Sabtu, 6 April 2013

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


projek <b>melaka</b> maju .....: Cadangan Projek Kereta Kabel <b>Di Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2012 07:10 AM PST

Gambar Contoh Kereta Kabel Di Langkawi....

MELAKA: Kereta kabel akan menjadi satu lagi tarikan baru pelancongan di negeri ini, apabila Kerajaan Melaka semalam, mengumumkan rancangannya untuk membangunkan projek berkenaan tidak lama lagi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, cadangan projek itu secara umumnya belum selesai, tetapi membayangkan ia bakal menghubungkan kawasan muara Sungai Melaka hingga ke Pulau Melaka.

Katanya, kos keseluruhan projek itu masih belum diputuskan kerajaan negeri kerana masih pada peringkat penelitian akhir, tetapi mengesahkan tender pelaksanaannya mungkin dikeluarkan pada awal tahun depan.

"Kerajaan negeri mempunyai rancangan membangunkan projek kereta kabel bagi merancakkan lagi industri pelancongan di Melaka. Kos projek ini belum diputuskan, tetapi ia akan menghubungkan muara Sungai Melaka sehingga ke Pulau Melaka.

"Antara laluan kereta kabel ini kelak adalah Medan Selera Newton dan pusat beli belah Mahkota Parade atau Pahlawan City. Tender bagi membangunkan projek ini dijangka dikeluarkan pada awal tahun depan," katanya selepas menerima lawatan rasmi Presiden Austria, Dr Heinz Fischer ke negeri ini semalam.

Sepanjang berada kira-kira tiga jam di sini, Heinz dan isteri, Margit Fischer berkunjung ke beberapa lokasi pelancongan popular di sekitar pusat bandar raya di sini. Terdahulu, rombongannya yang turut disertai lebih 50 delegasi itu termasuk Menteri Ekonomi, Keluarga dan Belia Austria, Dr Reinhold Mitterlehner tiba di sini, kira-kira jam 1.30 petang.

Sepanjang berada di sini, beliau dan isteri, dijamu makan tengah hari di Hotel Equatorial, sebelum dibawa menaiki beca ke Muzium Kesultanan Melaka, Menara Taming Sari, Bangunan Stadhuys dan beberapa rumah ibadat di Jalan Harmoni.
Selepas itu, rombongan dibawa menaiki bot Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka selama kira-kira 20 minit, sebelum berhenti di Taman Rempah, Pengkalan Rama. Heinz dan rombongan berlepas balik ke ibu negara pada jam 5 petang.

Hadir sama sepanjang lawatan itu ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Abd Rahman; Menteri Kerja Raya selaku menteri pengiring, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

Mohd Ali berkata, beliau ada berbincang dengan Presiden Austria berhubung rancangan Kerajaan Melaka untuk membangunkan projek kereta kabel itu dan dimaklumkan, negara berkenaan mengeluarkan gondola terbaik di dunia.

"Kita berharap negara berkenaan akan membantu Melaka memajukan projek ini kerana sebelum ini, kita sudah menggunakan teknologi Switzerland untuk membangunkan Menara Taming Sari, manakala teknologi China untuk monorel," katanya.

Mengulas lawatan rombongan dari Austria itu, Mohd Ali melahirkan rasa gembira dan berharap dapat menjalin hubungan lebih baik dengan kerajaan negara Eropah itu pada masa depan melalui pelbagai bidang sesuai seperti teknologi komunikasi dan maklumat serta bioteknologi.

  Sumber Dari  Berita Harian 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads