerja yg sangat luas sekiranya projek Gas itu berjaya didaratkan ke Kelantan, secara langsung ia akan meningkatkan Ekonomi Negeri Kelantan dan selari dengan Konsep Federalisme Negara.
TUNTUTAN RAKYAT TERENGGANU
1. SELESAIKAN TUNTUTAN BERTINDIH MEDAN MINYAK BERTAM
I. Perdana Menteri pada kenyataan yang disiarkan media arus perdana menyatakan bahawa "PETRONAS TEMUI MEDAN MINYAK" pada 31 Oktober 2012 yang lalu.
Medan Minyak di Bertam, di Blok PM307, 160km dari Pahang. Pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga 2014. Sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari. Rizab medan minyak Bertam sebanyak 64 juta tong.Negeri Pahang dijangka menerima "wang ehsan" sekitar RM100 juta setahun. II. BERIKAN ROYALTI KEPADA KERAJAAN TERENGGANU BUKANNYA WANG EHSAN. PETRONAS PERLU PATUHI Perjanjian TERENGGANU dan Petronas pada TAHUN 1975 iaitu menyebut ( Petikan dari Perjanjian Petrolium 1975 ): 1. (1) PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroliam yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam fasal 2. (2) Nilai yang akan dipakai bagi maksud fasal kecil (1) Fasal ini ialah harga jualan f.o.b purata tiap-tiap enam bulan yang diperolehi oleh PETRONAS atau ejen-ejennya. (3) Apa-apa petroliam yang digunakan oleh PETRONAS, ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya bagi maksud meneruskan penggorekan dan pengeluaran hendaklah disifatkan sebagai dijual bagi maksud mengira pembayaran wang tunai di bawah fasal ini.
TUNTUTAN RAKYAT PAHANG
I. BERIKAN ROYALTI KEPADA KERAJAAN PAHANG BUKANNYA WANG EHSAN.
Kami mennuntut bayaran tunai atau royalti iaitu terma yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian antara Kerajaan Negeri Pahang dengan PETRONAS pada tahun 1975/76. Istilah "Wang Ehsan" adalah istilah politik yang menafikan hak Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2000, akhirnya Wang Royalti diberikan semula pada tahun 2008 kepada Negeri Terengganu. Bergitu juga dengan apa yang berlaku di Negeri Kelantan pada tahun 2010, dimana Kerajaan Malaysia memberikan "Wang Ehsan" RM20 Juta setahun kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapat royalti. Tindakan ini jelas melanggar akta dan perjanjian yang telah dibuat, kerana dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 disebut dengan jelas Wang Royalti/ Bayaran Tunai mestilah dibayar kepada Kerajaan Negeri bukan kepada agensi atau badan-badan Kerajaan lain. Justeru itu, pihak R Malaysia dan R Pahang menuntut PETRONAS tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat pada Terengganu dan Kelantan, berikanlah Hak yang samarata sepertimana Sabah dan Sarawak yang layak menerima royalti 5 peratus daripada setiap pengeluaran yang dibuat di Negeri masing-masing.
II. DEDAHKAN MEDAN RHU Kami menuntut PETRONAS mendedahkan bukti terperinci mengenai kewujudan telaga minyak di Blok PM-308 Medan Rhu kepada umum dalam masa terdekat. Sepertimana Perdana Menteri pada 31 Okrober lalu mendedahkan blok PM-307 Bertam adalah hak milik Pahang sedangkan hasil kajian kami ia adalah milik Terengganu. Mengapa Kerajaan Pusat dan PETRONAS tidak dedahkan ada telaga minyak dalam perairan Pahang iaitu di blok PM-308 Medan Rhu
TUNTUTAN RAKYAT SABAH & SARAWAK Kami menuntut royalti daripada 5 peratus ditingkatkan kepada 20 peratus bagi membangunkan sosio-ekonomi Negeri Sabah dan Sarawak, yang mana kedua-dua Negeri tersebut berada pada paras kemiskinan paling ramai di Malaysia. Kemudahan infrastruktur asas, pembangunan fizikal dan modal insan juga jauh ketinggalan berbanding Semenanjung. TUNTUTAN R MALAYSIA
I. R Malaysia menuntut agar diberikan bayaran royalti minyak dan gas daripada 5 peratus kepada 20 peratus kepada Negeri Terengganu, Pahang, Kelantan, Sabah, Sarawak dan semua negeri-negeri pengeluar minyak serta gas pada masa akan datang. II. R Malaysia menuntut agar segala minyak dan gas yang dijumpai dan dikeluarkan dari dalam perairan dan luar perairan mana-mana negeri pengeluar adalah perlu didaratkan dan diproses di Negeri masing-masing. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Memorandum ini bertarikh 11 Januari 2013 ………………………….. Nazri Deraman Presiden R Malaysia Mohamad Fauzi Abu Samah Pengerusi R Terengganu Nordin Majid Pengerusi R Pahang TAG: HKR #KL112 FOTO BERKAITAN: |
You are subscribed to email updates from di negeri kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan