ads

Sabtu, 2 Mac 2013

03 di mengkebang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di mengkebang - Google Blog Search


Kerjasama jayakan sambutan Aidilfitri - PAS <b>Mengkebang</b>

Posted: 12 Oct 2009 08:42 PM PDT

KUALA KRAI - Kerjasama penghulu mukim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Meng-kebang terserlah apabila masing-masing menyediakan satu hidangan untuk juadah sambutan Aidilfitri Majlis Tin-dakan DUN (MTD) itu, dekat sini, semalam.

Pengarah MTD yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, antara hidangan disediakan 12 penghulu mukim terbabit ialah gulai kawah, sate, lemang, ketupat, roti jalan, kuih raya dan minuman.

Menurutnya, majlis sambutan itu turut mendapat kerjasama peserta Ladang Rakyat DUN Mengkebang yang membuat persiapan tempat dan membantu urusetia penganjur melayan kira-kira 3,000 tetamu yang hadir.

"Majlis sambutan yang men-jadi acara tahunan MTD ini adalah antara peluang terbaik bagi rakyat di daerah ini terutama di Mengkebang untuk hadir, bertemu mata dan mengeratkan lagi hubungan.

"Majlis seumpama ini juga dapat memberi gambaran jelas kerjasama erat dan semangat tinggi yang diberikan semua penghulu mukim dan petugas bagi menjayakan pelbagai aktiviti MTD Mengkebang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada majlis sambutan Aidifltri anjuran MTD Mengkebang di Dataran Sungai Durian, dekat sini, semalam, yang bermula dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

Hadir sama Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai, Alias Abdul Rahman; Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan, Mahadi Mat Zin; Naib Ketua Dewan Muslimah Pas kawasan, Hazimah Khalipah dan Setiausaha MTD Manek Urai, Mohamad Harun.

Abdul Latiff berkata, pihaknya tidak menganjurkan majlis sambutan itu lebih awal kerana bimbang tidak ramai yang dapat hadir kerana masing-masing masih 'sibuk' berhari raya dan memenuhi jemputan banyak rumah terbuka lain.

Katanya, majlis sambutan yang turut dihadiri pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum itu dimeriahkan juga dengan pengagihan kira-kira 100 sampul duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.-sinar harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved