03 di jeli kelantan - Google Blog Search |
- .: Plan Untuk Pakatan Menang <b>di Jeli</b>
- Lot Banglo <b>di</b> Daerah <b>Jeli</b>, <b>Kelantan</b> & Mencari - Please Call 010 <b>...</b>
- Tawan <b>Kelantan</b>,angan-angan 1Malaysia - laman kl-today.com
.: Plan Untuk Pakatan Menang <b>di Jeli</b> Posted: 13 Mar 2013 08:44 PM PDT FOKUS KAWASAN JELI Dua kawasan parlimen di Kelantan semacam sudah dianggap sebagai telaga buruk oleh PAS di mana harapan untuk memenanginya tipis. Dua kawasan itu ialah Gua Musang dan Jeli. Kedua-dua kawasan ini ditakhtai oleh tokoh Umno yang sudah terbilang akan kehebatan dan budinya kepada rakyat. Umno sendiri menandakan kawasan ini sebagai super white. Dalam catatan ini saya hendak menyorot kawasan parlimen Jeli saja tidak bawa sama Gua Musang. Apakah kawasan ini benar-benar sebagai sebuah 'telaga buruk' di mana PAS tidak ada harapan untuk menang? Apakah Mustapa Mohamed seorang yang kebal dan mempunyai pelbagai tangkal dan azimat untuk mempertahankan dirinya?Kata orang kalau hendak seribu daya dan tidak hendak seribu dalih. PAS boleh membaiki nasib malang di Jeli itu kalau mereka mahukan demikian. Tuhan menyuruh kita berusaha kemudian berserah kepadanya. Jalan untuk menang tidak pernah tertutup. Sebenarnya Jeli bukan telaga buruk bagi PAS, begitu juga Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian bukan telaga buruk bagi UBN. Masih ada formula bagi PAS untuk tidak begitu kecewa di Jeli. Ada alternatif dan usaha ikhtiar lain. Semisalnya jikalau PAS merasakan lemah siku tulang untuk berhadapan dengan Mustapa dan merampas kerusi parlimen Jeli, tetapi PAS dan juga PKR boleh berbuat cara lain untuk mengurangkan pengaruh dan keagungan Mustapa di situ. Caranya ialah tukar strategi. Kalau untuk merampas kerusi Jeli terlalu penat dan letih sangat, PAS tidak perlu membuang masa untuk berbuat demikian. Biarlah kerusi itu dimiliki Mustapa, sekurang-kurangnya dengan adanya beliau ia boleh memberi faedah kepada rakyat Jeli. Dengan prihatin dan kerajinan serta kedudukan sebagai menteri, Mustapa berjaya merubah Jeli menjadi sebuah bandar dari sebuah lembah 'halimunan' sebeluman ini. Jadi tenaga digunakan untuk melumpuhkan Mustapa boleh digunakan untuk kawasan lain atau menentang orang lain. Itu baru dikatakan berstrategi. Maka PAS perlu tumpukan kepada kerusi state. PAS boleh mengubah pendekatan dan matlamatnya dengan merampas kerusi state. Potensinya ada, memandangkan kepada pola pengundi di Jeli berubah dan tidak sekata. Ertinya undi untuk parlimen tidak sama undi untuk state. Ini bermakna pengundi di Jeli sudah selesa dengan kedudukan Mustapa sebagai menteri, tetapi mereka ralat dengan wakil rakyat statenya.Contohnya dalam pilihan raya ke-12, 2008 yang lalu, ternyata undi state dan parlimen tidak sekata. Undi diterima Apandi berbeza dengan undi-undi yang diperolehi calon PAS dan PKR di Air Lanas, Bukit Bunga dan Kuala Balah. Kalau dicampur undi PAS (Pakatan) dari ketiga DUN ini Apandi sepatutnya menerima sebanyak 14,812 undi. Tetapi undi hakikat diterima Apandi sebanyak 12,732. Ini bermakna sebanyak 2,074 tidak mengundi Apandi? Dalam pilihan raya lalu calon PAS di Dun Air Lanas, Abdullah Yaacob mendapat 5,690, calon PAS di Bukit Bunga, Sufely Abd Razak mendapat 5,383 manakala calon PKR di Kuala Balah Mat Sulaiman Mat Daud memperolehi 3,391. Ertinya kalau kesemua undi yang diberikan kepada calon state itu juga diberikan kepada Apandi ini bermakna Apandi kalah dengan Mustapa sebanyak 2,356 bukannya 4,436. Kekalahan dengan majoriti sebanyak itu bukan boleh disifatkan kekalahan teruk kerana lawannya seorang menteri dan mempunyai 'undi ternak' yang banyak. Undi ternak tu gak, undi askarlah. Apakah kefahaman yang boleh diambil dari statistik ini. Iya menunjukkan bahawa pola pengundi di Jeli tidak 'menurut' dan selari diantara undi untuk calon Parlimen dengan undi untuk calon state. di sini kemungkinan ada berlaku penolakan kepada Apandi disebabkan pengundi Jeli sudah menerima dan larut dengan kedudukan Mustapa sebagai menteri atau pun kerana masalah peribadi. Tetapi kalau Apandi bertanding di state situasi ini boleh berubah. Justeru berdasarkan hakikat dan matemetik siasah itu, maka PAS perlu berbuat sesuatu. Apa yang boleh dibuat ialah dengan memindahkan Apandi turun ke DUN agar tidak bertempur dengan Mustapa Mohamed. Apandi merupakan seorang berkelulusan dalam bidang Kejurukuraan dan profesional sepatutnya diselamatkan untuk menggunakan ilmu dan kebolehan yang ada kepadanya. Dua kerusi DUN yang boleh diberikan laluan kepada beliau, iaitu Air Lanas yang kini disandang oleh Abdullah Yaacob (PAS) ataupun Kuala Balah yang kini disandang oleh Abdul Aziz Derashid (BN). Satu lagi kerusi Bukit Bunga tidak sesuai dan relevan untuk Apandi walaupun beliau YDP PAS Jeli. Kedua-dua kerusi ini ada ruang untuk Apandi menang. Sekiranya Air Lanas menjadi harapan, Abdullah boleh dipindah ke parlimen untuk menentang Mustapa Mohamed. Perpindahan itu juga sebagai kenaikan pangkat untuk Abdullah, dan sekiranya Pakatan Rakyat menang beliau boleh dilantik menjadi Setiausaha Parlimen atau Timbalan Menteri. Abdullah sudah dua penggal menang dikerusi berkenaan dan kalah sekali. Sekiranya alternatif ini diambil, kerusi Air Lanas menjadi pilihan, ia tidak menjejaskan hubungan atau status quo yang persetujui di antara PAS dengan Pakatan Rakyat. Kerusi Kuala Balah telah diperuntukan kepada PKR. Dalam pilihan raya lalu calon PKR Mat Sulaiman Mat Yassin kalah kepada Aziz Derashid dengan kekurangan undi sebanyak 1,381 undi. Jumlah itu agak besar juga berbanding dengan kemenangan Aziz sebelum ini yang kecil. Apandi juga sesuai diletak di kerusi ini kerana Kuala Balah merupakan kampung halamannya. Apa lagi Aziz Derashid sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat di mana sudah banyak dosa-dosa politik yang ditompoknya. Lagipun Aziz merupakan anak beranak Apandi juga mungkin pernah sama-sama mandi sungai di Pergau. Tetapi soalnya apakah PKR bersetuju? Kalau kerusi Kuala Balah diberikan kepada PAS, maka kerusi gantian untuk PKR juga perlu diadakan sekiranya parti itu masih 'gatal' dan 'gelenyer' untuk bertanding. Kerusi gantian ialah parlimen Jeli. Pertukaran begini tidak akan menjejaskan kedudukan Abdullah di Air Lanas. Soalnya apakah PKR mempunyai calon berwibawa? Ketua Wanita PKR yang diura-urakan untuk diletakkan di Kuala Balah sudah tentu tidak layak dan sepadan untuk berhadapan dengan Mustapa di kerusi parlimen. Jangan apa, sekali Mustapa batuk saja, calon PKR itu boleh melayang. Kalau pertukaran hendak dilakukan, PKR terpaksa mengorbankan ketua wanita mereka. Lupa soal kouta untuk wanita dan sesorang berwibawa perlu dicari bagi menentang Mustapa Mohamed. Buat apa letak calon kalau kekalahan sudah tergenggam dalam kedua belah tangan. Sesiapa boleh diletakan di Jeli dan kalau kalah pun tidak mengapa, kerana lawannya menteri. Untuk ini PKR mumgkin boleh import pimpinan atau tokoh dari luar kawasan. Dalam konteks ini saya nampak ada dua pemimpon PKR yang boleh dibawa ke Jeli sekaligus untuk melatih mereka berpilihan raya. Seorang dari Kelantan, Dr Wan Suhaimi Wan Daud Ketua Cabang PKR Pasir Mas dan seorang lagi Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau CikguBard yang aktif mengerakan massa menerusi Ngo itu. Saya percaya plan pertukaran untuk menyelamat kerusi ini tidak menjadi masalah. Kedua pemimpin PKR dan PAS hanya perlu berbincang dan kemukakan cadangan itu kepada pemimpin atasan masing-masing. Atau cukup kalau perbincangan mengenai plan ini dilakukan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bersama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Husam Musa sahaja. Mereka konsensuskan perkara ini kemudian sampaikan kepada pengetahuna Tokguru Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim. Selesai khulu. Berani saya bertegas, sekiranya status quo yang ada hari ini dikekalkan di Jeli, harapan PAS untuk merampas sekurang-kurang dua kerusi satate tidak akan berjaya manakala untuk menumbangkan Mustapa ibarat langguk panggang dari api. Dan sekiranya plan ini menjadi kenyataan kemungkinan ketiga-tiga kerusi state disapu Pakatan Rakyat dan yang UBN hanya menang menerusi Mustapa sahaja untuk kerusi parlimen. [wm.kl.11:43 am 14/03/13] | |||||
Lot Banglo <b>di</b> Daerah <b>Jeli</b>, <b>Kelantan</b> & Mencari - Please Call 010 <b>...</b> Posted: 12 Feb 2013 01:12 PM PST
| |||||
Tawan <b>Kelantan</b>,angan-angan 1Malaysia - laman kl-today.com Posted: 17 Mar 2013 08:31 PM PDT Shahbudin Husin Jumaat lalu Najib sekali lagi melawat Kelantan. Ia dianggap lawatan terakhir Perdana Menteri ke negeri yang ditadbir oleh Pas selama 23 tahun itu sebelum Parlimen dibubarkan. Jika dalam lawatan terdahulu iaitu tidak sampai dua bulan yang lalu, Najib menaburkan 7 janji yang akan dilaksanakan oleh BN jika berjaya menawan Kelantan, dalam kunjungannya kali ini beliau menghuraikan pula 7 dosa yang telah dilakukan oleh Pas sejak mentadbir negeri itu. Walaupun huraian Najib tentang janji dan dosa itu banyak yang boleh dipertikaikan dan tidak lebih sebagai serangan politik semata-mata tetapi yang jelasnya ia menggambarkan kesungguhan beliau mahu menawan kembali negeri Cik Siti Wan Kembang itu dan mengembalikannya ke pangkuan BN. Selain mempertahankan Putrajaya dan menawan kembali Selangor di mana Najib juga merelakan dirinya menjadi Pengarah Pilihanraya negeri itu, nampaknya Kelantan juga turut menjadi sasaran Najib dalam pilihanraya kali ini. Meskipun Najib nampak bersungguh mahu menawan kembali Kelantan tetapi banyak pihak yang ditemui sangsi dengan sasarannya itu. Sementara beliau menunjukkan kesungguhan ke arah itu, realitinya usaha beliau itu tidak disambut sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan sendiri. Kebetulannya Jumaat lalu, saya juga berada di Kelantan dan menyaksikan dari dekat senario politik yang sedang berlaku di negeri itu ketika ini. Walaupun saya tidak hadir di mana-mana majlis yang dihadiri Najib pada hari itu, tetapi apa yang dapat disaksikan dengan mata kepala sendiri mengenai perilaku pemimpin UMNO sendiri sebenarnya amat menyedihkan sekali. Di sebalik meriahnya sambutan yang diterima Najib di Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota Bharu, sebenarnya sikap berpuak-puak dan politik cah keting amat jelas dalam politik negeri Kelantan ini. Tindakan sambil lewa, memulaukan majlis dan tidak menunjukkan komitmen amat jelas dapat dilihat. Dalam program Najib di Kota Bharu pada petang Jumaat itu misalnya, didapati tidak semua Ketua UMNO Bahagian dan wakil rakyat turut menghadirinya. Beberapa pemimpin yang tidak hadir dan seolah-olah tidak memberi sokongan moral kepada majlis di Kota Bharu itu di mana Ketua UMNO Bahagiannya ialah Fatmi Che Salleh yang juga Setpol Perdana Menteri, didapati hanya duduk bersantai-santai dan berbual-bual kosong di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Beberapa ahli UMNO yang ditemui di lapangan terbang itu memberitahu, perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan sejak dahulu lagi dalam politik Kelantan. Mereka ada puak-puak sendiri dan hanya menghadiri majlis yang melibatkan puak mereka saja. Jika majlis oleh puak lain, mereka tidak akan menghadirinya dan lebih rela menghabiskan masa bersantai-santai bersama penyokong sendiri di tempat yang lain. Tetapi tambahnya, dalam bab menyambut ketibaan Perdana Menteri atau menghantarnya pulang, mereka inilah yang sering berebut-rebut menunjukkan muka dengan harapan terus dipilih sebagai calon dalam pilihanraya akan datang ini. Ketika di lapangan terbang itu juga, semasa isteri Perdana Menteri tiba kira-kira setengah jam sebelum ketibaan Najib, mereka ini turut berebut-rebut untuk bersalam dan ada setengahnya yang turut mencium tangan Rosmah Mansor yang pada patang itu memakai baju kurung berwarna putih susu. Kemudian kira-kira setengah jam kemudian apabila Najib tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur, sekali lagi pemimpin dan wakil rakyat UMNO yang tidak hadir di majlis di Kota Bharu itu menampakkan wajah mereka di depan Najib seolah-olah kesetiaan mereka kepada UMNO tidak perlu diragui lagi. Daripada gambaran ini, jelas bahawa sikap berpuak-puak dalam politik UMNO Kelantan amat sukar untuk dihapuskan. Walaupun Najib bersungguh mahu menawan kembali negeri itu, ramai yang tidak meyakininya berdasarkan sikap dan perangai pemimpin UMNO itu sendiri. Malah ada yang menggambarkan harapan Najib untuk menawan Kelantan bakal menjadi angan-angan 1Malaysia sahaja. Dalam perbualan dengan banyak pihak di Kelantan, gambaran yang terpapar ialah pemimpin UMNO Kelantan sebenarnya lebih gemar negeri itu dikuasai oleh Pas berbanding daripada ia dikuasai oleh BN. Ini kerana jika dikuasai Pas, pemimpin UMNO merasakan mereka mempunyai akses terus dengan pemimpin Pusat berbanding jika di negeri itu kuasai oleh BN yang tentunya menyebabkan semua pengaruh, kuasa dan peruntukan akan berpusat di pejabat Menteri Besar pula. Selama ini pun ramai pemimpin Kelantan menikmati kemewahan dan keselesaan berbanding rakan-rakan mereka di negeri lain kerana kelebihan akses terus dengan pelbagai pemimpin di peringkat Pusat itu. Dalam masa yang sama, ada juga dakwaan mengatakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapa Mohamed sendiri dikatakan tidak seserius mana untuk menawan kembali negeri itu daripada Pas. Mustapa dikatakan lebih banyak menumpukan kepada kawasan Parlimen Jeli, dengan banyak peruntukan dan pembangunan hanya ditumpukan di kawasan itu sahaja manakala penglibatannya di kawasan lain dilihat hanya sebagai memenuhi syarat semata-mata. Yang dipentingkan bagi Mustapa ialah selagi beliau menang di Jeli, selagi itulah beliau akan kekal sebagai menteri sekurang-kurangnya untuk tempoh satu atau dua penggal lagi. Menang di Jeli nampaknya hasilnya tetapi berusaha menawan semula Kelantan belum tentu untung ruginya lagi. Sementara Najib bersungguh-sungguh mahu menawan Kelantan dan menyerang Pas dengan pelbagai isu, hakikatnya harapan beliau itu lebih mudah menjadi angan-angan berbanding kenyataan. Ii digagalkan oleh pemimpin UMNO Kelantan sendiri. |
You are subscribed to email updates from di jeli kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan