Jumaat, 29 Mac 2013

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


POKB Sambut Baik pembinaan PPR <b>Di Kota Bharu</b> - Khabar Kota <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 06:58 PM PDT

rumah-mampu-milik

OLEH IRWAN MUHAMMAD,

JALAN CHE SU – Langkah Kerajaan Pusat menunaikan janji untuk membina rumah mampu milik di bandar ini bakal memberi impak besar kepada seluruh warga Kota Bharu.

Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (PKOB), Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, sebanyak 1,000 unit Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu di Wakaf Mek Zainab di sini yang bakal dibina itu sangat dinanti-nantikan warga bandar ini yang sangat memerlukan rumah sendiri.

Beliau berkata, selama ini kebanyakkan warga bandar ini tidak mempunyai rumah sendiri dan mereka hanya menumpang di rumah keluarga ataupun dengan menyewa.

"Walaupun masih belum pilihan raya namun kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menepati janji menyelesaikan masalah pemilikan rumah yang membelengu warga bandar ini sejak sekian lama.

"Terima kasih juga kepada Ketua UMNO Bahagian di sini, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh yang tidak pernah putus asa terus memperjuangkan keperluan rumah rakyat di bandar ini dan akhirnya ianya mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri," katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri telah merasmikan Majlis Pecah Tanah PPR Kota Bharu sebanyak 1,000 unit di Wakaf Mek Zainab di sini yang dibina khas untuk warga bandar ini.

Pelaksanaan projek itu merupakan satu rekod apabila dilaksanakan dalam tempoh 53 hari selepas dijanjikan oleh Perdana Menteri pada 20 Januari lalu.

Perdana Menteri turut mengumumkan berita gembira buat warga Kota Bharu bahawa rumah terbabit berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit, akan dijual pada harga hanya RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads