Ahad, 17 Mac 2013

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


“Awas Jalan Mati” <b>di</b> puncak bukit <b>di Jeli</b>

Posted: 05 Mar 2013 01:37 AM PST

JELI: Memandu dari Simpang Tiga Kampung Berdang melintasi kawasan hutan tanpa pengguna jalan raya lain cukup menyeronokkan. Namun awas jalan seumpama lebuh raya itu mati di puncak bukit.

Malang seribu kali malang jalan yang cantik itu tidak ada orang yang melaluinya. Mengapa. Rupa-rupanya jalan raya tersebut berakhir di puncak sebuah bukit.

Di hujung jalannya didirikan papan kenyataan "Awas Jalan Mati". Di belakang papan peringatan itu gaung yang menjunam ke bawah.

Paling bawah kelihatan air sungai Pergau yang jernih mengalir di celah-celah batu. Ada juga kelihatan bangsal kecil seperti rumah penduduk Orang Asal.

Kata Penyelia parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad gaung itu menjunam ke bawah hampir 100 meter.

Panoramanya cukup indah dengan bukit bukau yang sayup  mata memandang.

Apandi berkata, jalan raya itu cadangan asal mahu dibina ke penempatan Orang Asal di Sungai Rual, namun pembinaannya terhenti di puncak bukit.

Di sepanjang laluan itu tidak ada rumah penduduk. Tidak ada orang yang menggunakannya biar pun laluannya cukup selesa.

"Tahun lepas seorang pemuda bersama motosikal hampir terjatuh ke dalam gaung. Nasib baik dia tidak terhumbang ke bawah gaung yang dalam.

"Budak itu menyertai perlumbaan motosikal sesama mereka. Kalau jatuh ke bawah tidak tahulah kita apa yang akan terjadi," kata penghulu Mukim Berdang, Mohd Dunia Mat Isa.

(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads