Ahad, 7 April 2013

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Mar 2013 11:48 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lembaran Sebuah Kehidupan: Susu Anlene

Posted: 13 Mar 2013 09:34 PM PDT


Menghairankan bagaimana makanan pertama yang masuk ke dalam badan kita adalah susu tetapi apabila sudah dewasa kelak, sudah lupa macam mana nak minum susu. Macam geli dan loya pula tekaknya untuk meminum sebuah gelas yang mengandungi susu. 
Ya... aku adalah antara manusia itu. Entah mengapakah terjadinya fenomena itu. Siapa boleh terangkan, angkat tangan...
Seperti yang diwar-warkan dalam tv dan iklan yang kompem akan menyatakan produk mereka adalah terbagus dan terlaris dalam pasaran, Anlene adalah satu-satunya iklan yang menekankan tentang pengambilan susu untuk kalsium yang perlu dibekalkan kepada badan kita. Aidid Marcelo dan famili pun minum Anlene katanya.
Kerana telah berada dalam usia awal 30-an, maka dengan ini aku harus disiplinkan diri mengambil pemakanan sihat. Pemakanan sihat la sangat~~ susu je pun... Hahahaha... Sebenarnya sebelum ni pun dah ada war-warkan konon nak ambik Anlene dan jadi disiplin. Cita-cita terkulai layu di tasik madu. Anlene tersebut telah tamat tarikh dan bungkusannya tidak dibuka pun. Kahkahkah... 
Maka dengan ini, saya try beli Anlene bungkusan kecik dahulu. Beli di pasaraya bawah area rumah je. RM6.70. Trial pack ah ni. Pagi tadi, instead of minum nescafe macam biasa, aku minum Anlene pule. Istikamah ka? We wait and see la...
haruslah perasa coklat...

Pelajar Tingkatan Empat Dijumpai Mati Tergantung - Anak Jati Malaya

Posted: 19 Mar 2013 08:05 AM PDT


"Saya dakap seerat-eratnya sebaik melihat dia (arwah) tergantung, dengan harapan dia masih selamat, tetapi meninggal dunia beberapa minit selepas itu." kata Che Mat Daud, 65, bapa kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2, yang mati tergantung, petang kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Tanah Rancangan Felda Chiku 2, ketika pelajar tersebut berada dalam bilik tidur seorang diri.
Che Mat berkata, dia menyedari kejadian berkenaan ketika terdengar jeritan kuat daripada abang mangsa, Mohamad, 22, yang terkejut melihat adiknya tergantung dalam bilik tidur.
Katanya, ketika itu dia baru pulang dari bekerja sebagai tukang rumah dan mangsa bersama abangnya sahaja yang berada di rumah.
"Saya pulang dari kerja, terus menunaikan solat Asar dan keluar semula dari rumah untuk membersihkan kereta sambil memeriksa bateri kerana ingin ke luar lagi.
"Ketika sedang melakukan kerja, saya terdengar suara kuat abang mangsa yang menjerit, lalu saya bergegas naik ke rumah menuju ke bilik," katanya.
Menurut Che Mat yang juga peneroka Felda, hanya beberapa minit selepas dia memotong tali yang menjerut leher anaknya, terus meninggal dunia dan gagal diselamatkan.
"Setahu saya, dia (arwah) tidak bercinta dengan mana-mana budak perempuan hingga sanggup bertindak demikian, tetapi yang saya tahu dia berkeadaan muram selepas kemalangan jalan raya sejak lima bulan lalu," katanya.
Che Ma berkata, arwah pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya apabila motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta dan kepalanya terhantuk di permukaan jalan.
"Bermula dari situ, dia anak bongsu daripada 13 beradik, tidak lagi ceria dan kerap berkurung dalam bilik, tetapi dia memang bersedia untuk bersekolah semula di tingkatan lima apabila persekolahan dibuka Januari ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan motifnya dalam siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Rancangan Felda Chiku 2, pagi semalam. – SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads