Jumaat, 26 Julai 2013

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


bumiyang: BN Lunaskan Janji 2009 Rasmi Jambatan <b>di Manek Urai</b> <b>...</b>

Posted: 01 May 2013 05:30 PM PDT

KUALA KRAI 1 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Manek Urai pagi ini untuk merasmikan pembukaan Jambatan Manek Urai yang dijanjikan beliau kepada penduduk di sini pada tahun 2009.
Jambatan yang menghubungkan antara Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama merupakan janji beliau pada pilihan raya kecil Manek Urai 2009 sekiranya Barisan Nasional (BN) menang.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan BN tewas sebanyak 65 undi kepada Pas namun Kerajaan Pusat tetap meneruskan pembinaannya bermula tahun 2010 menggantikan jambatan lama yang hanya berkeluasana satu lorong.
Jambatan yang merentasi Sungai Lebir itu sepanjang 200 meter dan menelan belanja RM17 juta keseluruhan .
Selain jambatan, dua lagi janji yang telah ditunaikan adalah pembinaan Masjid Temalir bernilai RM600,000 dan kemudahan sukan Manjor juga sebanyak RM600,000. - UTUSAN ONLINE


Komen Isac:

Mungkin sebab itulah Jambatan Palekbang yang dipecah tanah pada 1995 tidak dibina sampai lah sekarang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads