Sabtu, 6 April 2013

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2013 11:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

&#39;Smoke Operation&#39; SAMM <b>di Kelantan</b> Berjalan Lancar

Posted: 11 Mar 2013 11:56 AM PDT

IMG-20130311-WA008

Catatan Umum
11 Mac 2013

'Smoke Operation' SAMM di Kelantan Berjalan Lancar

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi SAMM Kebangsaan sekali lagi memilih Kelantan untuk program jelajahnya ke seluruh negara.

Program jelajah kali ini ialah untuk mengedarkan risalah yang mana ia sedikit sebanyak bisa membantu menumbangkan regim yang zalim pada hari ini.

Ahli jelajah SAMM mendarat di Kelantan lebih kurang pukul 12 malam. Sesampai sahaja di Kelantan, mereka dibawa ke Pejabat Pemuda Pas Bachok di Jelawat untuk mesyuarat tentang program yang akan berlangsung keesokan harinya. Kami disambut oleh Ketua Pemuda Pas Bachok iaitu Ustaz Ahmad Marzuk Shaary. SAMM Kelantan memilih untuk ke Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Pasar Siti Khadijah dipilih kerana ia merupakan satu ikon yang mana kalau sesiapa yang berkunjung ke Kelantan pasti ke Pasar Siti Khadijah.

Pasar Ini dahulunya di kenali sebagai Pasar Besar Kota Bharu. Selepas pemerintahan bertukar tangan pada tahun 1990 Tuan Guru Nik Aziz menukar namanya kepada Pasar Siti Khadijah yang mana ia bersesuaian dengan ramainya golongan wanita yang berniaga di situ. Lebih menarik lagi, pasar inilah yang di katakan pusat minyak di daratan yang diumumkan oleh Yb Dato Hussam Musa, exco kerajaan Negeri Kelantan. Pasar ini juga menjadi tempat di mana Dato Seri Najib berkunjung baru baru ini.

Selesai perjumpaan lebih kurang pukul 2 pagi, kami dibawa ke Mami Guest House, sebuah rumah tumpangan milik Hajjah Haminah binti Noor. Selepas sarapan pagi yang disediakan oleh Hajjah Haminah atau Mami, kami bertolak ke Pasar Siti Khadijah.

Lebih kurang pukul 11 pagi, kami sampai di Pasar Siti Khadijah. SAMM kelantan bersama dengan dibantu 3 orang ahlinya Haji Osama, Man dan pakda Halim bergabung dengan SAMM Kebangsaan menjalankan operasi. Kami membahagikan kepada dua kumpulan iaitu 5 orang masuk ke pasar manakala 4 orang lagi menyantuni di luar pasar.

Syukur, SAMM diterima dengan baik oleh peniaga dan pembeli di dalam pasar dan begitu dengan hadirin diluar pasar. Malah ada yang datang untuk bergambar dengan kami. Namun begitu, ada juga beberapa orang menolak pemberian risalah itu. Adat berjuang. Lebih menariknya program hari ini sempat dirakam oleh sinar harian bilamana wartawannya Wani datang ke tempat program ini.

Program di Pasar Siti Khadijah selesai lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Kami bertolak ke Nasi Ulam Chegu di kampung kraftangan tidak jauh dari Pasar Besar Siti Khadijah untuk makan tengahari.

Selesai makan, kami bergegas ke rumah Tuan Guru Nik Aziz di Pulau Melaka. Alhamdulilah Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan menyambut kami dengan baik. Beliau menyokong dan berbesar hati dengan program jelajah ini. Kami sempat menerangkan tentang jelajah Smoke Ops ini kepada beliau. Sebagai cenderahati, kami menghadiahkan beberapa risalah dan sehelai baju TIPU PRU, RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU kepada beliau. Lebih menarik, beliau terus memakai baju tersebut. Selesai bergambar, kami semua pulang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan program Jelajah Smoke Ops ke Kelantan kali ini.Program selesai pada pukul 2 petang dimana Jelajah ini bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Terengganu. Sekian.

Haji Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

IMG-20130311-00502

IMG-20130311-00499

IMG-20130311-00500

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads