BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search Posted: 19 Mar 2013 11:16 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info URL Sumber Asal :-
majlis penyampaian sijil penghargaan bai'ah / new <b>...</b> - sk <b>jelawat</b> 2 Posted: 19 Mar 2013 08:09 AM PDT SK Jelawat 2 sekali lagi dianugerahkan Sijil Penghargaan Tawaran Baru Guru Besar ( Bai'ah / New Deal ) bagi tahun 2012, selepas berjaya meraih kejayaan sulungnya pada tahun 2011. Majlis ringkas yang diadakan di Dewan Munawarrah SK Jelawat 2 ini telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Tuan Hj Saupi bin Majid pada 18 Mac 2013. Encik C.M. Sabri bin Ibrahim selaku Guru Besar SK Jelawat 2 menerima Sijil Penghargaan Bai'ah / New Deal tersebut daripada Tuan Hj Saupi bin Majid disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid SK Jelawat 2. Tahniah kepada semua warga SK Jelawat 2 di atas kejayaan mencipta nama sebagai salah sebuah sekolah yang cemerlang di PPD Bachok. |
|
BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search Posted: 22 Feb 2013 11:42 PM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info URL Sumber Asal :-
Tentera Maya: KOLEKSI FOTO DAN VIDEO HOT #JDAB2013 <b>...</b> Posted: 21 Feb 2013 03:43 PM PST Sebentar tadi baru sahaja selesai Program Jelajah Destini Anak Bangsa peringkat negeri Kelantan Darul Naim. Kali ini programnya agak unik dari sebelum ini kerana ianya turut disertai oleh barisan artis yang popular seperti Saiful Apek, Emma Maembong, Adira AF, Danny X-Factor dan Syed Aiman. Meh aku bagi sedikit ringkasan tentang program hari ini : Program dimulakan dengan 'Flag-Off' oleh Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Ir.Dr. Sahol Abdul Hamid di perkarangan UiTM Kota Bharu pada jam 8.00 pagi untuk menuju ke checkpoint pertama iaitu Pasar Jelawat, Bachok. Alhamdulillah, di Kedai Kopi Poo seramai 32 orang pelajar berjaya diterima masuk ke UiTM. Untuk pengetahuan anda, 10 orang daripada mereka ialah pelajar yang pernah gagal di peringkat Ijazah dan atas dasar simpati, mereka telah diberikan peluang kedua oleh pihak JDAB agar dapat membuktikan kebolehan mereka supaya dapat menebus kesilapan lampau. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan JDAB 2012 ialah pada kali ini pihak UiTM turut sertakan 2 buah bas khas yang diubah suai menjadi klinik bergerak Optometri dan Klinik Pergigian yang memberi perkhidmatan pemeriksaan mata dan gigi percuma. Alhamdulillah, kali ini JDAB diterima terbuka oleh rakyat Kelantan kerana mereka sebelum ini diracun olh parti politik tertentu dan mereka sekarang semakin terbuka dan untuk menerima perubahan yang dibawakan oleh PM Najib Razak. BO LA WEI!! :)
LAGI FOTO DIBAWAH : |
|
BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search Posted: 11 Sep 2012 11:10 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info URL Sumber Asal :-
Azie Kitchen: Masak Lemak Putih Terung Posted: 26 Aug 2012 02:03 PM PDT Hari sabtu lepas, saya Masak Lemak Putih Terung yang dibawa dari Kelantan semasa balik beraya baru baru ini. Seperti biasa, setiap kali balik Kelantan, saya pasti singgah di pekan Jelawat membeli sedikit sayur sayuran yang sangat murah di sana untuk dibawa balik. Selain itu, saya juga membeli lada hijau yang memang khas dibuat Solok Lada. Kat Kelantan, cili dipanggil lada. Saya tak pernah jumpa kalau lada ini ada dijual di sini. Memang saya suka sangat lada ini, sedap dimasukkan ke dalam sayur lemak seperti ini atau dimasukkan bersama bawang besar ke dalam ayam atau ikan goreng. Harga sayuran di sana sangat murah, satu ikat besar yang bersaiz dua genggaman orang dewasa, baru RM5, timun batang satu plastik besar baru berharga RM12, begitu juga dengan ubi keledek yang kesemuanya dijual dalam plastik besar. Terung yang saya beli ini adalah terung berwarna kehijauan kerana rasanya terung ini lebih lembut dan manis. Bila digandingkan dengan lada hijau solok, memang ngam sangat sangat. Apalagi dimakan dengan sambal Kelantan dan ikan kering goreng ke. Sedap ikan goreng keropok yang dibeli dari Sabah. Dari pagi, hubby sibuk melayan cina yang datang pasang cassette air cond kat bilik tidur saya. Kena panggil Boy menunggu di bilik tidur saya, sementara hubby turun makan. Di ruang menonton bilik saya telah pun dipasang air cond dinding tapi sebab bilik yang terlalu luas, saya rasa macam tak cukup selesa dengan air cond itu. Terima kasih tak terhingga pada my Laling Hubby yang sangat peka dengan apa sahaja yang menyentuh keselesaan saya. OK lah dah panjang pula celotehnya, mari kita tengok cara saya membuat Masak Lemak Putih yang memang masakan yang disediakan oleh bonda saya sejak saya kecil kecil lagi. Cuma dulu semasa di kampung, bonda menggunakan ikan rebus yang ditumbuk dengan bawang merah. Kini saya hanya menggunakan ikan bilis sahaja kerana malas nak merebus ikan. Bahan bahan: Terung - hiris nipis 3 biji cili hijau Ikan bilis 3 ulas bawang merah Santan Garam Gula
Cara cara: Masak santan dengan ikan bilis dan bawang yang dihiris sehingga hampir mendidih. Masukkan terung dan masak sambil terus dikacau sehingga kuah mendidih.
Masukkan sedikit garam dan gula. Sesuaikan rasa. Akhir sekali, baru dimasukkan cili hijau supaya ianya tidak terlalu layu.
Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih yang dimakan dengan sambal belacan. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan