di negeri kelantan - Google Blog Search |
(VIDEO) Sajak Meyda Sefira - Seperti Apa <b>Kelantan</b> itu? Posted: 03 Dec 2012 03:53 PM PST |
Bo La Weii… Cukuplah 42 Tahun PAS Memerintah Kelate <b>...</b> - MyKMU Posted: 18 Feb 2013 10:03 AM PST February 19, 2013 · 71 Comments Masuk tahun 2013 ini bermakna sudah 56 tahun kita merdeka, lebih tepat lagi 31 Ogos 2013 nanti cukup 56 tahun Malaysia berdiri atas kaki sendiri dan mengecapi kemakmuran hasil kesinambungan pemerintahan parti Perikatan (Kapal Layar) yang kini dikenali sebagai Barisan Nasional (BN). Tapi, sedarkah kita semua bahawa Kelantan yang merupakan sebahagian dari negeri-negeri yang membentuk negara tercinta ini, sebahagian besar urusan tadbir pemerintahannya adalah bawah PAS. Perikatan (BN) hanya mampu menabur jasa di negeri itu cuma 14 tahun sahaja (1957 -1959 dan 1978 – 1990). Ini bermakna, selama 42 tahun PAS memerintah di Kelantan bersamaan dengan lebih 4 dekad. Persoalannya, bagaimana angka 42 itu timbul? Jawapannya, ia terhasil dari gabungan dua pusingan pemerintahan PAS di negeri ini. Pusingan Pertama, selepas 2 tahun Perikatan (UMNO-MCA-MIC) memerintah Kelantan, kemudiannya bermula 1959 hingga 1978, PAS bermaharajalela selama 19 tahun PAS di Kelantan. Jumlah 19 tahun itu termasuklah 5 tahun pemerintahan PAS di Kelantan hasil manfaat kerjasamanya dengan UMNO melalui BN (1973 -1978). Pusingan Kedua, PAS kembali memerintah Kelantan mulai tahun 1990 setelah menerima sokongan tambahan dari S46 (PMS46) melalui kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (APU), manakala di masa yang sama S46 menjalin hubungan kerjasama dengan DAP melalui Gagasan Rakyat (GR). Selain PAS dan S46, turut bersama membentuk APU ialah HAMIM dan BERJASA, kedua-duanya adalah parti serpihan PAS. Sementara GR pula melibatkan kerjasama S46 bersama PBS, DAP & PRM. HAMIM ditubuhkan oleh bekas Presiden PAS (Yang Dipertua), Datuk Asri Muda yang dihalau keluar dari parti itu berikutan Revolusi Iran, antara tukang karut yang menggerakkan penyingkiran datuk Asri Muda ialah MB PAS Kelantan sekarang, Nik Aziz Nik Mat. Manakala BERJASA ditubuhkan oleh bekas MB PAS Kelantan, Datuk Muhammad Nasir (Mat Nasir), beliau dipecat oleh PAS berikutan sengketa dalaman dengan Presiden PAS tika itu, Datuk Asri Muda pada tahun 1970-an, antara tukang karut yang menyokong pemecatan Mat Nasir ialah Nik Aziz Nik Mat. Mungkin terbawa-bawa dengan tabiat pecat memecat sedemikian, maka disebabkan itu Nik Aziz kerap menyuarakan keinginannya untuk melihat bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa di pecat dari PAS. Malah Nik Aziz jugalah yang menyokong pemecatan Dr Hasan Ali (bekas Naib Presiden PAS). Bermula 1990 hingga sekarang, tahun 2013 bermakna sudah 23 tahun negeri ini diperintah PAS melalui pusingan kedua termasuklah hampir 6 tahun (1990-1996) ketika PAS bekerjasama dengan S46 melalui APU. 19 tahun ditambah bersama 23 tahun, jumlahnya 42 tahun, bukan begitu? Sedarkah kita rakyat Kelantan, selama 42 tahun PAS memerintah negeri tercinta ini, apa jasanya kepada negeri dan rakyat? Ada jasanya, tapi terlalu kecil manfaatnya berbanding mudarat yang terpaksa diterima rakyat. Pada dekad 60-an hingga 70-an dulu, sepanjang PAS memerintah sudah lebih 300,000 ekar tanah di Hulu Kelantan telah dipajakkan kepada syarikat dari Singapura, Timbermine Sdn Bhd. Rakyat hanya mampu melihat dari jauh segala hasil bumi kekayaan negeri sendiri jatuh ke tangan orang lain. Kini di era milenium dengan berselindung projek Ladang Rakyat (Ladang Air Mata Rakyat), lebih 80,000 ekar tanah dipajakkan lagi juga kepada syarikat-syarikat luar, manakala lebih 10,000 ekar lagi juga di Hulu Kelantan kini dikuasai secara pajakan berpuluh tahun oleh pemimpin DAP bersaudara dari Perak, Ngeh & Nga yang tersengih dan ternganga menikmati hak milik tanah pajakan dan hasil bumi negeri. Dari pajakan tanah 300,000 ekar itu, apa hasilnya kepada rakyat jelata? Adakah hasil bumi seperti royalti kayu balak tempiasnya dapat pada mak ayah dan tok nek kita? Angkara Ladang Air Mata Rakyat pula siapa yang lebih bergembira menikmati hasil mahsulnya? Mungkin ada satu dua rakyat marhaen di kalangan kita yang dapat konsesi balak sana sini, tapi lihatlah apa hubungannya dengan pemimpin PAS pula. Berapa ramai pula di kalangan rakyat Kelantan yang berpeluang memiliki hak milik tanah seterusnya tersengih dan ternganga gembira sebagaimana luasnya tanah lebih 10,000 ekar yang dipajakkan hak miliknya kepada Ngeh dan Nga? Sedarkah kita rakyat Kelantan, sejak PAS mula memerintah negeri ini tahun 1959 hinggalah 1978, itulah saatnya bermula penghijrahan besar-besaran mak ayah dan tok nek kita jauh meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki. Mujurlah bermula 1978 hingga 1990, proses penghijrahan itu mula perlahan berikutan usaha dan kerja buat BN meningkatkan taraf hidup rakyat termasuklah pakcik makcik kita, saudara mara kita di negeri ini. Malangnya disebabkan sengketa politik sekali lagi PAS mendapat laba kepartian pada 1990 sehingga kini yang kesannya pada rakyat akhirnya sekarang kira-kira 500,000 anak pinak, saudara mara dan adik kakak kita jauh dari pandangan mata kerana mencari peluang untuk meningkatkan taraf hidup di negeri lain. Soalnya sampai bila kita nak biarkan senario sebegini berterusan? Sambil masing-masing kita tepuk kepala tanya akal mencari jawapan sampai bila penghujungnya, penulis cuma nak berpesan… Bo La Weii duk berharap pada retorik politik PAS yang tak berhujung tu, Bo La Weii.. Cukuplah 42 tahun talian hayat PAS di Kelate kito, PRU 13 ni kita tukar, kerana Tukar Itu Hijrah, Tanah Itu Maruah… Pakatlah sama-sama kita semarakkan Gelombang Merah Kelantan Berubah, kalau tidak untuk diri kita, setidak-tidaknya demi anak cucu kita kelak. By HackerXP |
You are subscribed to email updates from di negeri kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan