Isnin, 8 April 2013

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


YONG SUKA KUNING: TIADA CAH KETING <b>DI PASIR MAS</b> <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2013 10:57 PM PDT

Masihkah demo ingat PRU12 pada 2008? Kalau sudah lupa, sempena pembubaran Palimen hari ini, Yong bagi ingat. Sila lihat paparan ini:




Semua paparan di atas adalah mimpi ngeri buat PAS dan pakcik dalam gambar N3 Yong terdahulu (di sini). 
Ada yang tanya Yong kenapa tak sambung cerita bab pakcik ni.
Bukan tak mahu sambung. Sebenarnya Yong tunggu maklumat sama ada nama Ibrahim Ali tersenarai sebagaii calon UMNO atau tidak untuk kerusi Parlimen Pasir Mas.
Sukacita dimaklumkan nama Ibrahim Ali tidak ada dalam senarai UMNO bagi kerusi Pasir Mas. Untuk nombor 3 pun tiada.
Ini bermakna Ibrahim Ali terpaksa guna logo berikut:

Berbalik kepada pakcik dalam gambor N3 dulu, namanya Mohd Zahari. Mengikut rekod Yong jawatannya penghulu. Pakcik ini cukup hot dengan Ibrahim Ali dan berasa menyesal kerana menyokong katak sebagai calon PAS pada PRU12 yang lalu.
Pakcik ini mengaku turut sama merayu Tuan Guru Nik Aziz supaya memberi peluang kepada Ibrahim Ali kerana percaya Ibrahim Ali telah insaf.
Semua akar-umbi PAS di Pasir Mas telah digerakkan berkempen untuk Ibrahim Ali.
Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Huhuhu...
Pakcik Mohd Zahari mungkin bukan orang besar. Tetapi dia adalah salah seorang pemimpin akar umbi yang akan memastikan Ibrahim Ali tersungkur di Pasir Mas.
UMNO Pasir Mas pula sudah berpecah. 
Mungkinkah Ibrahim Ali akan mencari parti Berjasa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads