03 di tanah merah - Google Blog Search |
- Majlis ikrar Wanita Pakatan ke Putrajaya <b>di Tanah Merah</b> <b>...</b>
- NGO <b>di Tanah Merah</b> desak k'jaan Kelantan selesai isu tanah <b>...</b>
- program jelajah anak malaysia <b>di tanah merah</b> <b>...</b> - Portal Berita iKDN
Majlis ikrar Wanita Pakatan ke Putrajaya <b>di Tanah Merah</b> <b>...</b> Posted: 18 Feb 2013 02:47 AM PST Sempena program Ikrar Pakatan ke Putrajaya yang dianjurkan Wanita Pakatan diadakan di Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi Padang Siam, Tanah Merah Kelantan, baru-baru ini, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin (tiga dari kiri) dan Ketua Wanita Muslimat, Siti Zailah Yusof (dua dari kiri) hadir sebagai tetamu khas. Program yang dihadiri 500 wanita Pakatan itu dimeriahkan lagi dengan pelancaran Agenda Wanita Malaysia antaranya Caruman Wanita Malaysia. Hadir sama memerihkan majlis itu, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani (berbaju Melayu) dan Exco kerajaan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45369 |
NGO <b>di Tanah Merah</b> desak k'jaan Kelantan selesai isu tanah <b>...</b> Posted: 02 Feb 2013 01:33 PM PST Posted on February 3, 2013, Sunday TUMPAT: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di jajahan Tanah Merah meminta kerajaan negeri pimpinan PAS supaya prihatin terhadap desakan rakyat dalam menyelesaikan isu tanah di negeri ini. Penaung NGO berkenaan, Datuk Shaari Hassan berkata isu itu telah membelenggu hidup rakyat terutama peneroka tanah kerajaan yang sebelum ini dijanjikan diberi hak milik selepas meneroka kawasan masing-masing sebelum 1990. "Kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut kini terhimpit dan kecewa apabila permohonan mereka untuk mendapatkan hak milik tanah tidak diluluskan kerajaan negeri kerana didakwa telah diserahkan kepada syarikat asing untuk tujuan pembangunan," katanya kepada pemberita pada perhimpunan 'Selamatkan Bumi Kelantan' di Pasir Pekan, di sini semalam. Antara NGO terlibat ialah Aktivis Kebajikan Tanah Merah, Kelab 4×4 Tanah Merah, Persatuan Pemandu Kereta Sewa Tanah Merah, Majlis Belia Jajahan Tanah Merah (MBJTM), Membawa Inspirasi Rakyat Tanah Merah (Membara) dan Persatuan Bekas Polis dan Tentera Tanah Merah. Shaari mendakwa rakyat kini sudah bosan dengan kerenah kerajaan PAS dan sudah sampai masanya mereka membuat perubahan dengan menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. — Bernama Shaari yang juga bekas Anggota Parlimen Tanah Merah dan bekas Ketua UMNO bahagian itu, turut kesal dengan tindakan kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) yang didakwa mengambil alih tapak Padang Merdeka di bandar itu yang sebelum ini menjadi pusat kegiatan sosial dan rekreasi untuk dibina bangunan komersil oleh syarikat asing tahun lalu. Katanya, projek itu mendapat bantahan kebanyakan NGO di bawah naungannya yang mengadakan tunjuk perasaan secara aman pada 4 Dis lepas. Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan negeri mengkaji semula syarat-syarat perjanjian termasuk tempoh pajakan dengan syarikat asing terbabit bagi mengelak tanah itu terlepas daripada dimiliki rakyat negeri ini. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
program jelajah anak malaysia <b>di tanah merah</b> <b>...</b> - Portal Berita iKDN Posted: 13 Feb 2013 08:28 AM PST Tanah Merah, 6 Febuari 2013 – Tanah Merah menjadi destinasi seterusnya Program Jelajah Anak Malaysia. Program hari ini ini dimulakan dengan aktiviti riadah bersama penduduk kampung bertempat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 (SMKTM 1) dan diteruskan dengan Sesi Dialog Mahasiswa bersama pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhir tahun ini. Program ini diharapkan dapat membantu para pelajar meningkatkan mutu pembelajaran untuk mencapai matlamat ke menara gading dan membincangkan tentang arah hala tuju selepas SPM. Dalam program Kam1 Prihatin, peserta Konvoi Jelajah Anak Malaysia singgah sebentar di wad kanak-kanak Hospital Besar Tanah Merah. Para peserta berpeluang melawat kanak-kanak bersama Tuan Hj Ahmad Ismail, Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah dan memberi sedikit sumbangan. Dan di sebelah petangnya tabung kecemasan GAZA turut dilancarkan bagi membantu mangsa peperangan di Palestin. Selain itu hamper 1,000 orang penduduk Tanah Merah telah berkunjung ke gerai pameran Rakyat Service Centre (RSC) yang diadakan bersempena dengan jelajah tersebut. Dan di sebelah malamnya para pengunjung telah dimeriahkan dengan program Muzikal Rakyat yang mempersembahkan tarian dan nyanyian lagu-lagu rakyat. |
You are subscribed to email updates from di tanah merah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan