Khamis, 21 Mac 2013

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


PKR Perlu Letak Calon <b>Di Gua Musang</b> — Suara Pakatan Rakyat

Posted: 23 Feb 2013 02:35 AM PST

UKK_3479

TELAH sampai ke pengetahuan suarapakatanrakyat.com bahawa sebahagian dari usaha PAS untuk memastikan Tengku Razaleigh Hamzah berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara selepas PRU 13, ialah dengan membenarkan bekas Menteri Kewangan itu menang mudah di kawasannya di Gua Musang.

Menang mudah dalam erti kata, memberikan kemenangan percuma kepada Tengku Razaleigh!!  Kalau ada pertandingan sekalipun, cabaran datang dari calon Bebas yang tidak ada kredebiliti.

Formula PAS untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri sementara ini tidak pernah dibincangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.  Tapi perkembangan muktahir ini menyaksikan PAS lebih gemar membuat keputusan sendiri walaupun yang berlawanan dengan pendirian rasmi Pakatan Rakyat.

Terutama dalam soal penggunaan kalimah Allah di dalam Bible berbahasa Melayu.

Walaupun kami boleh mengesahkan disini bahawa Tengku Razaleigh belum memberi kata putus ke atas cadangan PAS tersebut, tapi keputusan PAS untuk memberikan kemenangan percuma kepadanya di Gua Musang adalah satu mesej yang jelas untuk memujuk Tengku Razaleigh  "PAS telah berbudi kepada kamu".

Berbudilah, tanpa cabaran dari PAS, Tengku Razaleigh tidak perlu menggerakkan jenteranya untuk mempertahankan kerusi tersebut, jimat duit, masa dan sebagainya.

Suarapakatanrakyat.com berpendapat, adalah lebih baik pimpinan berhenti berdolak dalik tentang perkara ini dan mula menerima hakikat tentang keputusan PAS untuk menamakan Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri sementara dan keputusan-keputusan uniliteralnya untuk memastikan perkara tersebut.

Bak kata orang, busuk bangkai gajah, tidak boleh ditutup dengan daun pisang.  PAS semakin berada di luar kawalan dan seharusnya ada campur tangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk memastikan Gua Musang tidak dimenangi BN secara percuma.

Maka itu cadangan PKR Gua Musang untuk mencalonkan Ketua Cabangnya, Hanafi Abdullah mewakili Pakatan Rakyat untuk menentang Tengku Razaleigh di kawasan tersebut memang sangat kena dan tepat pada waktunya.

Walaupun ramai yakin Tengku Razaleigh akan menang juga di Gua Musang, tidak kira ada pertandingan atau tidak, tapi berlawan adalah 1,000 kali lebih baik dari membiarkan kerabat diraja Kelantan tersebut menang percuma.

PAS sudah tentu menolak cadangan ini kerana berasa tercabar kerusi yang diperuntukkan kepada mereka diserahkan kepada PKR.  Tapi ego PAS tidak penting, yang penting sekarang ialah memastikan Pakatan Rakyat.  Buat apa diperuntukkan kerusi kalau mereka tidak mahu bertanding?

Gagal menentang Tengku Razaleigh di Gua Musang bermaksud dua DUN (Galas & Paloh) di kawasan itu akan turut dimenangi BN dengan mudah.  Tak sebut lagi domino impact akibat dari perkara tersebut di seluruh Kelantan dan Malaysia!!

Suarapakatanrakyat.com dengan ini mendesak campur tangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dalam hal ini dengan mengenepikan PAS dari bertanding di Gua Musang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads