03 di galas kelantan - Google Blog Search |
- Pasukan keselamatan bantu kempen BN <b>di Galas</b>, kata wakil <b>Kelantan</b>
- Orang Asal luar <b>Kelantan</b> mengundi <b>di Galas</b> | :: cina islam | 2012 ::
- 1 MALAYSIA: Hayat PAS <b>Kelantan</b> Kini Umpama Telur <b>Di</b> Hujung <b>...</b>
Pasukan keselamatan bantu kempen BN <b>di Galas</b>, kata wakil <b>Kelantan</b> Posted: 27 Nov 2010 08:18 PM PST PETALING JAYA: Dalam perbahasan di kongres PKR seorang perwakilan mendakwa anggota pasukan keselamatan turut membantu kempen BN dalam pilihanraya kecil DUN Galas, awal bulan ini. Wakil Kelantan, Syed Azhar Syed Ali mendakwa anggota pasukan keselamtan telah diarahkan menampal poster di kawasan rumah-rumah di perkampungan orang asli. "Logo BN di tampal merata, semua mereka yang tampalkan. (Walaupun) orang asli masih sayangkan kerajaan negeri tapi sebab telah ditakutkan mereka terpaksa membiarkan mereka tampalkan bendera Umno di kawasan rumah mereka," ujar beliau. Manakala cubaan jentera Pakatan Rakyat untuk memasuki kampung-kampung tersebut bagi tujuan berkempen turut menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dari pihak keselamatan. "Dalam PRK (Galas) yang lepas, adalah satu bonus kepada BN untuk menggunakan seluruh kekuatan jentera mereka. "Tuan-tuan dan puan-puan perwakilan, di Gua Musang di kawasan orang asli, langsung tak boleh masuk kita dari kerajaan negeri sebab mereka hantar semua masuk di kawasan itu. Dalam PRK DUN Galas bulan lepas, BN telah berjaya merampas kerusi DUN tersebut daripada tangan PAS setelah kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaiman, kerana kanser September lalu. |
Orang Asal luar <b>Kelantan</b> mengundi <b>di Galas</b> | :: cina islam | 2012 :: Posted: 09 Nov 2010 04:00 PM PST 04 Zulhijjah 1431 H Oleh : Wartawan Kita KOTA BHARU, 10 Nov: Agak luar biasa apabila peratusan keluar mengundi di Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November lalu meningkat kepada 83 peratus, sedangkan banyak pusat pengundi berada di pedalaman Kelantan. Malah lebih meragukan lagi apabila enam pusat pengundian membabitkan penduduk Orang Asal meningkat lebih 90 peratus, sedangkan kedudukan mereka jauh di pedalaman. Lebih menghairankan lagi banyak bas dilihat di pusat-pusat pengundian di pos Orang Asal pada hari mengundi. Menurut sumber, bas terbabit digunakan bagi mengangkut pengundi Orang Asal yang dipercayai tinggal di luar Kelantan untuk datang mengundi di Galas. Ini kerana katanya, penduduk Orang Asal yang tinggal di pendalaman Kelantan tidak boleh diangkut menggunakan bas memandangkan ia hanya boleh dihubungi kenderaan pacuan empat roda. Kehadiran begitu banyak bas di pusat pengundian menimbulkan banyak tanda tanya. Lagi pun kesemua penempatan Orang Asal dikawal Jabatan Hal Ehwal Orang Asal sejak bekas Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sakit tenat. Mengulas perkembangan tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, peratusan keluar mengundi sehingga 83 peratus merupakan suatu pencapaian yang luar biasa memandangkan kedudukan Galas di kawasan pedalaman. "Ini jarang berlaku di kawasan orang kurang celik mengenai politik. Kawasan hulu Kelantan di mana kesedaran politik masih lagi rendah. "Mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan apabila pengundi di kalangan Orang Asal hampir kesemua keluar mengundi. "Sedangkan di tempat orang yang celik politik pun tidak sampai sehingga 83 peratus keluar mengundi. Ini tentunya meragukan," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Pada pilihan raya kecil tersebut jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus, sedangkan di Batu Sapi yang juga terletak di pedalaman Sandakan hanya 61 peratus. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, lebih menghairankan lagi apabila ada menteri awal-awal lagi sudah memberitahu akan menang banyak. "Kalau sekadar kata menang sahaja tak apa. Ini seolah-olah menggambarkan mereka sudah tahu apa yang akan berlaku berdasar gerak kerja awal yang dilakukan," katanya. Harakahdaily/- |
1 MALAYSIA: Hayat PAS <b>Kelantan</b> Kini Umpama Telur <b>Di</b> Hujung <b>...</b> Posted: 15 Mar 2013 10:00 AM PDT Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin yang dianjurkan oleh NGO PERKASA yang di adakan baru-baru ini sememangnya menyebabkan ramai pemimpin dan penyokong PAS di negeri itu jadi hilang pedoman tak keruan jadinya. Dianggarkan 15,000 orang rakyat negeri ini dari sekitar Pasir Mas, Kota Bharu dan beberapa Parlimen berdekatan berpusu-pusu membanjiri kawasan perhimpunan, mengakibatkan timbul kegeruhan dalam hati pemimpin PAS Kelantan. Mereka langsung tak menjangkakan ribuan rakyat Kelantan termasuk dari kalangan penyokong PAS sendiri sanggup hadir meramaikan majlis tersebut yang pada awalnya diramalkan oleh pimpinan PAS Kelantan hanya akan dihadiri kurang dari 1,000 orang. Panas terik mentari langsung tidak dihiraukan orang ramai, jelas sekali semakin ramai rakyat Kelantan sudah nekad dan bertekad untuk beralih arah dan bertukar cita rasa selepas hampir 23 tahun memberi peluang kepada PAS memerintah negeri. Baru-baru ini pula, sekitar 10,000 orang rakyat Kelantan beramai-ramai memenuhi jalan-jalan sekitar Bangunan UMNO Negeri dalam protes mereka terhadap Kerajaan PAS Kelantan berhubung pemilikan tanah-tanah berpuluh ribu ekar yang kini dikuasai bukan Bumiputera termasuk pemimpin DAP. Beberapa hari selepas itu, hampir 15,000 orang anak rantau Kelantan sekitar kuala Lumpur, Shah Alam, Negeri Sembilan dan Melaka hadir memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil memeriahkan Himpunan Perdana Anak Kelantan Di Perantauan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Suasana sebegini meriah hanya lebih kurang 3 tahun kebelakangan ini sahaja terasa, terutama selepas PAS menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti 65 undi semasa PRK DUN Manek Urai 2009 yang sebelumnya dimenangi dengan majoriti 1,352 undi pada PRU 2008. Selepas PRK Manek Urai diikuti PRK DUN Galas yang kemudiannya ditawan kembali oleh BN dari PAS, gelombang kebangkitan semakin kuat dan sejak itu apa sahaja majlis anjuran UMNO di negeri Cik Siti Wan Kembang ini pastinya mendapat sambutan berbanding majlis anjuran PAS. Faktor pemecatan Dr Hasan Ali dan pengguguran Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura juga sedikit sebanyak mendorong kesedaran ramai rakyat Kelantan khususnya dari kalangan penyokong PAS veteran dan orang muda tidak berparti untuk turut sama menjayakan Gelombang Merah Kelantan Berubah yang dipelopori UMNO tika ini. PRU 13 yang mendatang ini bakal meletakkan PAS semakin terperosok jauh ke hujung tanduk, malah berdasarkan kaji selidik terkini juga mengesahkan hampir pasti PAS akan cedera teruk tertusuk tanduk, jika tidak pun jatuh berkecai menemui ajalnya. Dengan UMNO semakin mengukuhkan kedudukannya di 25 DUN manakala PAS hanya bergantung harap pada 17 kerusi DUN sebagai kubu terakhirnya, sementara baki 3 DUN lagi semakin condong kepada UMNO, tidak syak lagi PRU 13 adalah PRU terakhir untuk PAS sebagai Kerajaan Kelantan. Insya-Allah. |
You are subscribed to email updates from di galas kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan