Lebih tiga tahun lalu yakni pada 14 Julai 2009 seluruh negara tertumpu pada satu pertarungan sengit membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara BN dan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan.
Persaingan sengit yang berpusat di Selatan Kelantan itu walaupun berpihak kepada PAS namun kemenangan yang diperolehinya terlampau tipis hanya dengan kelebihan 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi majoriti yang PAS perolehi pada PRU 12 2008.
Bermula dari situ gema kebangkitan Gelombang Merah semakin dirasai sementara di masa yang sama riak resah kerisauan semakin mencengkam kepimpinan PAS di Kelantan.
Kira-kira empat bulan kemudiannya atau lebih tepat lagi pada 4 November 2009, sekali lagi Selatan Kelantan menjadi pentas tumpuan ramai apabila berlaku pertembungan kali kedua membabitkan BN dan PAS, kali ini berlangsung di DUN Galas, Gua Musang.
Semasa PRK Manek Urai PAS hanya sekadar menang nyawa-nyawa ikan, di PRK DUN Galas pula berikutan semarak Gelombang Merah yang dipelopori UMNO semakin mendapat tempat di hati rakyat, akhirnya menyebabkan PAS tewas terduduk dengan majoriti 1,190 undi.
Kebetulannya baik di PRK Manek Urai mahupun Galas yang lokasinya terletak di Selatan Kelantan ini, kedua-duanya menyaksikan undi sokongan untuk PAS semakin merosot sekalipun jentera pilihanrayanya didokong kuat oleh jentera PR dari PKR dan DAP.
Manakala di pihak BN pula jelas menunjukkan peningkatan undi sokongan yang amat ketara berikutan kembalinya sebahagian penyokong UMNO yang sebelumnya berpaling tadah pada PRU 2008 disamping meningkatnya kesedaran rakyat terhadap kelemahan urus tadbir Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.
Satu perkara yang agak menarik, kejatuhan PAS di Kelantan pada akhir dekad 70-an dulu juga bermula dari Selatan Kelantan berikutan kebangkitan rakyat negeri ini membantah pelbagai penyelewengan konsesi kayu balak yang telah dilakukan oleh pemimpin PAS dan kroni mereka.
Antaranya termasuklah melibatkan tanah seluas 350,000 ekar tanah di yang digadaikan kepada syarikat Timber & Mine dari Singapura untuk tujuan pembalakan.
Selain itu, faktor protes oleh penyokong bekas MB PAS Kelantan, Muhammad Nasir yang di pecat dari PAS kerana sikap mesranya dengan pemimpin UMNO pula kemudiannya menambah parah yang akhirnya menyumbang kepada kembalinya BN menguasai Kerajaan Negeri.
Jika dilihat pada senario di atas, kelihatan coraknya hampir sama. Tidak mustahil kejatuhan PAS di Kelantan akan bermula dari Selatan dengan mengambil semangat kebangkitan rakyat sebagaimana diterjemahkan dalam PRK Manek Urai dan Galas.
Sementelah lagi, sebahagian besar rakyat Kelantan semakin sedar kewujudan utama Ladang Rakyat di Gua Musang dan Kuala Krai yang membabitkan keluasan tanah lebih 80,000 ekar sebenarnya berkait rapat dengan konsesi pembalakan yang hanya menguntungkan syarikat Cina DAP dan Cina Singapura yang mempunya hubungan rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan.
Sementara itu, dalam konteks politik nasional pula, tika ini PR kelihatan begitu memfokuskan tumpuan mereka ke arah selatan tanahair yakni Johor dengan andaian mereka berpeluang memperalatkan masyarakat Cina untuk menyokong PR dalam PRU 13.
Namun melihatkan kesepaduan sokongan yang diterjemahkan oleh rakyat Johor semasa PRK DUN Tenang di mana menyaksikan undi sokongan untuk BN dari majoriti orang Melayu Islam, Cina dan India semakin meningkat naik, jelas sekali PR bakal menghadapi kesukaran untuk mengekalkan 7 kerusi yang mereka miliki apatah lagi menawan kerusi lain.
Di antara Kelantan dan Johor pula, kedua-dua negeri ini menampilkan satu percanggahan pendirian PR yang ketara di mana, mereka sepakat menyokong pembinaan kilang Petrokimia yang disarankan dibina di Bachok Kelantan, sedangkan di Johor pula pakatan pembangkang begitu lantang menentang pembinaan kilang Petrokimia di Pengerang atas nama penjagaan alam sekitar dan tanah rakyat
Kontradiks sebegini menampakkan agenda perjuangan PR lebih banyak menambah keraguan besar dalam fikiran rakyat apatah apabila ia dilakukan oleh kepimpinan PR dan NGO proksinya hasil dari pembiayaan dan hasutan kiasu Singapura.
Johor adalah nadi kekuatan UMNO dan jantung hati BN malah budaya rakyatnya agak berbeza walau berlainan agama dan bangsa, lagi kuat ia diasak lagi rapat kesepaduan rakyat menentang anasir adu domba pembangkang, sebagaimana dibuktikan melalui PRK DUN Tenang.
Baik senario Selatan Kelantan mahupun Selatan tanahair yang membabitkan negeri Johor, kedua-duanya juga berkongsi satu rumusan, kejatuhan PAS di Kelantan dan kemusnahan PR pada PRU 13 tidak syak lagi akan bermula dari Selatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan