Sabtu, 23 Mac 2013

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Ummi Iman: Mee kuah <b>Wakaf Bharu</b> sedap juga

Posted: 09 Jan 2013 03:30 PM PST

Assalamualaikum
Baru-baru ni... saya, Iman, mak mertua dan adik mak mertua tiba-tiba teringin nak makan mee kuah atau mee sup. Sanggup jalan kaki jauh-jauh nak makan. Mak mertua saya nak makan puas-puas sebelum balik Pelabuhan Klang. Di Wakaf Bharu ni banyak sangat makanan sedap-sedap. Macam-macam ada. 
Nak juga tunjukkan apa yang sedap di sini. Mungkin lepas ni jika diizinkan. Saya tunjuk dulu kedai mee kuah yang kami terliur nak makan. Sebenarnya nak makan mee celup. Tapi atas sebab-sebab tertentu rancangan awal terpaksa di tukar. Motif: kedai makan mesti utamakan kebersihan. Kalau tidak orang takut nak makan walaupun sedap ;)
Inilah kedai makan yang kami pergi. Restoran Mesra Selera Kita yang terletak berhampiran roundabout Wakaf Bharu. Macam-macam menu ada. Kalau musim perayaan memang penuh lah kedai ni. Nak cari tempat duduk pun susah.
Inilah rupanya. Ini saya punya, bihun bukan mee ;) saya tak berapa suka mee. Mak mertua dan adik MIL order mee. Gambar tak terang. Guna handphone je..
Berbaloi jalan jauh-jauh nak makan. Sedap. Isi pun banyak. Tapi saya tak makan lauk, makan sayur je. Iman pun makan banyak juga walaupun pedas sikit. Berbunyi-bunyi mulut dia uuusshh (pedas). Disebabkan memang suka mee makan juga. Hampir habis air kosong satu cawan dia minum.

Rumah Dipecah Masuk, ADUN <b>Wakaf Bharu</b> Kerugian RM25,000 <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2013 08:01 AM PST

 Saleha bersama Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat IPD Tumpat, Inspektor Firli Fairulyzan Arias Yahaya.
TUMPAT, 6 Feb –  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Datuk Che Abdullah Mat Nawi kerugian RM25,000 apabila rumahnya di Taman Mimi, Wakaf Bharu dipecah masuk awal pagi semalam.

Isterinya, Datin Saleha Yaakob berkata, dia percaya kejadian itu berlaku antara jam 4 pagi hingga 4.30 pagi ketika dia sekeluarga sedang tidur nyenyak.


"Ini kejadian yang ketiga kali rumah kami dipecah masuk sejak mendiami rumah ini  lapan tahun lalu. Akibat kejadian itu wang tunai RM500, gelang emas, cincin perkahwinan saya dan cincin pusaka lesap dikebas pencuri tersebut," katanya.


Saleha berkata, dia menyedari rumahnya dimasuki pencuri kira-kira jam 5 pagi selepas bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh.


"Saya perasan laci almari terbuka, lalu saya memeriksa dan mendapati bekas tempat simpanan cincin hilang.


"Curiga dengan kehilangan cincin tersebut, saya periksa semua tingkap dan pintu dan syak ada pencuri masuk. Mungkin pencuri itu panjat balkoni dan masuk melalui tingkap bilik tidur di tingkat atas," katanya.


Menurutnya, beg tangannya yang mengandungi wang RM500 yang hilang itu dijumpai di belakang rumah, ditinggalkan pencuri bersama dokumen penting yang lain.


Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Sharipudin Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.


"Siasatan dilakukan untuk mengenal pasti suspek dalam kejadian tersebut," katanya.

Tilik Pikir: Belia <b>Wakaf Bharu</b> Tiada Tempat Riadah

Posted: 16 Jan 2013 01:42 AM PST

Wakaf Bharu – Taswadi Harun wakil Belia Wakaf Bharu minta pihak berkenaan tampil membaik pulih kemudahan padang awam dibelakang Bangunan MDT,Wakaf Bharu, dekat sini bagi membolehkan pelbagai aktiviti sukan dapat dijayakan.

Menurutnya, bagi setiap aktiviti sukan dan sesi riadah petang yang mahu dilakukan belia dan remaja di sini, mereka terpaksa menumpang padang sekolah rendah berdekatan.

"Sudah sekian lama kemudahan itu rosak dan terbiar menyebabkan kami tiada tempat yang sesuai untuk bersukan. Menumpang padang sekolah juga mengundang kesulitan kerana secara tidak langsung, aktiviti riadah petang belia di sini dikhuatiri akan mengganggu aktiviti sekolah.

"Kami amat mengharapkan kepimpinan setempat khasnya Cik Abdullah Mat Nawi selaku wakil rakyat Wakaf Bharu,Tumpat atau Datuk Kamaruddin Jaafar Ahli Parlimen Tumpat agar tampil membantu menyelesaikan masalah ini berikutan kemudahan padang ini amat diperlukan," katanya.

Sementara itu, rakannya Nakhieuddin Noor pula berkata, kami di sini tidak mengetahui status sebenar mengapa kemudahan padang dan gelanggang dibiarkan rosak tanpa dibaik pulih.

Menurutnya, padang sedia ada berlopak selain tidak rata dan terlalu semak sekali gus tidak selamat untuk digunakan ekoran berisiko mengundang kecederaan.

"Menurutnya, kami turut mengajukan masalah itu kepada kepimpinan peringkat kampung namun seperti tiada maklum balas ekoran keadaan padang tetap rosak tanpa dibaik pulih.

"Kami amat berharap agar kemudahan awam ini dibaik pulih bagi membolehkan masa lapang belia dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah," katanya.

 Penulis:Mohd Asri Mohd Zain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads