Sabtu, 2 Mac 2013

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Tinjauan Banjir Politik Anwar <b>di</b> Kelantan

Posted: 28 Feb 2013 03:29 PM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar
Kunjungan Anwar Ibrahim sehari ke Kelantan kelmarin dalam rangka meninjau perkembangan dan suasana politik mutakhir di negeri itu memberi pengertian besar kepada dirinya dan juga bagi penyokong Pakatan Rakyat. Kebetulan kelmarin Kelantan dilanda banjir secara tiba-tiba menjadikan kunjungan Anwar itu seolah-olah kunjungan perdana menteri untuk meninjau kawasan-kawasan terlibat banjir, tanpa menghulurkan bantuan kebajikan?

Dengan membayangkan Anwar seorang perdana menteri, ternyata beliau mengambil berat kepada masalah rakyat. Walaupun sudah dimaklumi cuaca di Kelantan tidak begitu kondusif dan boleh menganggu program, namun beliau tetap juga ke Kelantan tanpa membantalkan majlis.

Saya dapat merasakan Anwar kini berada dalam keadaan seronok dan begitu selesa untuk menghadapi pilihan raya. Mood atau pun sikap dipamirkan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menjadi tenaga tambahan buatnya sekaligus beliau melupai akan kecapekan.

Kegembiraan atas kejayaan konvensyen Pakatan Rakyat pada Isnin lalu telah memberi keyakinan kepadanya bahawa 'kali inilah' UBN akan tumbang. Sebuah perubahan kerajaan yang kesekian lama dinanti-natikan rakyat akan berlaku. Keyakinan itu diserlah lagi dengan sambutan rakyat diberikan kepadanya yang kian meningkat akhir-akhir ini. Di mana-mana ceramah anjuran Pakatan Rakyat khasnya melibatkan pemimpin tertinggi mendapat sambutan hangat.

Entah kenapa saya sendiri merasakan Anwar sudah terlepas dari belenggu keraguan dan kebimbangan terhadap nasib diterima yang boleh menjejaskan sokongan rakyat. Anwar berada di tahap optimistik yang tinggi rakyat akan bersamanya.

Penyertaan lima bekas jeneral Askar Melayu Di Raja Malaysia (ATM) kemudian akan disusuli dengan dua jeneral lagi adalah antara penyuntik semangat yang hebat. Penyertaan bekas jeneral ATM itu menambah yakinkan lagi rakyat bahawa peralihan kuasa kelak akan berlaku dalam keadaan baik tanpa sebarang kekacauan. Rakyat merasakan ATM bersama mereka melindungi dari segala petaka.

Buat pertama kalinya Bring Jeneral (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid ikut sama dalam kunjungan Anwar ke Kelantan itu. Kehadiran itu menjadi daya penarik baru. Meskipun ia ringkas tetapi ternyata penampilan Abdul Ghafir memberi impak yang besar terutamanya kepada bekas-bekas prajurit.

Di sebalik tabir lain, Anwar tentu merasa puas dengan kunjungan semalam - meninjau banjir politik. Keserabutan atau sedikit awan kebimbangan cuba meretakkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat terombak terus apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan kebijaksnaaan dan ketajaman politiknya dapat menyelesaikan semua itu. Nik Aziz menjadi biduk yang lalu membentuk perpaduan kiambangan pakatan yang kuat, menyingkir ansir-ansir jahat.

Program pertama kunjungan Anwar itu, berjumpa dengan Nik Aziz di JKR 10. Tidak dapat dipastikan apakah agenda pertemuan itu, tetapi memadangkan saat pilihan raya sudah tiba tentulah ia menyentuh mengenai kedudukan dan persafahaman PAS - PKR di Kelantan termasuk pembahagian dan ketatapan kerusi. Memerhati suasana perbincangan itu memberi hasil yang baik demi Pakatan Rakyat. Nik Aziz gembira Anwar seronok.

Ini diterjemahkan menerusi satu lambang 'kesengajaan' dilakukan Nik Aziz kepada Anwar. Mungkin ramai yang tidak tahu, kelmarin Nik Aziz telah memberi pinjamkan Anwar sehelai kot labuh miliknya untuk Anwar melindungi diri dari sejuk kerana banjir. Pemberian itu kecil saja tetapi ia membawa makna yang besar. Pemberian kot itu sebagai lambang pengikhtirafan dan persahabatan Nik Aziz kepada Anwar.

Ia juga sebagai pakaian perang kepada Anwar dan ia juga adalah sebagai simbolik kot itu adalah diri Nik Aziz yang akan melindungi dan mendoakan Anwar di mana-mana saja. Teringat semasa saya bertemu Tokguru Ahad lepas, saya membisikkan kepadanya bahawa Anwar begitu tinggi menghormati dan berterima kasih kepadanya atas kehebatan daya politiknya.

Jarang Tokgu memberi pinjam kot atau apa-apa perhiasan dirinya kecuali dijadikan bahan tander atau lelongan untuk mengumpul dana pilihan raya.

Anwar terus memakai kot azimat berkenaan laksana baju besi juang untuk ke Pasir Puteh dengan megah dan serinya.

Di Pasir Putih dalam suasana hujan dan air melimpahi di jalanan, tidak menjadi masalah kepada rakyat Pasir Puteh datang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan Anwar. Kesanggupan orang ramai mengharungi banjir dan kebasahan menunjukkan betapa mereka menyayangi Anwar dan mengharap Anwar menjadi pemimpin negara.Sokongan padu itu tentu memuas dan menggembirakan hati Anwar. Sesungguhnya Pasir Puteh atau di mana-mana saja lokasi kunjungannya di Kelantan tidak mengecewakan.

Apa yang berlaku di Pasir Puteh itu persis suasana di pedalaman Sabah dan Sarawak di mana rakyat sanggup datang beratus-ratus batu semata-mata untuk melihat Anwar dari dekat dan bersalaman dengan bakal PM itu. Kalau di Sabah dan Sarawak tidak menghairankan kerana mereka jarang sekali dapat melihat Anwar dari dekat, tetapi ini di Pasir Puteh. Bagi mereka Anwar sudah terlalu biasa, namun apa yang berlaku semalam menunjukkan mereka dan rakyat sedang 'gilakan' Anwar.

Tersentuh juga di hati saya apakah Anwar menjadi makin dihurungi rakyat kerana beliau mengenakan kot Tokguru?Semua pimpinan PAS Pasir Puteh hadir, Yang Dipertua Nik Mazian Nik Mohamad, timbalanta Yuganus Yunus, ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Hussein, Ketua Muslimat Rohani Mamat serta pimpinan lain.

Dari Pasir Puteh selepas dijamu kepala rusa di rumah Yuganus Yunus, Anwar terus ke Tanah Merah bersolat Maghrib dan bertemu dengan sekumpulan anak-anak muda. Kemudian ke Machang. Saya tidak mengikut ke Machang sebaliknya menanti untuk melihat suasana di Ketereh. Apakah di Ketereh keadaan dan kegilaan orang ramai sama juga di Pasir Puteh?

Saya khuatir orang tidak akan ramai kerana terhalang dek banjir dan hujan. Namun ternyata 'bencana' itu tidak menjadi penghalang. Sebaik selepas Isyak lagi orang ramai sudah memenuhi perkarangan dewan Majlis Bandaran Ketereh yang dijadikan medan himpunan kerana di padang air melimpah penuh. Apa yang nyatakan air, angin, ribut dan taufan tidak menanakutkan rakyat untuk terus bersama Anwar bagi mengocak gelombang untuk menumbangkan kerajaan UBN.

Selepas selesai berceramah Anwar dibawa ke rumah kawan lamanya di Padang Lepai dekat Ketereh. Khabarnya kawan lamanya ini sudah lama hendak berjumpa dengannya. Setiap kali Anwar berceramah di Ketereh sahabat ini akan ternanti-nanti kehadiran Anwar. Kawan lama yang dimaksudkan itu ialah imam masjid Padang Lepai Abdullah Zohdi Ismail iani anak kepada Almarhum Tuan Haji Ismail yang merupkan imam masjid kampung berkenaan.

Anwar pernah sampai ke kampung ini pada tahun 1981 ketika itu beliau menjadi presiden ABIM. Katanya puluhan ribu yang hadir untuk mendengar ceramah Anwar menyebabkan sepanjang jalan besar Ketereh - Kota Bharu jem. Seekor ular tedung dijumpai mati di tempat himpunan kerana dipijak oleh orang ramai.

Peristiwa itulah juga pertama kali orang Ketereh mengenali wajah Anwar dan mendengar suara serta kehebatan pidato dakwahnya.  Betapa seronoknya Abdullah Zohdi dengan kehadiran Anwar itu. Paling bererti buat Anwar seorang lagi sahabatnya semasa di Yayasan Anda, Ismail Yaacob dan Zaki Abdul Rahman turut sama hadir sama.

Menerusi bekas ahli Umno yang kini menyertai PAS, sdr Rosdi memberi tahu, lepas kunjungan itu Anwar kerap ke Ketereh khasnya di Perol. Hubungan sahabat Anwar dengan Zaki, Ismail serta menjadikan Almarhum Haji Ismail sebagai orang tuanya sungguh indah.

"Sebenarnya kampung ini tidak tidak asing bagi Pak Sheikh dia pernah ke sini..." cerita Rosdi. "Ada lagi seorang sahabat beliau kalau tidak silap bernama Ismail Mina, juga pernah ke sini... bila Pak Sheikh ke sini atau Ismail Mina mari 'kawan' (saya) jong bahawa mereka pergi mandi di sungai Perol..." sambung Rosdi sambil bertanya ke mana Ismail Mina sekarang ini?

Ternyata, baik tuan rumah dan tetamu agungnya Anwar gembira dan ceria malam tadi. Apa lagi Abang Wil (Ismail) walaupun dia merupakan ahli jawatankuasa Umno Ketereh tetapi tidak pernah memangsakan persahabatan dan hubungan baik beliau dengan Anwar sebagai sahabat. Parti adalah politik, Anwar adalah kawan yang dihormati dalam keadaan apa sekali pun. Ismail juga meruapakan bekas pegawai KADA dan bekas setiausaha sulit Hussein Serama semasa Hussein menjadi timbalan menteri.

Saya melihat berat kaki Anwar untuk meninggalkan rumah Abdullah Zohdi dan rakan-rakan lain tengah malam tadi. Lama pintu kereta dibuka untuknya masuk tetapi dia seakan tertinggal sesuatu berdiri dan memandang ke arah rumah. "Mana tuan rumah...?" tanyanya sambil berlari ke tangga kemudian berpelukkan dengan Abdullah Zohdi dan selepas itu cepat-cepat menuju ke kereta dan berlalu.

Di celah temaram malam itu saya dapat membaca hati Anwar sebak kerana masih ada rakan dan sahabatnya masih setia dan mengenang sejarah perjuangannya walaupun beliau ditolak dan dilambung berbagai fitnah dan mahnaj perjuangan yang bukan senang diatasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads