03 di pasir puteh - Google Blog Search |
JOKIDEN: Kejadian Anih, Hari Tu Di Bachok, Kini <b>Di Pasir Putih</b> Pula. Posted: 24 May 2013 06:16 PM PDT Baru minggu lepas Jokiden menulis kisah tembak menembak ini. Baca di sini. Hari ini akhbar melaporkan lagi satu kes tembakan berlaku di Pasir Putih pula. Sudah semakin tidak selamat negara ini. Pihak berkuasa terpaksa memberikan perhatian berat dalam hal ini. Terutamanya hukuman berat terhadap pemilikan senjata api secara haram. Jika tidak memang sah Malaysia akan jadi seperti Amerika Syarikat. Motif tembakan kita tidak tahu samada cemburu, balas dendam atau diupah oleh pihak lain yang marah dengan mangsa. PASIR PUTEH 24 Mei - Seorang penjual ikan yang baru menunaikan solat isyak maut akibat ditembak ketika berada dalam kenderaannya di pekarangan Masjid Nurul Anuar di Mukim Dalam Rhu di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, mangsa, Zahari Razak, 57, yang berniaga di Tok Bali maut selepas terkena tiga daripada lima das tembakan oleh seorang suspek lelaki. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek dipercayai menunggu mangsa di pintu pagar masjid dan pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan. "Mangsa sedang memandu kereta jenis BMW melepasi pintu pagar masjid dan ketika itu muncul seorang lelaki menaiki motosikal dan melepaskan lima das tembakan, tiga daripadanya mengenai mangsa. "Suspek kemudian melarikan diri menaiki motosikal ke arah persimpangan Pasir Puteh-Kuala Besut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Menurut beliau, polis sedang memburu suspek terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk bedah siasat. Sementara itu, seorang saksi, Abdul Rashid Ibrahim, 36, berkata, dia berada di tangga rumah yang terletak bersebelahan dengan masjid apabila terdengar bunyi tembakan yang pada mulanya disangka mercun. "Masa itu saya tidak kisah sangat tapi tiba-tiba saya nampak sebuah kereta BMW terbabas ke kawasan lapang di antara masjid dan rumah saya jadi saya mula suspek sesuatu yang buruk. "Saya segera pergi ke kereta berkenaan dan melihat mangsa yang juga ahli jemaah masjid sempat menjerit dan meminta tolong daripada orang ramai namun beberapa minit kemudian dia meninggal dunia," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Menurut Abdul Rashid, dia terkejut dengan kejadian itu kerana mangsa yang berasal dari Kampung Pachakan sering menunaikan solat di masjid itu. PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN. |
You are subscribed to email updates from di pasir puteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan