03 di ketereh - Google Blog Search |
AIDC » Ceramah <b>Di</b> Kelantan Kurang Sambutan, Anwar Konsisten <b>...</b> Posted: 01 Mar 2013 12:11 AM PST AIDCNews – 01/03/13 – Jika Datuk Dr Hassan Ali, Presiden JATI berkunjung dan berceramah di Kelantan, sambutannya mencecah puluhan ribu manusia, namun berbeza dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya dihadiri kurang daripada 500 orang ketika berceramah di Ketereh, 26 Februari. Blog bicarakelantan (BK) mengikuti secara dekat ceramah Anwar itu, "pada asalnya ceramah itu sepatutnya diadakan di Padang Majlis Daerah (Ketereh), tetapi terpaksa dipindahkan ke dalam dewan (Dewan Majlis Daerah Ketereh) disebabkan Tuhan turunkan hujan yang amat lebat sehingga menyebabkan seluruh padang ditakungi air, mungkin sebagai petanda Dia tidak restui kehadiran Anwar ke bumi Kelantan,"lapornya. Ibarat meludah ke langit, akhirnya terpercik ke muka sendiri apabila blog BK melaporkan pihak penganjur terpaksa menyediakan nasi-nasi bungkus dan cabutan bertuah sebagai tarikan kepada pengunjung untuk menyertainya. "Apa yang paling menarik perhatian BK adalah jumlah kehadiran pada malam itu adalah amat tidak bersesuaian dengan title Anwar sebagai "PM MALAYSIA". Macam mana boleh orang seperti Anwar disambut hanya oleh tidak sampai 500 orang hadirin? "Itu pun nasib baik telah di'cover' oleh penyokong-penyokong dari Machang yang terpaksa bergegas follow Anwar selepas dia tamat ceramah di Machang. "Menurut maklumat, penganjur di Ketereh telah menelefon penganjur di Machang agar penyokong-penyokong mereka di Machang datang ke Ketereh untuk memenuhkan dewan yang kosong. Aduhh… "Pukul 11.15 (malam) dewan tak sampai separuh, rujuk gambar atas.. kesian Anwar.. mesti teruk YB Aziz Kadir, Ahli Parlimen PKR Ketereh kena marah dengan Anwar," lapornya lagi. Kalimah Allah, Anwar konsisten letak tanggungjawab pada Pas Yusliman Asli, wartawan Utusan Kelantan turut melaporkan butiran ceramah Anwar pada malam itu. "Tok Guru Hadi Awang yang sign," kata Anwar yang merujuk tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menandatangani persetujuan pada 8 Januari, membenarkan kalimah Allah digunakan untuk penganut agama lain "Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama Pas buat, dengan ayat al- Quran, nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut insya-Allah, alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir. "Kemudian saya kena runding, itu kerja saya, kenyataan itu, Pas setujulah (sebab) kenyataan ia, Keadilan tak susah (boleh terima), tapi DAP, (kita) kena beri penerangan pada dia. "Jadi saya terangkan kepada Kit Siang (Lim Kit Siang) kata begini, ini (kalimah Allah) bagi orang Islam sensitif, (tapi) dia benar orang bukan Islam (guna). Orang Cina kata insya-Allah saya nak pergi, kita tak (boleh) hukum dia kerana dia sebut dengan molek. "Jadi apabila syarat-syarat itu, dia tanya, saya kata beginilah, kita pakatan, kita setuju jangan berbalah soal ini, soal Hindu orang Hindu tu bagi dia cakaplah, tapi soal Islam ini, biarkan kita bagi penjelasan. "Itulah yang kita terima, kenyataan kita itu yang dibentangkan oleh Pas, satu perkataan pun saya tak pinda, ya, dalam kenyataan itu satu perkataan sepenuhnya daripada awal sampai habis yang Tok Guru Hadi Awang sign (tandatangan) ana (saya) jadikan kenyataan majlis pimpinan pakatan rakyat yang dipersetujui oleh Pas, Keadilan, DAP," kata Anwar. Kenyataan Anwar di atas mengulangi kenyataannya pada 23 Januari yang meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas bahu Abdul Hadi. "Kita ikut Presiden Pas, dia bentang balik dalam (mesyuarat) Pakatan..Kalau Presiden Pas, dia bawa balik apa-apa isu nak dinilai semula, dia (sepatutnya) bawalah (tapi) dia tak bawa. "Jadi (keputusan 8 Januari) adalah polisi Pakatan Rakyatlah," katanya. |
You are subscribed to email updates from di ketereh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan