Ahad, 21 April 2013

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jan 2013 11:53 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RAKYAT MARHAEN: PRU13 : PAS <b>Kelantan</b> Perlu Gugurkan 20 <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 01:39 AM PST

Demi mengemukakan satu barisan calon yang berkualiti dan mantap ke arah mewujudkan sebuah kerajaan berwibawa selepas pilihan raya umum akan datang (insyaAllah) PAS Kelantan perlu menggugurkan 20 hingga 23 orang wakil rakyatnya dari terus menjadi calon.

Adalah dibimbangi kalau PAS tidak bersedia menggugurkan wakil-wakil rakyat ini ia bakal mempengaruhi pengundi untuk tidak memilih PAS dalam pilihan raya akan datang. Mereka ini perlu digugurkan kerana beberapa sebab dan faktor.

Antaranya, kerana menghadapi masalah kesihatan kronik, mengalami kes-kes peribadi, (mini skandal) kurang berprestasi sebagai wakil rakyat parti memerintah dan sudah lebih dari dua penggal menjadi Adun atau tidak kurang tiga kali bertanding dalam pilihan raya.

Sekiranya PAS ataupun Pesuruhjaya PAS negeri Nik Abdul Aziz Nik Mat merasa berat hati untuk membuat pertukaran kerana pertimbangan-pertimbangan tertentu, setidak-tidaknya 15 wakil rakyat yang ada sekarang perlu digugurkan tanpa berkompromi. Mereka ini diklasifikasikan berhadapan dengan masalah boleh menjejaskan peluang PAS untuk memenangi 2/3 kerusi di DUN Kelantan.

Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu PAS mendapat 38 kerusi DUN dan tujuh kerusi Parlimen. Kerusi-kerusi parlimen ialah; Kota Bharu, Kuala Krai, Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Puteh, Pengkalan Chepa dan Bahcok. Pasir Mas PAS serahkan kepada Inchek Ibrahim Ali. Tiga lagi kerusi parlimen milik PKR, Ketereh, Machang dan Tanah Merah manakala dua dimenangi UBN, Gua Musang dan Jeli.

Dari 20 orang wakil rakyat tadi ia meliputi dari semua kawasan Parlimen, dengan kedudukannya tiga Pasir Puteh dan Kota Bharu, masing-masing dua Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Bachok dan satu masing-masing di Ketereh, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Pengkalan Chepa.

Sekiranya PAS akan melakukan pengguguran, sekurang-kurang 15 wakil rakyat, ini bermakna PAS akan mendapat 17 ADUN baru dalam pilihan raya akan datang. Dua kerusi lagi yang tidak melibatkan pengguguran wakil rakyat dijangka di Bunut Payung dan Tendong. Tendong wakilnya meninggal. Manakala sekiranya benar PAS akan mengambil alih kerusi Pengkalan Kubur ia menjadikan 18 muka baru.


Kerusi Pengkalan Kubur yang diberikan kepada PKR besar kemungkinan ditarik balik kerana kegagalan parti berlambangkan mata itu berkerjasama sesama sendiri di Pengkalan Kubur.

Dalam kelompok 18 muka baru itu PAS bolehlah mengenal pasti calon-calon yang berktrampilan di dalam berbagai bidang; iktisad, hubungan luar, pelancongan, perdagangan, pertanian, politik, sosial dan sebagainya untuk dipilih menjadi anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco).

Bagaimana pun sangat afdal bagi PAS sekiranya parti itu mampu untuk menukar 20 hingga 23 orang Adun bagi digantikan dengan muka baru. Pertukaran lebih separuh itu akan memberi gambaran PAS Kelantan benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan dari segi kepimpinan dan juga persiapan bagi memperbaiki kelemahan pentadbiran sebelum ini khasnya di barisan anggota Exco Kelantan. Pertukara itu juga bakal merombak struktur parti di peringkat kawasan kerana selalunya wakil-wakil rakyat menjadi pemimpin utama dalam parti dan kedudukan mereka terlalu lama.

Perubahan besar itu juga menunjukkan komitmen dan iltizam Nik Aziz begitu serius bagi meletakkan kerajaan Kelantan sebagai kerajaan contoh dalam Pakatan Rakyat. Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS membuat rombakan calon-calonnya lebih 50% dan apakah kali ini bakal dicatat Nik Aziz?

Sehingga hari ini saya difahamkan nama wakil-wakil rakyat yang dicadang untuk dilakukan pertukaran sudah pun sampai ke pengetahun Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan. Dipercayai tokguru sedang menghalusi dan melihat implikasi dari segala aspek jika pertukaran hendak dilaksanakan. Beliau dikatakan tidak menolak cadangan berkenaan dan sedia menerima input nuntuk tujuan itu.

Dalam pada itu sebahagian besar ahli parlimen PAS juga dijangka akan bertukar wajah. Yang sudah hampir pasti ialah untuk kerusi Pengkalan Chepa (Abdul Halim Abdul Rahman), Kubang Kerian (Sallahuddin Ayub), Bachok (dia tu) dan Kota Bharu (Wan Abdul Rahim Abdullah). Sallahuudidn di pindah ke Johor manakala 'dia tu' tiada dalam senarai calon PAS. Wan Abdul Rahim dan Abdul Halim dikatakan sedia untuk berundur. Lainnya kerusi Pasir Puteh (Muhammad Hussein) juga dikatakan akan bersalin wajah.

Di kerusi Parlimen Pasir Mas PAS sudah tentu akan mendapat muka baru. Kerusi yang digadaikan kepada Ibrahim Ali tanpa ditebus itu akan diambil balik dan PAS mengura-urakan akan menurunkan Timbalan Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abdul Nik Aziz untuk bertanding di situ.

Jika ini berlaku seperti mana dirancangkan, hanya Siti Zailah Yusuf (Rantau Panjang), Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) saja ahli parlimen dijangka tidak berubah tempat.

Menyentuh mengenai kemungkinan PAS tidak dapat menukar kesemua 20 orang wakil rakyat yang patut dibersarakan ialah kerana masalah pengganti. Di kawasan-kawasan tertentu tidak ada orang atau pengganti yang setanding dengan wakil rakyat yang ada kini. Ketiadaan tokoh ini menyebabkan PAS tidak ada pilihan lain selain mengekalkan yang sedia ada.

Beberapa kerusi yang tiada tokoh pengganti antara Air Lanas (Jeli), Kota Lama (Kota Bharu) Demit (Kota Bharu), Chetok (Pasir Mas), Perupok (Bachok), Tanjung Mas (Kota Bharu).

MSO.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2012 11:58 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Unit AMAL & Nisa DUN <b>Demit</b> Turut Serta Membantu Mangsa Banjir <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2007 05:49 PM PST

Kenangan ketika menghantar Misi Kemanusian Unit Amal DUN Demit ketika banjir besar di Johor pada tahun 2006

KOTA BHARU, 18 Dis. Biar pun langit kelihatan cerah, namun kampung-kampung yang terletak tidak jauh dari Sungai Golok semakin banyak ditenggelami air bah.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri jumlah mangsa banjir di Pasir Mas setakat jam 10 pagi tadi meningkat kepada 7,906 orang, manakala di Tanah Merah berkurangan kepada 738 orang dan Kuala Krai (72 orang).

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan pagi tadi seramai 10,756 orang. Paras air di Tangga Krai, Kuala Krai 24.9 meter, Jambatan Guillemard di Tanah Merah 16.61 meter dan Tambatan Diraja 5.10 meter iaitu melepasi paras bahaya, katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya jumlah mangsa banjir semakin meningkat di Rantau Panjang disebabkan limpahan daripada air Sungai Golok ekoran pelepasan air di sebuah empangan di Selatan Thailand.

Manakala jalan-jalan yang masih ditutup kepada lalu lintas iaitu di Km 55 jalan Kuala Krai Gua Musang akibat tanah runtuh.

Oleh itu kata jurucakap tersebut laluan alternatif bagi pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu boleh melalui jalan raya Gua Musang – Jeli melalui Jelawang.

Bagaimanapun di Km 30 jalan raya Gua Musang Jeli berlaku runtuhan tanah berhampiran Sekolah Kebangsaan Jelawang petang semalam. Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan sekarang, katanya.

Namun menurut sumber jalan itu masih boleh dilalui kepada semua jenis kenderaan.

Jalan ke Pantai Cahaya Bulan yang ditutup sebelum ini sudah boleh dilalui sepenuhnya.

ImageDi RANTAU PANJANG, kawasang yang paling terjejas teruk akibat dilanda banjir. Pasukan Unit Amal Kelantan dan Nisa kini bekerja keras membantu mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi sejak Sabtu lalu. Unit Amal & Nisa DUN Demit juga turut menghantar wakil bagi membantu mangsa-mangsa disana.

Di kawasan itu terdapat 1,800 penduduk yang dipindahkan dari beberapa kampung yang terjejas teruk akibat paras air Sungai Golok melimpah.

Bendahari Unit Amal Kelantan, Rosli Abdul Samad berkata, terdapat sembilan keluarga yang tinggal di pusat pemindahan tersebut sejak seminggu lalu.

Anggota Nisa seramai 40 orang juga membantu mangsa-mangsa banjir di Gual Periuk dan Kubang Kual, Rantau Panjang sejak beberapa hari lalu. Unit Amal mulai turun padang membantu mangsa banjir di Tanah Merah sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun kawasan itu kini air sudah surut dan anggota Nisa juga membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah-rumah mereka, katanya.

Baru-baru ini, seramai 90 keluarga berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Suria, Tanah Merah. Mereka dibantu 10 anggota Unit Amal dan Nisa terutamanya aspek penyediaan makanan.

Rosli juga berkata, Unit Amal dari kawasan-kawasan yang tidak dilanda banjir turut tampil membantu mangsa-mangsa banjir di Tumpat dan Rantau Panjang.

Kita juga akan mengerahkan semut merah (Unit Amal) bagi membantu mangsa-mangsa banjir seperti dilakukan di Johor tahun lepas untuk membersihkan rumah-rumah mereka, ujarnya.

Unit Amal Kelantan & Demit mempunyai pengalaman luas dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Johor tahun lepas, termasuk kawasan yang terjejas teruk. Boleh rujuk kepada artikel lepas di link ini: Misi Kemanusian Unit Amal DUN Demit ketika banjir besar di Johor pada tahun 2006

Selain itu, Dewan Muslimat PAS dan Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) turut turun padang bagi membantu mangsa-mangsa banjir. –SyGz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads